SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
Prof. Ahmad Ibrahim
Di negeri-negeri Melayu sebelum
masuknya pengaruh Kerajaan British undang-undang asas atau undang-undang negeri
ialah undang-undang Islam bersama dengan Adat Melayu. Dalam kes Ramah lwn
Laton ([1927] 6 FMSLR 128; 2JH 213) Mahkamah Rayuan di Selangor telah
memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan Mahkamah
hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu.
Undang-undang Islam yang diikuti
itu ialah dalam semua bidang dan meliputi undang-undang keluarga, undang-undang
jenayah, undang-undang Tanah, dan undang-undang Mal, termasuk undang-undang
Acara dan Keterangan. Kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Undang-undang
Melaka atau undang-undang yang dikumpulkan untuk Sultan Pahang mempunyai
peruntukan bagi undang-undang Mal, undang-undang Keterangan dan undang-undang
Acara. Majallat al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, yang
diperundangkan di Turki telah diterjemahkan ke hahasa Melayu dan diiktiraf
sebagai undang-undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah diJohor pada tahun
1914.
Walau bagaimanapun keadaan itu
telah berubah selepas masuknya pengaruh British ke negeri-negeri Melayu.
Raja-raja Melayu telah membuat triti dengan pihak berkuasa British dan bersetuju
menerima nasihat British dalam semua bidang kecuali agama Islam dan adat Melayu.
Perkataan "agama Islam telah diberi tafsiran yang sempit dan "agama itu dianggap
sama seperti agama Kristian. Dengan tafsiran ini pihak British telah dapat
mempengaruhi bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap olehnya tidak
berhubungan dengan agama. Undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan diterima
di negeri-negeri Melayu dengan dua cara.
Pertama melalui perundangan.
Pihak berkuasa British telah menasihat raja-raja Melayu agar membuat beberapa
undang-undang bertulis dan undang-undang ini mengikut contoh undang-undang
Inggeris secara langsung atau tidak. Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah
(Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence Enactment), Enakmen Kontrak (Contract
Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure Code) Kanun Acara Jenayah dan
Enakmen Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang seperti bidang
jenayah, kontrak, acara jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah, undang-undang
Islam dan undang-undang Melayu yang lama telah diketepikan dan undang-undang
baharu yang mengikut prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah
dikuatkuasakan.
Keduanya melalui keputusan para
hakim. Dengan nasihat pihak berkuasa British raja-raja Melayu telah mengadakan
mahkamah dan hakim yang dilantik mengetuai mahkamah terdin daripada hakim-hakim
British yang berpengalaman dalam undang-undang Inggeris. Apabila hakim-hakim itu
menghadapi sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-undang
bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang- undang Inggeris, kerana
undang-undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya kaedah
undang-undang Inggeris tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di
negeri-negeri Melayu. Melalui cara perundangan dan keputusan para hakim -
undang-undang Inggeris telah dimasukkan secara menyeluruh ke dalam undang undang
di negen-negeri Melayu. Akhimya bolehlah dikatakan undang-undang Inggeris telah
hampir mengambil tempat undang-undang Islam sebagai undang-undang negeri.
Keadaan seperti itu telah
disahkan dan diperkukuhkan pula oleh undang-undang bertulis di negeri-negeri
Melayu. Pada mulanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengikut enakmen itu manakala tidak terdapat
undang-undang di negeri-negeri Melayu yang boleh dikemukakan dalam mana-mana
perkara, hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang
berkuatkuasa di England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula
ordinan yang baharu telah dibuat untuk menggantikan Enakmen Undang-undang Sivil
1937 itu.
Ordinan Undang-undang Sivil ini
dikenakan ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen 3 dalam ordinan itu
memperuntukkan:
Kecuali ada peruntukan yang
telah dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di
Malaya, Mahkamah akan (a) di Malaysia Barat atau di sebarang bahagian
daripadanya menguatkuasakan Common Law England dan peraturan-peraturan Ekuiti
seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
Ordinan Undang-undang Sivil 1956
telah disemak semula pada tahun 1971 dan diperluas ke Sabah dan Sarawak dengan
nama yang baru iaitu Akta Undang-undang Sivil, dan akta ini masih berkuatkuasa
di Malaysia. Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di Malaysia,
kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris
dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang
negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan
kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja
iaitu perkara-perkara bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan
pengertian yang sempit.
Mengikut perlembagaan Malaysia
agama Islam, undang-undang Islam dan Adat Melayu diletakkan di bawah kuasa
negeri-negeri. Perenggan 1 dalam Senarai 2 - Senarai Negeri Jadual ke-9,
Perlembagaan seperti yang berikut:
Hukum Syarak
Kecuali mengenai wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, hukum syarak dan undang-undang diri dan
keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak berhubung
dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan,
perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan
anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan
takrif serta peraturan mengenai amanat khairat dan khairat agama, perlantikan
pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang tentang pemberian agama Islam
dan khairat, yayasan, amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan
kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan
baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat
sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan
yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam, terhadap rukun-rukun
Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;
keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan
mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan
hanya tentang mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi
tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang
diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan
kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan
perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
Oleh sebab kuasa dalam tangan
negeri, dan-tiap negeri mempunyai enakmen yang tersendiri mengenai pentadbiran
undang-undang Islam. Tiap-tiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam dan
Mahkamah-mahkamah Syariahnya sendiri. Sungguhpun pada dasarnya enakmen-enakmen
itu boleh dikatakan sama, tetapi, terdapat juga beberapa perbezaan antaranya.
Beberapa masalah juga timbul oleh kerana undang-undang itu tidak sama dan
ditadbirkan di peringkat negeri sahaja. Kuasa yang diberikan kepada
Mahkamah-mahkamah Syariah adalah terhad. Mahkamah Syariah "mempunyai bidang
kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai
mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan in tetapi tidak mengenai
mana-mana kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan .
Undang-undang yang mulai memberi
kuasa itu ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965 dan mengikut
Akta itu Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana
hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih dan enam bulan penjara atau denda tidak
melebihi RM1000.OO. Akta itu telah dipinda pada tahun 1984 dan diperuntukkan
Mahkamah Syariah berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang
boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi
RM5000.OO atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman-hukuman itu
(Akta Mahkamah Syariah Bidang KuasaJenayah 1965 (Akta 355).
Undang-undang yang dikenakan di
Malaysia tidak semestinya undang-undang Islam yang asal akan tetapi boleh
dipengaruhi dan diubah oleh undang-undang bertulis, keputusan-keputusan mahkamah
dan Adat Melayu. Undang-undang bertulis, khasnya yang diperbuat sebelum merdeka,
boleh mengetepikan undang-undang Islam. Sebagai contoh seperti yang diputuskan
dalam kes Ainan lwn S'yed Abu Bakar
([19391MLJ209). Soal yang timbul dalam kes itu tentang sah tarafnya seorang anak
yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas empat bulan dia berkahwin dengan
seorang lelaki. Jika perkara itu dirujukkan kepada undang-undang Islam jelaslah
anak itu tidak sah tarafnya. Akan tetapi dalam perkara tersebut terdapat seksyen
112 Enakmen Keterangan yang menganggap seorang yang dilahirkan pada masa ibunya
telah berkahwin dengan seorang lelaki sebagai anak sah kepada lelaki itu. Dalam
kes Ainan lwn Syed Abu Bakar mahkamah berpendapat bahawa undang-undang
yang harus diikuti ialah Enakmen Keterangan dan bukan undang-undang Islam dan
kerana itu diputuskan anak itu sah tarafnya.
Undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen selepas Hari Merdeka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Seperti
yang telah disebutkan, pada amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat
undang-undang mengenai undang-undang Islam (kecuali untuk Wilayah Persekutuan)
dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam hanya boleh diadakan
dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang berkuasa. Contohnya
Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Akta 351). Akta ini
dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai hak kewalian dan
jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu tidak
dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima
oleh Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang
bertentangan dengan undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam.
Dalam kes Myriam lwn Mohamed Ariff ([1971] 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu
menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu seorang perempuan yang berumur lima
tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah diceraikan oleh suaminya
dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada masa pendaftaran
perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa
anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.
Hakim yang arif dalam kes itu
memutuskan bahawa dia harus mengikut Akta Penjagaan Kanak-kanak yang mengarahkan
mahkamah memandang kepada kepentingan anak-anak yang berkenaan dalam memutuskan
perkara penjagaannya. Beliau berpendapat bahawa peruntukan itu tidak
bertentangan dengan undang-undang Islam, sungguhpun dalam undang-undang Islam
ada disebutkan bahawa seorang ibu yang telah berkahwin dengan orang lain dengan
sendirinya hilang hak penjagaannya. Dalam undang-undang Islam pun, kata beliau,
perkara yang harus diberi pertimbangan ialah kepentingan anak-anak itu.
Berhubung dengan kes ini, memandangkan kepentingan anak-anak itu beliau telah
memutuskan memberi hak penjagaan anak lelaki berumur dua tahun kepada ibunya dan
menetapkan anak perempuan di bawah jagaan ayahnya.
Sungguhpun pada amnya
perkara-perkara mengenai undang-undang Islam biasanya diputuskan di
Mahkamah-mahkamah Kadi di tiap-tiap negeri, ada kalanya perkara seperti itu
boleh dibawa di hadapan Mahkamah Sivil, seperti Mahkamah Tinggi. Khususnya di
dalam perkara mengenai harta dan harta pusaka, tuntutan boleh dibuat di Mahkamah
Sivil. Contohnya kes Commissioner of Religious Affairs Terengganu lwn Tengku
Mariam ([1970] 1 MU 222). Perkara yang timbul dalam kes itu ialah tentang
sah atau tidaknya wakaf khas yang dibuat oleh Tengku Chik. Wakaf itu ialah untuk
keluarga Tengku Chik dan selepas itu untuk Islam dan penuntut-penuntut pengajian
Islam. Ahli waris yang berkenaan telah bersetuju merujukkan perkara itu kepada
Mufti dan Mufti telah pun memberi fatwanya bahawa wakaf itu sah. Akan tetapi
kemudiannya beberapa orang ahli waris mengemukakan perkara tersebut ke Mahkamah
Tinggi. Dalam perkara itu, telah terdapat keputusan Privy Council yang telah
menunjukkan bahawa wakaf ahli seperti itu tidak sah dan Mahkamah Tinggi telah
mengikut keputusan yang dianggap mengikatnya, dan memutuskan bahawa wakaf Tengku
Chik itu adalah tidak sah. Apabila rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan,
mahkamah berpendapat oleh kerana ahli waris itu telah bersetuju menerima
keputusan Mufti, mereka adalah terikat dengan keputusan itu dan mereka tidak
boleh lagi mempemsoalkan perkara itu di Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun
Mahkamah Persekutuan juga menganggap ia terikat dengan keputusan Privy Council
dalam perkara ini dan jika ia ada kuasa memutuskan perkara itu ia harus
memutuskan juga bahawa wakaf itu tidak sah.
Perkara Adat Melayu boleh timbul
juga dalam pelaksanaan undang-undang Islam. Mengikut hakim-hakim Inggeris dan
hakim-hakim yang beraliran Inggeris, undang-undang Islam boleh diubahsuai oleh
adat Melayu. Umpamanya dalam kes Robert lwn Ummi Kalthom [1966] 1 MU 163;
2JH 82). Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara
Adat Melayu dan harus dikenakan sebagai Adat Melayu di negeri-negeri Melayu. Kes
itu telah diikuti dalam kes Boto bt. Taha lwn Jaafar bin Muhammad
[1985]2MLJ98) di mana HBM Salleh Abas, (pada masa itu) telah berkata bahawa
harta sepencarian bukan bersandar kepada hukum Islam akan tetapi bersandar
kepada Adat Melayu. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas
harta sepencarian itu yang terdapat dalam undang-undang Islam. Sebaliknya usaha
itu telah pun dibuat oleh Mahkamah Syariah sebagai contoh dalam kes Zainuddin
lwn Anita [1982] 4JH 73) dan Mansjurlwn Kamanah [1988] 3 MU xlix; 6JH
289.
Oleh sebab Islam menjadi agama
rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia,
undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai
undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam
Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan
merujuk kepada undang-undang Inggenis yang lapuk itu, tetapi bebas mencari
undang.-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu
fasal hendaklah diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat
mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang
Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.
Dengan dua cara mi bolehlah kita
mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak
bertentangan dengan undang-undang Islam.
Selepas dan itu hendaklah kita
menghormati dan menerima undang-undang Islam dalam semua bidang. Langkah ini
tidaklah boleh diambil tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam sendiri
mempelajari dan meyakinkan ketinggian taraf dan keindahan undang-undang Islam
itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri dan orang-orang lain di Malaysia
bahawa undang-undang Islam itu adil dan saksama. Sayangnya kita telah
mengabaikan dan mencuaikan khazanah yang berharga yang telah diwarisi kepada
kita oleh para ulama Islam. Kita harus mempelajari undang-undang Islam itu dan
berikhtiar dan berijtihad jika perlu untuk menjadikan undang-undang Islam itu
undang-undang kebangsaan di Malaysia. Beberapa langkah telah pun diambil di
Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Fakulti
Undang-undang di Universiti Malaya, dan dengan kerjasama kedua-dua fakulti itu
telah membawa kesan yang sangat baik. Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam
Antanabangsa telah ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan pelajar-pelajarnya untuk
menerima dan mengemukakan undang-undang Islam diterima sebagai undang-undang
asas bagi orang-orang Islam di Malaysia. Tetapi ini adalah langkah permulaan
sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan sangka buruk
terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf dan menghormati undang-undang Islam
di Malaysia. Undang-undang di negeri-negeri Barat, dengan secara langsung atau
tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru
undang-undang Islam. Di England banyak pembaharuan telah dibuat, yang telah
membawa undang-undang itu lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi
sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerap kali menurut sahaja
pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di England, sungguhpun peruntukan yang
setanding dengan itu atau yang lebih baik boleh didapati daripada undang-undang
Islam. Kita orang-orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan
menguatkan iman kita supaya layak menenima kurnia undang-undang Islam kepada
kita dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita di Malaysia
menikmati undang-undang itu.
Sumber utama undang-undang Islam
ialah al-Quran dan Hadis dan selain itu rujukan juga dibuat kepada kitab-kitab
Fiqh. Antaranya Minhaj al-Talibin, I'anat al-Talibin, Bug at al-Mustarshidin,
Fath al-Mu in, Tuhfat al-Muhtaj, Nihayat al-Muhtaj dan Iqna'. Di Malaysia
undang-undang Islam ditadbirkan di peringkat negeri dan tiap-tiap negeri
mempunyai enakmen tentang pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Di
tiap-tiap negeri diadakan Majlis Agama Islam dan pegawai seperti mufti, kadi
besan dan kadi. Mufti biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah yang
ditugaskan mengeluarkan fatwa jika perlu. Pada ketika membuat atau mengeluarkan
fatwa pendapat yang biasanya diikuti ialah dari qaul yang muktamad dalam Mazhab
Shafie. Akan tetapi jika difikirkan dengan mengikut qaul Mazhab Shafie itu akan
berlawanan dengan faedah umum, jawatankuasa syariah boleh mengikut qaul dari
tiga mazhab yang lain iaitu Maliki, Hanafi dan Hanbali yang mana difikirkan
munasabah. Di tiap-tiap negeri diadakan peruntukan untuk mendaftar perkahwinan,
perceraian dan rujuk. Mahkamah Syariah terdapat di tiap-tiap negeri untuk
membicarakan perkara mal dan jenayah dalam bidang kuasanya. Rayuan biasanya
dibuat kepada Jawatankuasa Ulangbicara yang dianggotai oleh mereka yang dipilih
daripada panel yang dilantik oleh raja-raja di tiap-tiap negeri.
Enakmen-enakmen di negeri-negeri
di Malaysia boleh dikatakan mengikut bentuk yang sama dan pada amnya boleh
dikatakan peruntukan-peruntukannya sama, akan tetapi adakalanya terdapat sedikit
perbezaan. Tiap-tiap negeri mempunyai enakmennya sendiri dan sistem Mahkamah
Kadi yang mentadbirkan undang-undang Islam itu berlainan di tiap-tiap negeri.
Oleh sebab kebanyakan enakmen itu dibuat pada masa penjajah British
enakmen-enakmen itu perlu dibaharui dan diselaraskan antara negeri-negeri.
Baru-baru ini beberapa langkah
telah diambil untuk menyelaraskan Undang-undang Keluarga Islam yang ditadbirkan
di Malaysia. Satu rang undang-undang telah digubal di peringkat Persekutuan dan
dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja. Apabila rang undang-undang itu telah
dibahas dan diterima pada dasarnya oleh Majlis Raja-raja, rang undang-undang itu
dirujukkan kepada tiap-tiap negeri untuk diterima dan dijadikan undang-undang
negeri. Antara negeri yang asal menerima cadangan itu ialah Kedah di mana Majlis
Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Keluarga Islam pada tahun 1979 dan ini
telah disiarkan pada tahun 1984 (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah)
1983 (No. I Tahun 1983); dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1984 dan No. 3 Tahun
1987). Kemudiannya negeni Kelantan telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam
pada tahun 1983 dan Wilayah Persekutuan Akta Keluarga Islam pada tahun 1984
(Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
Beberapa negeri lain juga kemudiannya telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam,
Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun 1982, Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Sembilan) 1983 (No.7 Tahun 1983; Enakmen Keluarga Islam Melaka
1983 (No. 8 Tahun 1983).
Perak dan Selangor pada tahun
1984, Pulau Pinang pada tahun 1985 Terengganu pada tahun 1986 dan Pahang pada
tahun 1987 iaitu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Perak) 1984 (No. 13
Tahun 1984); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 (No. 4 Tahun
1984), dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1988. Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Pulau Pinang) 1985 (No. 2 Tahun 1985). Enakmen Undang-undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Terengganu) 1985 (No. l2Tahun 1985) dan Undang-undang Keluarga
Islam (Pahang) 1987 (No. 3 Tahun 1987).
Langkah juga telah diambil untuk
membaharui cara pentadbiran undang-undang Islam di mahkamah. Mengikut cadangan
yang dibuat oleh suatu jawatankuasa yang mengkaji sistem kehakiman Islam di
Malaysia, beberapa negeri di Malaysia telah mengadakan enakmen untuk menyusun
Mahkamah Syariah di tiga peringkat - Mahkamah Syariah Rendah, Mahkamah Syariah
Tinggi dan Mahkamah Syariah Ulangbicara melalui Enakmen Mahkamah Syariah
Kelantan 1982 (No. 3 Tahun 1982); Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kedah
1985 (No. 6 Tahun 1985); Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989
(No. 2 Tahun 1989); Rang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah
Persekutuan 1990.
Hakim-hakim mahkamah itu
diasingkan pentadbirannya daripada majlis dan Jabatan Agama dan diberi kebebasan
sebagai mahkamah keadilan. Baru-baru ini usaha telah diambil untuk meningkat
pengalaman dan pencapaian hakim Syaniah dan suatu kursus di peringkat diploma
lanjutan telah diadakan untuk mereka.
Di beberapa negeri juga telah
diadakan enakmen mengenai undang-undang acara mal seperti Enakmen Acara Sivil
Syariah Kelantan 1984 (No. 5 Tahun 1984); Enakmen Aturcara MaI Kedah 1979 (No. 2
Tahun 1984); Rang Akta Acara Mal Syariah Wilayah Persekutuan 1990,
undang-undang acara jenayah seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah Kelantan
1983 (No. 9 Tahun 1983); Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Melaka 1986 (No. 2
Tahun 1986). Rang Akta Acara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1986 (No. 2
Tahun 1986) dan undang-undang ketenangan bagi Mahkamah Syariah seperti
Rang Akta Keterangan Syariah Wilayah Persekutuan 1990. Dengan adanya enakmen
itu hakim-hakim Mahkamah Syarah dapat merujuk kepada peraturan-peraturan yang
mengikut hukum syarak. Di Kedah dan Kelantan telah diadakan Kanun Jenayah
Syariah iaitu Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 (No.9 Tahun 1988); Kanun
Jenayah Syariah Kelantan 1985 (No.2 Tahun 1985), dipinda oleh No.4 Tahun
1987; Rang Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1990.
Undang-undang Islam di Malaysia
bukan sahaja ditadbirkan di mahkamah-mahkamah kadi tetapi juga adakalanya
ditadbirkan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi apabila memutuskan sesuatu
perkara bukan memandang kepada hukum Islam sahaja tetapi memberatkan
undang-undang awam negeri.
Oleh sebab itu boleh terjadi
pertentangan di antara undang-undang di Malaysia dan hukum Islam, dan juga di
antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah awam.
Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila
pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-undang di Malaysia dan
keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan mengagungkan
semula hukum Islam, beberapa langkah harus diambil.
Pertama ialah memansuhkan
seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil, 1956 iaitu Akta Undang-undang Sivil
1956 (Akta 67). Dengan memansuhkan peruntukan Akta itu, bermakna kita pada
masa ini dikehendaki merujuk kepada undang-undang Inggeris. Kita tidak harus
terikat sedemikian, dan harus bebas mencari panduan daripada undang-undang lain,
khasnya daripada undang-undang Islam.
Kedua hendklah diadakan suatu
perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang berbunyi:
Mana-mana undang-undang yang
bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak
sah setakat mana ia bertentangan itu.
Dengan syarat seperti ini yang
telah pun terdapat dalam Perlembagaan Pakistan, Perkara 227, kita boleh
menentukan bahawa semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia tidak
bertentangan dan sesuai dengan undang-undang Islam.
Ketiga, bolehlah kita anjurkan
mengadakan syarat di semua kanun dan akta bahawa jika tidak ada peruntukan dalam
kanun atau akta itu mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.
Satu langkah yang sangat
berkesan telah diambil dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara
121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak boleh
mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah.
Dalam kes-kes yang disebutkan di
atas dengan pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Akta Perlembagaan
(Pindaan) 1988 (Akta A 704) percanggahan di antara Mahkamah Tinggi dengan
Mahkamah Syariah tidak akan timbul kerana kes-kes itu hanya boleh dibawa ke
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidang kuasa dalam
perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian terdapat juga undang-undang bertulis
yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan keraguan. Antara undang-undang
bertulis itu ialah:
- Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).
Seksyen 4 Courts of Judicature
Act 1964, memperuntukkan bahawa jika terdapat pertentangan atau percanggahan di
antara Akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali Perlembagaan
yang berkuat- kuasa pada tarikh berkuatkuasa Akta itu, peruntukan Akta itu
hendaklah mengatasi undang-undang lain. Seksyen ini hendaklah dimansuhkan.
(b) Akta Keterangan 1950 (Akta
56).
Seksyen 112 Evidence Act 1950,
mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak
dikenakan kepada orang-orang Islam.
(c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak
1961 (Akta 351)
Akta ini hendaklah tidak
terpakai di mana-mana negeri yang telah mengadakan peruntukan untuk hak jagaan
kanak-kanak bagi orang Islam.
(d) Akta Pemegang Amanah 1949
(Akta 208)
"Wakaf' hendaklah tidak termasuk
di dalam takrif "trust di bawah akta ini.
Sebelum undang-undang Islam
dapat diterima sebagai undang-undang dan pedoman di Malaysia pada
keseluruhannya, kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang-undang
keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi
kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan
mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai
dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk
pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan
sekurang-kurangnya dengan apa yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti
dan hakim-hakim hendaklah menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran
undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang telahpun dicapai oleh
mahkamah awam di Malaysia.
Kita harus mendapat keyakinan
daripada orang Islam sendiri bahawa undang-undang Islam boleh ditadbirkan untuk
memberi keadilan dan tidak kurang mutunya daripada mahkamah-mahkamah lain di
Malaysia. Apabila telah tercapai kepercayaan itu bolehlah kita harapkan
undang-undang Islam kembali semula sebagai undang-undang asas dan undang-undang
negara di Malaysia.
Undang-undang Islam menghormati
undang-undang yang diikuti oleh penganut agama-agama lain. Dalam Perlembagaan
Malaysia, seperti juga dalam Perlembagaan Terengganu dan Johor dahulu,
disebutkan sungguhpun Islam menjadi agama Persekutuan atau negeri, agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di Perak pada tahun 1893 telah
diadakan Perintah yang mengiktiraf undang-undang Cina dan membenarkan
orang-orang Cina mengikut undang-undang adat mereka melalui Perak Order in
Council No. 23 of 1893- Recognition of Chinese Laws.
Kedudukan itu bukan diubah oleh
undang-undang atau kerajaan Islam akan tetapi telah diubah dengan undang-undang
sivil yang diadakan dan diterima oleh orang-orang Cina - seperti Akta
Pembahagian 1958 (Akta 300) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 (Akta 164). Orang-orang bukan Islam dibenarkan mengikut
undang-undang agama atau adat mereka dan begitu juga orang-orang Islam hendaklah
dibenarkan mengikut undang-undang Islam.
Sayangnya kita dapati di
Malaysia apa yang didukung dan dimajukan oleh orang-orang bukan Islam ialah
undang-undang Inggeris yang kita terima daripada penjajah. Orang-orang Islam
sebaliknya ingin mengembalikan undang-undang Islam kepada tempatnya yang asal
sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri. Ini yang menimbulkan
masalah di Malaysia. Satu harapan ialah undang-undang Inggeris sendiri telah
mengalami beberapa pembaharuan yang membawanya lebih dekat kepada undang-undang
Islam dan dengan kejadian itu perbezaan antara undang-undang Inggeris dan
undang-undang Islam dapat dikurangkan. Usaha boleh dibuat untuk menyelaraskan
undang-undang sivil di Malaysia dengan undang-undang Islam yang dengan cara itu
akan diterima oleh semua rakyat di negara kita.
Sungguhpun Mahkamah Syariah
boleh dikatakan telah dibebaskan daripada percanggahan dengan Mahkamah Sivil
apabila pihak-pihak kes ialah orang-orang Islam dan perkara itu dalam bidang
kuasa Mahkamah Syariah (oleh kerana Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang
kuasa) satu masalah timbul apabila satu pihak orang Islam dan pihak yang lagi
satu bukan Islam. Dalam percanggahan undang-undang seperti mi sayangnya Mahkamah
Sivil selalu merujuk kepada undang-undang sivil iaitu undang-undang pihak yang
bukan Islam sebagai contoh Che Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor [1984]
2 MU 55; Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia. [1990] 1 MU 86. Pedley lwn
Majlis Agama lslam Pulau Pinang [1990] 1 MU 307 dan Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir
Mas [1990] 2 MU 300; Lihat juga Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976, s. 51.
Adalah diharapkan Mahkamah Sivil
akan juga merujuk kepada undang-undang Islam, iaitu undang-undang pihak yang
satu lagi, dan memutuskan perkara itu mengikut prinsip-prinsip yang dikenakan
apabila terjadi percanggahan undang-undang, iaitu memilih mana-mana
undang-undang yang munasabah dan membawa kepada keadilan:
Alangkah baiknya kita
mengingatkan diri kita bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asas
dan undang-undang negeri di Malaysia.