PERKATAAN HAMAN DI DALAM AL-QUR’AN
Maklumat yang
diberikan di dalam Al-Qur’an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan
banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga
akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa
setiap perkataan di dalam Al-Qur’an telah diturunkan oleh Maha Tinggi
Bijaksana.
Haman adalah satu
watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur’an, bersama-sama dengan
Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam tempat yang berbeza di dalam
Al-Qur’an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
Haman adalah seseorang yang hidup di Mesir pada zaman Nabi Musa AS.
Ia dekat dengan Fir'aun dan terlibat dalam pekerjaan membuat bangunan,
sebagaimana dipaparkan dalam Al Qur'an.
Apa yang
mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat
yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun,
nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama
sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak
kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi
Musa.
Segolongan penganut
non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur’an
dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa
sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang
terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur’an secara tidak
tepat.
Kemustahilan
dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik
bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama
Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.
Sebelum penemuan
ini, penulisan dan ukiran tamadun mesir purba tidak dapat difahami.
Bahasa mesir purba adalah hiroglifik yang masih kekal sehingga kini.
Bagaimanapun dengan penyebaran ajaran kristian dan pengaruh kebudayaan
lain ketika abad ke 2 dan ke 3 selepas masihi, mesir meninggalkan
kepercayaan purbanya seperti mana juga tulisan hiroglifiknya. Contoh
terakhir yang diketahui tentang penggunaan penulisan hiroglif ini ialah
satu ukiran yang bertarikh tahun 394 sebelum masihi (394 tahun sebelum
kelahiran Nabi Isa a.s). Kemudian bahasa itu terus dilupakan tanpa
meninggalkan sesiapa yang dapat membaca dan memahaminya, dan begitulah
keadaan seterusnya sehingga kira-kira 200 tahun lalu….