New Page 1

 

Home
Menu Utama

 


HAMMAN DI DALAM AL-QUR’AN

 

Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur’an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur’an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.

Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur’an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam tempat yang berbeza di dalam Al-Qur’an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.

Haman adalah seseorang yang hidup di Mesir pada zaman Nabi Musa AS. Ia dekat dengan Fir'aun dan terlibat dalam pekerjaan membuat bangunan,  sebagaimana dipaparkan dalam Al Qur'an.

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ (38)

Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (Surah Al Qashas : ayat 38)

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَان ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ (37)

Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya). (Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta! Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.  Surah Ghafir ; ayat 36-37

 

Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.

 

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur’an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur’an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.

Sebelum penemuan ini, penulisan dan ukiran tamadun mesir purba tidak dapat difahami. Bahasa mesir purba adalah hiroglifik yang masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun dengan penyebaran ajaran kristian dan pengaruh kebudayaan lain ketika abad ke 2 dan ke 3 selepas masihi, mesir meninggalkan kepercayaan purbanya seperti mana juga tulisan hiroglifiknya. Contoh terakhir yang diketahui tentang penggunaan penulisan hiroglif ini ialah satu ukiran yang bertarikh tahun 394 sebelum masihi (394 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s). Kemudian bahasa itu terus dilupakan tanpa meninggalkan sesiapa yang dapat membaca dan memahaminya, dan begitulah keadaan seterusnya sehingga kira-kira 200 tahun lalu….

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional