JENIS-JENIS SIHIR
DAN TANDA-TANDANYA
1. Sihir Pemisahan Suami
Isteri
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو
الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ
الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى
الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ
حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ
مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ
بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا
يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ
فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ
كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan
tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana
merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak
mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga
orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan
dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang
pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang
hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang
memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ
إِبْلِيسَ يَضَعُ
عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ
مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا
وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ
فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ
قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ
قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ
Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan
singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang
paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar
fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah
berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa.
Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya
berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp
isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya
seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat
Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya".
Hadith
riwayat Muslim (5032).
Antara tanda-tandanya ialah ;
1)
Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2) Berlaku keraguan
antara suami-isteri.
3) Enggan meminta maaf.
4) Membesar-besarkan
perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
5) Pandangan yang buruk seorang
suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga
seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain
isterinya itu
sangat
cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang
menakutkan.
Orang yang kena sihir pemisah
akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau
suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah,
misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika
masuk rumah, dia merasa amat benci.
|
2.
Guna-guna (Sihir Percintaan) |
|
|
|
Tanda-tanda sihir percintaan
(guna-guna): |
|
|
- Gelora cinta yang
membuak-buak/keterlaluan.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang
berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.
|
|
3.
Memperdaya Pandangan (Hipnotis) |
|
|
|
Tanda-tanda hipnotis: |
|
|
- Orang melihat benda yang
diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi
besar dan sebaliknya.
- Melihat sesuatu tidak
sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat
menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.
|
|
|
|
Melawan sihir hipnotis: |
|
|
- Azan
- Membaca ayat al-Kursi
- Zikir-zikir yang
disyariatkan tentang mengusir syaitan.
- Membaca isti'azah dan
basmalah.
|
|
4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila |
|
|
|
Tanda-tanda sihir gila: |
|
|
- Jadi bingung/bodoh dan
pelupa.
- Cakap merapu
- Mata layu
- Tidak tenang pada satu-satu
tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh
diam setempat.
- Tidak mampu meneruskan
pekerjaan tertentu.
- Pakaian selekeh. Tidak
pedulikan penampilan diri.
- Berjalan tidak tentu arah.
tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.
|
|
|
|
5.
Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya |
|
|
|
Tanda-tandanya: |
|
|
- Suka berseorangan.
- Mentup diri sepenuhnya.
- Diam berterusan.
- Tidak suka bertemu orang.
- Fikiran melayang.
- Selalu pening.
- Lesu dan tidak bermaya
|
|
|
|
6.
Sihir Mendengar Panggilan |
|
|
|
Tanda-tandanya: |
|
|
- Selalu mengalami mimpi
ngeri.
- Bermimpi mendengar
suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi
tidak melihat orannya.
- Selalu was-was.
- Selalu meragukan teman dan
orang-orang yang dicintainya.
- Mimpi seolah-olah akan
jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan
mengejarnya.
|
|
|
|
7.
Sihir Membuat Penyakit |
|
|
|
Orang yang disihir
akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi
lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan
doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada
sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh. |
|
|
|
Tanda-tandanya: |
|
|
- Selalu sakit pada salah
satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota
tubuh
- Lumpuh menyeluruh.
- Tidak berfungsi salah satu
pancaindera.
|
|
|
|
|
|
8.
Sihir Pendarahan |
|
|
|
Sihir ini berlaku kepada wanita.
Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak
disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan
cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di
urat-uratnya bersama darah. |
|
|
|
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran
darah. |
|
|
|
Sekiranya jin ini telah sampai
ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot
tersebut mengalirkan darah. |
|
|
|
9.
Sihir Menahan Pernikahan |
|
|
|
Tukang sihir mengerjakan sihir
dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang
menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil
memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut: |
|
|
- Takut yang bersangatan
- Marah yang tidak terkawal
- Lalai berlebihan
- Di puncak gelora nafsu
syahwat
|
|
|
|
Jin tersebut akan
melakukan satu antara dua: |
|
|
- Masuk ke dalam
wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada
setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
- Atau jin tersebut
tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan'
dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania
tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini
kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada
wanita tersebut.
|
|
|
|
Kemudian setiap lelaki
yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut
tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah
bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut
mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya. |
|
|
|
Tanda-tanda sihir
menahan pernikahan: |
|
|
- Pening kepala yang
berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
- Sesak di dada
terutama setelah asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar
bermuka hodoh.
- Banyak berfikir
(fikiran melayang).
- Selalu gelisah
waktu tidur.
- Selalu rasa sakit
di perut.
- Rasa sakit di
tulang punggung bahagian bawah.
|
|