New Page 1

 

Home
Menu Utama

 

ROM PASTI MENANG


 

 

Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam al-Quran ialah kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine).

Firman Allah SWT ;
 

الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

“Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.

 

Ayat di atas telah diturunkan sekitar tahun 620M iaitu lebih kurang 7 tahun setelah kalahnya Empayar Rom yang beragama Kristian ditangan tentera Parsi yang menyembah api. Pada tahun 627M (7 tahun kemudian), satu keajaiban telah berlaku.  Sesungguhnya peristiwa berlakunya pertempuran dahsyat di antara tentera Rom dan Parsi di mana Rom  telah mencapai kemenangan adalah satu bukti nyata bahawa janji Allah dalam Al-Quran ini telah terbukti kebenarannya.

Salah satu lagi keajaiban yang berlaku ialah tentang fakta geografi yang belum diketahui ketika itu.....

Ayat ke 3, Surah Ar-Ruum menerangkan bahawa tentera Rom akan mencapai kemenangan di lembah yang paling rendah di dunia. Walaupun perkataan 'Adna Ardh' (أَدْنَى الْأَرْضِ) diterjemahkan oleh majoriti ahli tafsir sebagai kawasan yang hampir dengan Tanah Arab, tetapi ada pendapat daripada cendikawan Islam moden yang menafsirkannya sebagai lembah yang paling rendah. Menurut mereka, perkataan 'adna'  berasal daripada perkataan 'deni' yang bermaksud rendah dan 'ardh' bermaksud tanah/lembah. Jadi bermakna 'Adna Ardh' ialah lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ironiknya, pertempuran Rom-Parsi telah benar-benar berlaku di lembah yang paling rendah di muka bumi ini iaitu sekitar kawasan Laut Mati (Syria, Palestin dan Jordan). Laut Mati adalah 395 meter dari paras laut dan merupakan lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ini membuktikan bahawa Rom telah mencapai kemenangan di kawasan  yang paling rendah di muka bumi sebagaimama yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ruum di atas.

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional