New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 12 kekosongan


 Sungai Eurafat menjadi kering dan munculnya gunung emas

"inilah di antara sebab tentera Amerika tidak akan keluar dari Iraq atau Timur Tengah dengan mencipta berbagai alasan dan janji"

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ لَعَلِّى أَكُونُ أَنَا الَّذِى أَنْجُو

“Hari kiamat tidak akan terjadi sampai sungai Eufrat (mengering lalu) menyingkapkan gunung emas. Orang-orang saling membunuh untuk memperebutkannya. Terbunuhlah pada setiap 100 orang itu 99 orang, namun masing-masing dari mereka berkata, ‘Barangkali aku yang menjadi orang yang selamat itu’” (HR. Muslim)

Hadis Rasulullah SAW di atas, merupakan salah satu tanda kecil kiamat yang belum berlaku dan sememangnya pasti akan berlaku. Tapi tiada siapapun yang tahu bilakah sungai eufat akan kering dan menampakkan gunung-gunung emas yang pasti akan menjadi rebutan sesiapa sahaja.

Presiden Amerika pernah mengisytiharkan bahawa dia akan mengundurkan tentera Amerika dari bumi Iraq, tetapi sampai sekarang tentera mereka tetap berada di sana. Hadis ini adalah salah satu sebabnya.

NASA amat berminat sekali tentang berita keringnya sungai Euafat dan munculnya gunung emas darinya kerana mereka ingin sekali memiliki gunung emas tersebut. Amat pelik dan aneh sekali apabila kerajaan Amerika meneliti satu persatu khabar yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW tentang peristiwa akhir zaman.

Mereka menemukan fakta penting, bahwa sejak tahun 2003 hingga 2010, kandungan air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mulai Turki, Syiria, Iraq hingga Iran telah kehilangan sekitar 144 juta kilometer kubik. Kandungan air itu terus berkurang dalam jumlah yang sangat besar pada tahun 2010 hingga 2015.

Sungai+Eufrat+mengering

Sungai Eufrat/ Efrat atau sungai Furat yaitu Sungai bermula di Anatolia, Turki, dan berakhir di Teluk Parsi. Sungai ini panjangnya kurang lebih 2,781 kilometer atau 1,730 batu. Ia mengalir meliputi Turki, Syria dan Iraq.

iqcolor

Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.  Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Irakq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahwa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Berbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan empangan selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembinaan empangan di Turki memberi kesan kepada kuantiti air yang mengalir di Syria dan Iraq. Kuantiti air yang semakin berkurangan setiap tahun menyebabkan semua orang menjadi cemas dan mungkin akan kering dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Semua ini membuktikan bahawa benarlah kata-kata Rasulullah SAW !!!.

Larangan Mengambil Emas di Sg Eufat

Rasulullah SAW melarang mengambil emas tersebut kerana pasti akan mendatangkan fitnah yang amat besar. Sudah tentu akan berlakunya peperangan yang amat dahsyat di mana setiap 100 orang yang berebut emas tersebut hanya seorang sahaja yang terselamat. Lebih-lebih lagi Amerika yang memang telah sedia menunggu peluang ini sebab itulah dia tidak akan mengeluarkan tenteranya dari bumi Iraq.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُوشِكُ الفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ كَنْزٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَمَنْ حَضَرَهُ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْهُ شَيْئًا

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Efrat akan surut airnya lalu tampak perbendaharaan emas darinya, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil apapun dari harta itu.”

يُوشِكُ الْفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَإِذَا سَمِعَ بِهِ النَّاسُ سَارُوا إِلَيْهِ، فَيَقُولُ مَنْ عِنْدَهُ: لَئِنْ تَرَكْنَا النَّاسَ يَأْخُذُونَ مِنْهُ لَيُذْهَبَنَّ بِهِ كُلِّهِ، قَالَ: فَيَقْتَتِلُونَ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ  

Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya,” Beliau bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan. Hadis riwayat Muslim

Keistimewaan Sg Eufat

Sungai Eufat yang merupakan tumpuan akhir zaman kerana akan menzahirkan emas dari perut sungainya dan sekaligus merupakan betapa benarnya kata-kata Rasulullah SAW merupakan sebuah sungai yang mat istimewa. Sungai ini bukan sebarang sungai, ia berpunca dari syurga.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " رُفِعْتُ إِلَى السِّدْرَةِ، فَإِذَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ: نَهَرَانِ ظَاهِرَانِ وَنَهَرَانِ بَاطِنَانِ، فَأَمَّا الظَّاهِرَانِ: النِّيلُ وَالفُرَاتُ، وَأَمَّا البَاطِنَانِ: فَنَهَرَانِ فِي الجَنَّةِ،

Kemudian saya diangkat ke Sidratul Muntaha, dibawahnya ada empat buah sungai, dua sungai yang tersembunyi dan dua sungai lainnya jelas terlihat. Aku menanyakan hal itu kepada Jibril, maka Jibril menjawab, “Dua sungai yang tersembunyi adalah sungai di dalam surga, sedangkan dua sungai yang jelas terlihat adalah sungai Nil dan Euphrat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Free CSS Template

Iklan teks - 15 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM50 setahun.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!


 Work From No Home

 

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional