TIMUR TENGAH MENJADI REBUTAN
Sejak zaman pra sejarah lagi, kawasan Timur Tengah telah menjadi rebutan oleh
kuasa-kuasa dunia sama ada kerana kepentingan agama, politik mahupun ras bangsa.
Mengapakah ini terjadi ?
Timur Tengah
menjadi rebutan kerana ;
1. Kawasan
yang banyak minyak - hampir semua negara arab (termasuk Iran) menjadi
kaya raya kerana adanya minyak. Jadi negara-negara lain berebut-rebut untuk
menguasai minyak tersebut. Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Iran adalah
negara-negara yang mempunyai simpanan mimyak terbanyak dan pengeluar minyak utama dunia.
2.
Kawasan yang banyak disebut dalam al-Quran dan al-Hadith - spt
Makkah, Madinah (Yathrib), Mesir, Yaman, HadralMaut, Hurrah, Syam (Syria),
Semananjung Arab, Badar, Uhud, Hunaian dsb.
3.
Kawasan para anbiya', auliya' dan salihin - semua nabi diturunkan
di Timur Tengah.
4.
Kawasan tamadun tertua - spt Mesopotamia, tamadun Firaun dsb.
5.
Kawasan turun wahyu - Semua agama Samawi iaitu Islam, Yahudi dan
Nasrani diturunkan di Timur Tengah termasuklah syariat semua nabi-nabi yang lain
spt Nabi Daud, Ibrahim dsb.
6. Kawasan
asal miskin menjadi kaya - semua negara Arab merupakan negara yang
miskin atau sederhana sahaja. Tidak ada petroluem atau apa-apa bahan galian.
Tetapi minyak yang melimpah ruah telah berjaya ditemui setelah berkembangnya
Islam. Jadi negara tersebut menjadi kaya-raya kerana hasil minyak sehingga tidak
dapat ditandangi oleh mana-mana negara lain di dunia. Semuanya telah berubah
dari miskin menjadi kaya. Arab Saudi, Irak, Kuwait, Bahrain, UEA dsb.
7. Kawasan
3 tanah suci - iaitu Tanah Suci Makkah, Tanah Suci Madinah dan
Tanah Suci Baitul Muqaddis.
8. Kawasan
banyak kejadian pelik - Banyak terjadinya peristiwa yang pelik spt ;
|
kisah Firaun yang masih dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
|
|
Kisah Nabi Ibrahim dengan burung yang boleh hidup semula |
|
kisah Nabi Isya yang boleh menghidupkan semula manusia |
|
kisah banjir dan bahtera Nabi Nuh |
|
kisah Juraij |
|
kisah kelahiran Nabi Isya tanpa ayah |
|
kisah nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail |
|
kisah Isra' Mikraj |
|
kisah Nabi Yunus dengan ikan Nun |
|
kisah Nabi Musa dengan tongkatnya menghadapi Firaun |
|
kisah Ashabul Kahfi |
|
kisah Nabi Khaidir |
|
kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balkis |
|
kisah nabi Ibrahim dengan Namrud |
|
kisah kebinasaan kaum Ad, Thamut, kaum nabi Salleh dsb |