|
|
|
|
|
|
Mustafa Kamal Ataturk
Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang
yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk
ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada
tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek
yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama
Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang
mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. .
Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama
Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah
menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan
Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang
berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah
menulis:
'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya
adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri
daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun
1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam
bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian
daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu
kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran
Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan
agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau
telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan
pemikiran dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum
(Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan
Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan
Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku
besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga
bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu
penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama
apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.
Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di
Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera
British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut,
Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada
tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah
kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya
reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana
peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu
berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang
kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan
masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara
mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai
Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu
pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan
terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut
dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang
tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem
Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda
tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke
Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan
tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris
untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris
meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan
kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula
huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun
1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang
sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa
Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi
orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai
tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang
ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada
waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu
untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut
ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini
terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan
oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila
tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di
jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian
dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita
Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam
tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di
perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu
Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan
memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang
genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk
mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba
memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan
telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga
kemerdekaan dapat dicapai."
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris
dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila
gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan
pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan
selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak
Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh
menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa
Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor
sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api
peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara
kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya
dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula
memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa
Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang
islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi
aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui
sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki
hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak
tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran
Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari
negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan
Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah
agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah
suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan
seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira
tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa
Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan
mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan
tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris
inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi
menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh
Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya
apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli
Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika
itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan
Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah
dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan
spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri
selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali
Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan
Khalifah dang mengulingkan baginda.
|

Colonel Mustafa Kemal (later Ataturk, fourth from left) with
officers of the Anafarta Group,
of which he was given command in August 1915 at Gallipoli. |
Dalam episod ini terserlahlah
kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah
seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi
Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam
(lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja
sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk
melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin
dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya
menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu
mereka pun ke luar dari negara kami."
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan
titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk
demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem
pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek
kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan
pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun
sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang
islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya,
mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan
selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan
membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam
Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan
huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada
huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah
memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan
menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi
negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk
menghapuskan para penentangnya. Belai membakar
akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan
juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan
Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan
menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia
pada tahun 1357H (1938M).

Mustapha Kamal & Isteri |
Ataturk hidup tanpa isteri dan
anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu
tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan
denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala
macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika
Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu
takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan
mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini.
Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke
kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya
sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih
pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak
permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah
disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh
beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah
pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan.
Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi.
Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk,
Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).
Kesimpulan:
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai
skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat
pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.
Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu
parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju
kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri
diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk
memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau
dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus
dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk
kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar
berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah
masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang
berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak
yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf
Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku
peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa
tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar
tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau
tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit
kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat
menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau
merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga
terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24
jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan
beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak
hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah
lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak
hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau
hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36
jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal,
tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9
hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab
ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya
hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau
tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah
Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu
marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan
Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Sumber : sumbangan ahli forum di forum.cari.com.my |
|
|
|