New Page 1

 

Home
Menu Utama

 
  


 

AQIQAH

 

    Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran   kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.

        Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

       Sabda Rasulullah SAW :

       "Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran, dicukur rambut dan diberi nama"
 

        Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

        Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.

      Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan  mengadakan jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.

      
       Syarat Sah Aqiqah

        Syarat sah aqiqah ialah:

(a)   Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b) Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c)   Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

       (e)  Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila
              masa sebelum anak tersebut baligh

(f)   Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

 

       Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
 

Binatang

         Umur

Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih

 

 Sunat-sunat Aqiqah ialah:

       (a)         Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.

(b)        Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).

(c)        Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.

(d)        Memberi nama yang baik kepada bayi

(e)        Berdoa ketika hendak menyembelih.

       (f)         Daging dimasak manis.

       (g)        Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

      (h)         Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri dengan menjemput
     seluruh penduuduk kampung

 

   Hikmah Aqiqah

   1     Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.
   2     Menggalakkan amalan sedekah.
   3     Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
   4     Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
   5     Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
   6     Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaiakan.

 


 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan




 

 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional