|
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى
عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Abdullah bin Mas'ud ra,
beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah
SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى
عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau
berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW,
sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu
Rasulullah SAW bersabda, perhatikanlah.
Hadis riwayat Bukhari.
عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا
يَقُولُ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى
عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Qatadah, beliau
telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman
Rasulullah SAW. Hadis riwayat Ahmad.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ
مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
انْشَقَّ
الْقَمَرُ عَلَى
عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ
فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا
سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا
يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ
Dari Muhammad
bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah
terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian,
sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung
ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata
sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita,
sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia.
Hadis riwayat
Tarmizi.
Terdapat byk kitab
yang menceritakan kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim
dan Sahih Bukhari. Di antaranya ialah ;
| |
1 |
المستدرك على الصحيحين
للحاكم |
| |
2 |
السنن الكبرى للنسـائي |
| |
3 |
فتح البارى لابن حجر |
| |
4 |
صحيح ابن حبان |
| |
5 |
المعجم الكبيرللطبراني |
| |
6 |
تحفة الأحواذي |
| |
6 |
البداية والنهاية |
| |
7 |
الديباج على مسلم |
| |
8 |
دلائل النبوة للبيهقي |
| |
9 |
عيون الأثر |
| |
10 |
تاريخ الإسلام للذهبي |
| |
11 |
سبل الهدى والرشاد |
| |
12 |
السيرة النبوية لابن
كثير |
Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل
النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin
telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid
bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin
Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah
untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada
Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng
diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu
Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah dimakbulkan,
maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda ,
saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan risalah
kenabian Rasulullah SAW.
.jpg)
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau
mereka (kaum musyrik Mekah)
melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah)
sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar
Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika
menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa
peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah
SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa
hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin
Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah
mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan
hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah.
Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang
jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya...
Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad
telah meyihir mereka !!!
Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل
النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan
semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya
ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah,
adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat
oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan
terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka
Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut
sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan
telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua...
bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu
menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah). |