New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 2 kekosongan

 

Tanda Kiamat :
 BUMI ARAB KEMBALI MENJADI SUBUR

 

Adakah Semenajung Tanah Arab akan menjadi begini ?

 

              

 

 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ فَلاَ يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. Hadis riwayat Muslim.

 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجاً وَأَنْهَاراً وَحَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ ضَلاَلَ الطَّرِيقِ وَحَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ . قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْقَتْلُ .

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya harj. Mereka bertanya apakah dia harj ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan". Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.

 

Hadis di atas menjelaskan bahawa di antara tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat ialah Semenanjung Tanah Arab akan kembali menjadi taman-taman dan terdapatnya banyak sungai. Ini menunjukkan bahawa Semenanjung Tanah Arab akan menjadi subur dan menghijau.... berubah wajah dari tanah gurun yang gersang kepada tanah yang menghijau...

Hadis di atas menggunakan perkataan "akan kembali" yang bermaksud bahawa sebelum ini Semenanjung Tanah Arab adalah kawasan yang subur dan hijau... bukannya gurun seperti sekarang...

 

Baitul Muqaddis dilitupi salji

Cerita yang popular yang biasa kita dengar ialah tentang gurun-gurun di benua Afrika. Menurut sejarahnya, asalnya memang subur dan menghijau, penuh dengan rumput hijau dan pelbagai tumbuhan... apabila Afrika dijajah oleh bangsa Eropah, mereka membawa bersama mereka penternak lembu, kerana tanahnya luas dan banyak rumput yang subur.

Penternak ini telah membawa baka lembu yang bermutu dari Eropah dan menternak secara besar-besaran di tanah Afrika yang luas. Mereka telah mencapai kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah hasil ternakan tersebut.

Tetapi para peladang tersebut, teramat tamak. Kerana kebanjiran lembu dan kambing yang terlalu banyak sudah tentu mengundang sang singa Afrika.. singa yang memakan lembu tadi dianggap musuh yang perlu dibunuh... sedangkan Allah SWT telah tetapkan singa dan harimau serta seumpamanya sebagai pengimbang bagi memelihara ekologi bumi.... bahkan binatang buas tadi hanya makan lembu yang lemah, sudah tua dan memang dah nak matipun... tetapi semua ini tidak diambilkira oleh para penternak.... semua singa dan mana-man binatang yang memakan binatang ternakan  mereka adalah musuh yang perlu dibunuh...... Lalu mereka membunuh hampir semua singa dan harimau tersebut sehingga hampir pupus...

kemudian, lembu pun membiak sebanyak-banyaknya.. tanpa ganguan drp singa... hinggakan tidak terkawal.. penternak semakin kaya... lembu semakin banyak........ tapi rumput semakin sikit... kerana tiada pengawalan semulajadi dari singa... akhirnya lembu lebih banyak dari rumput... maka kesudahannya... bumi Afrika menjadi gersang.... menjadi gurun..

Mungkin perkara yang sama berlaku di Semenanjung Tanah Arab sebelum ini kerana sejarah kaum Arab memang terkenal dengan ternakan unta,lembu dan kambing...!!!

Bayangkan nanti Semenanjung Tanah Arab akan menjadi subur... pengeksport produk sayuran dan buah-buahan utama dunia... tempat perlancongan semulajadi tersohor...!!! 

Gambar Makkah ketika banjir 2010

Gambar banjir di Arab Saudi

Perubahan suhu dunia yang semakin menjadi-jadi... kita lihat banjir besar telah terjadi di Arab Saudi pada tahun 2010 yang lalu, begitu juga di negara-negara Arab yang lain salji turut turun... fanomena ini berterusan..... kita juga lihat Padang Arafah sudah ada tumbuhan... dah subur walaupun hanya sikit sahaja... mungkin ini adalah permulaannya...

Gambar Padang Arafah ditumbuhi pokok-pokok

Gambar di bawah menunjukkan pemuda bermain salji di Arab Saudi

Profesor Alfred Kroner yang merupakan salah satu daripada ahli geologi dunia yang paling terkenal. Beliau adalah Profesor Geologi dan Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains, Unversiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman. Ketika menghadiri satu persidangan geologi di College of Earth Sciences,Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi,  beliau telah ditanya oleh Shaykh 'Abd al-Majid al-Zandaani tentang adakah Semenanjung Tanah Arab  akan menjadi taman-taman dan sungai yakni kembali subur. Saya berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai apa-apa bukti bahawa Semenanjung Tanah Arab  akan sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai?  Beliau berkata: "Ini adalah sesuatu yang nyata dan terbukti. Kami ahli geologi sudah tahu mengenainya dan telah mengukur dan mengira. Kita boleh mengatakan kira-kira bila ia akan berlaku, dan ia tidak jauh, ia adalah agak dekat. 
 

Saya berkata: Mengapa? Beliau berkata: "Kerana kita telah mengkaji sejarah bumi pada masa lalu, dan kami telah mendapati bahawa ia melalui banyak peringkat, salah satu yang merupakan zaman ais. Apakah zaman ais maksudkan? Ia bermaksud bahawa jumlah tertentu air laut bertukar menjadi ais dan mengumpul di Kutub Utara, maka ia mula beralih ke arah selatan, dan apabila ia beralih ke arah selatan ia meliputi apa yang ada di bawahnya, termasuklah  Semenanjung Tanah Arab, cuaca akan berubah danSemenanjung Tanah Arab  akan menjadi salah satu daripada bahagian-bahagian yang hijau dan paling basah di dunia. Kami bertanya kepadanya: Semenanjung Tanah Arab Akan menjadi tanah kebun dan sungai?Beliau berkata: "Ya, ia adalah fakta saintifik." 

Saya berkata: "Bolehkah anda mengesahkan bahawa untuk kita?

Beliau berkata: Ya, ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Lalu diberitahu kepadanya tentang hadis di atas..

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. Hadis riwayat Muslim.

Saya berkata kepadanya: ."Siapa yang memberitahu Muhammad  bahawa Tanah Arab dahulu merupakan padang rumput dan sungai? 

Dia berfikir, maka dia berkata: Orang-orang Rom. 

Saya berkata kepadanya: Dan yang memberitahunya bahawa Tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai? 

Beliau berfikir sejenak dan berkata: Sesuatu di atas! ( SWT Allah)

Kemudian saya berkata kepadanya: Tulislah. Jadi dia menulis dalam tangannya sendiri. Tulisannya adalah seperti berikut : Saya terkejut pada fakta-fakta saintifik bahawa saya telah melihat dalam Al-Quran dan As-Sunnah, yang kita tidak dapat membuktikan sehingga baru-baru ini oleh kaedah saintifik moden. Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mencapai pengetahuan ini kecuali oleh wahyu dari atas.

Maha Suci Allah SWT.... betapa maklumat yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih seribu tahun yang lalu... hanya dapat dibuktikan melalui kajian saintifik moden pada abad yang ke 20. Maha Benarlah Allah... benarlah Risalah Muhammad SAW...

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional