CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
1. SOLAT SAMBIL DUDUK
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti
solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya
bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan
kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.
2. SOLAT BARING MENGIRING
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala.
Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn
menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi
rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
3. SOLAT BARING MELENTANG
- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya)
supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat
mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat)
di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai
dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.