|
|
|
|
|
|
|
Keistimewaan (Fadhilat) Wudhuk
وعَنْ
أَبي هُريْرَةَ رضيَ اللَّه عَنْه قال : سمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ
عَلَيْهِ وسَلَّم يقُول :
« إِنَّ أُمَّتي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ غُرّاً محَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ
الوضوءِ فَمنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيل غُرَّتَه ، فَليفعلْ »
متفقٌ عليه .
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam
keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab
bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau
semua hendak memananjangkan cahayanya, maka baiklah ia
melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin."
(Muttafaq 'alaih)
عَنْ
أَبي هُريْرَةَ رضيَ اللَّه عَنْه قالَ
: سَمِعْت خَلِيلي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقُول :
« تَبْلُغُ الحِلية مِنَ المؤمِن حَيْث يبْلُغُ الوضـوءُ »
رواه مسـلم.
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya
mendengar kekasihku Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perhiasan-perhiasan - di syurga
- itu sampai dari tubuh seseorang mu'min, sesuai dengan anggota yang dicapai
oleh wudhu' yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula
perhiasan yang akan diperolehnya di syurga. (Riwayat
Muslim)
عن
عثمانَ بن عفانَ رضي اللَّه عنه قال : قال رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ
وسَلَّم :
« منْ تَوَضَّأَ فَأَحْـسَنَ الوضـوءَ ، خَرَجَت خَطَايَاهُ مِنْ جسَدِهِ حتَّى
تَخْرُجَ مِنْ تحتِ أَظفارِهِ »
رواه مسلم.
Dari Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan
wudhu'nya, maka keluarlah
kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya."
(Riwayat Muslim)
عن
عثمانَ بن عفانَ رضي اللَّه عنه قال
:
رَأَيْتُ رسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَتَوَضَّأُ مثلَ وُضوئي هذا
ثُمَّ قال :
« مَنْ تَوَضَّأَ هكذا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنبِهِ، وَكَانَتْ صَلاتُهُ
وَمَشْيُهُ إِلى المَسْجِدِ نَافِلَةً»
رواه مسلم.
Dari Usman bin Affan r.a. pula, katanya: "Saya
melihat Rasulullah s.a.w. berwudhu' seperti wudhu'ku ini, kemudian beliau s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang berwudhu' sedemikian, maka diampunkan untuknya
dosa-dosa yang telah lalu dan shalatnya serta jalannya ke masjid adalah sunnah
hukumnya." (Riwayat Muslim)
عن
أبي هريرةَ رضي اللَّه عنه أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :
« إِذا تَوَضَّأَ العبدُ المُسلِم أَوِ المؤْمِنُ فَغَسل وجهَهُ خَرجَ مِنْ
وَجهِهِ كلُّ خطِيئَة نَظَر إِلَيْهَا بِعيْنيْهِ مع الماءِ أَوْ معَ آخرِ قَطْرِ
الماءِ ، فَإِذا غَسل يديهِ ، خَرج مِنْ يديهِ كُلُّ خَطيئَةٍ كانَ بطَشَتْهَا
يداهُ مَعَ المَاءِ أَوْ مع آخِر قَطْرِ الماءِ ، فَإِذا غَسلَ رِجَليْهِ ،
خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتها رِجلاه مع الماءِ أَوْ مَع آخرِ قَطرِ الماءِ ،
حتى يخرُجَ نَقِيًّا مِن الذُّنُوبِ »
رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mu'min itu berwudhu', lalu
ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yang
disebabkan ia melihat padanya dengan kedua matanya dan keluarnya ialah beserta
air atau beserta tetesan air yang terakhir. Jikalau ia membasuh kedua tangannya,
maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh
kedua tangannya beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir. Selanjutnya
apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang
dijalankan oleh kedua kakinya beserta air atau beserta titisan air yang
terakhir, sehingga akhirnya keluarlah ia dalam keadaan suci dari semua dosa."
(Riwayat Muslim)
عن
أبي هريرةَ رضي اللَّه عنه
أَنَّ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم أَتَى المقبرةَ فَقَال :
« السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَار قَومٍ مُؤْمِنينِ وإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّه بِكُمْ
لاحِقُونَ ، ودِدْتُ أَنَّا قَدْ رأَيْنَا إِخْوانَنَا »
: قَالُوا :
أَولَسْنَا إِخْوانَكَ يا رسُول اللَّهِ ؟
قال :
« أَنْتُمْ أَصْحَابي ، وَإخْوَانُنَا الّذينَ لَم يَأْتُوا بعد »
قالوا :
كيف تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ من أُمَّتِكَ يا رسول الله ؟
فقال :
« أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلا لهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحجَّلَةٌ بيْنَ ظهْريْ خَيْلٍ
دُهْمٍ بِهْمٍ ، أَلا يعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ »
قَالُوا :
بلَى يا رسولُ اللَّهِ ،
قَالَ :
«فَإِنَّهُمْ يأْتُونَ غُرًّا مَحجَّلِينَ مِنَ الوُضُوءِ ، وأَنَا فرَطُهُمْ على
الحوْضِ »
رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah
s.a.w. mendatangi suatu kuburan lalu mengucapkan: "Assalamu 'alaikum, hai
perumahan kaum mu'minin dan kita semua Insya Allah akan menyusul engkau semua.
Saya ingin kalau kita semua sudah dapat melihat saudara-saudara kita." Para
sahabat berkata: "Bukankah kita ini saudara-saudara Tuan, ya Rasulullah?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Engkau semua adalah sahabat-sahabatku, sedang saudara-saudara
kita itu masih belum datang lagi." Para sahabat berkata pula: "Bagaimanakah Tuan
dapat mengetahui orang yang masih belum datang dari golongan ummat Tuan, ya
Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah pendapatmu, sekiranya ada
seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang putih bersih kepalanya, putih pula
kaki-kakinya berada di samping kuda yang hitam, tidakkah pemilik itu dapat
mengetahui kudanya sendiri?" Para sahabat menjawab: "Ya, tentu dapat, ya
Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ummatku yang akan datang itu
ialah dalam keadaan bercahaya wajahnya serta putih bersih tubuhnya dari sebab
berwudhu' dan saya adalah yang terlebih dulu dari mereka itu untuk datang ke
telaga - haudh," (Riwayat Muslim)
عن
أبي هريرةَ رضي اللَّه عنه
أَنَّ رسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :
« أَلا أَدُلُّكُمْ على ما يَمْحُو اللَّه بِهِ الخَطَايا ، ويرْفَعُ بِهِ
الدَّرجاتِ ؟
قَالُوا :
بلى يا رَسُول اللَّهِ ،
قَالَ :
إِسْباغُ الوُضُوءِ على المكَارِهِ وكَثْرَةُ الخُطَا إلى المساجِدِ ، وانْتِظَارُ
الصَّلاةِ بعْد الصَّلاةِ ، فَذلِكُمُ الرِّبَاطُ ، فذلِكُمُ الرِّباطُ »
رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan
yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa
darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu
bersabda: "Yaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak
disenangi - seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki
untuk ke masjid dan menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang
disebut ribath. Itulah yang disebut ribath - perjuangan menahan nafsu untuk
memperbanyak ketaatan pada Tuhan." (Riwayat Muslim)
عنْ عُمَر بْنِ الخَطَّابِ رضي
اللَّه عَنْهُ عنِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ :
« ما مِنْكُمْ مِنْ أَحدٍ يتوضَّأُ فَيُبْلِغُ أَو فَيُسْبِغُ الوُضُوءَ ثُمَّ
قَالَ : أَشْهدُ أَنْ لا إِله إِلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريكَ لهُ، وأَشْهدُ أَنَّ
مُحمَّدًا عبْدُهُ وَرسُولُه ، إِلاَّ فُتِحَت لَهُ أَبْوابُ الجنَّةِ
الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّها شاءَ »
رواه مسلم
.
Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi
s.a.w.,sabdanya: "Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu' lalu ia
menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu'nya, kemudian mengucapkan:
أَشْهدُ أَنْ لا إِله إِلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريكَ لهُ، وأَشْهدُ أَنَّ
مُحمَّدًا عبْدُهُ وَرسُولُه
melainkan dibukakanlah untuknya pintu
syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun
juga yang dikehendaki olehnya." (Riwayat Muslim)
|
|
|