|
HADIS DHAIF
HADIS DHAIF
ialah satu hadis yang tidak memenuhi
satu @ lebih drp syarat-syarat hadis maqbul (diterima) iaitu HADIS SAHIH
DAN HADIS HASAN.
Contoh
HADIS DHAIF
"Drp Yusuf bin 'Athiyah drp Sabit drp Anas drp Nabi SAW bersabda :
Makhluk itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kpd Allah ialah
yang lebih bermanfaat kepada keluarganya"
Menurut Imam al-Nawawi
bahawa hadis ini adalah dhaif sekalipun maknanya sahih dan telah
diriwayatkan oleh Abu Yu'la dalam masnadnya dengan sanadnya sekali drp
Anas drp Rasulullah SAW. Dalam sanad itu terdapat seorg yg bernama Hafs
bin Sulaiman, seorang yang lemah dan Yusuf bin 'Athiyah juga terdiri drp
org yang lemah.
Ulama' telah
membahagikan HADIS DHAIF
kepada 2 iaitu ;
1. DHAIF PADA
SANAD
2. DHAIF PADA MATAN
1. DHAIF PADA SANAD
Terputusnya sanad sama ada sedikit @ banyak, sengaja @ tidak,
dari awal sanad, pertengahan sanad @ akhir sanad ataupun wujudnya
'ilah yg menjejaskan hadis.
Disebabkan terputusnya sanad..
Terputus yang jelas;
1. HADIS
AL-MU'ALLAQ - hadis yg sanadnya terputus pada peringkat
permulaan disebabkan gugurnya
serg perawi @ lebih hingga ke akhir sanad.
2. HADIS AL-MUGHADHDHAL - hadis yg gugur pada
rangkaian sanadnya 2 org perawi @ lebih secara
berturut-turut.
3. HADIS AL-MURSAL - Hadis yg sanadnya terputus
slps Tabiin
4. HADIS AL-MUNQATI' - Hadis yg terputus sanadnya
dlm apa keadaan dan bentuk
Terputus yang tersembunyi ;
1. HADIS AL-MURSAL AL-KHAFI
2. HADIS AL-MUDALLAS
2.
DHAIF PADA MATAN
1. HADIS MAQLUB
- berlaku pertukaran ayat @ perkataan pada sanad @ matan
2. HADIS
MUDHTHARIB - diriwayat dari banyak riwayat yang sama kuat
tetapi bercanggah di antara satu sama lain.
3. HADIS
AL-MUSHHAF @ AL-MUHARRAF - berlaku pertukaran kalimah
kerana kesilapan membaca, menulis, mendengar dsb.
4. HADIS MUDRAJ
- pertambahan unsur luar perawi pada sanad dan matan. ia berlaku
pada permulaan @ pertengahan @ penghujung matan.
5. HADIS
MU'ALLAL - hadis yg mengandungi 'ilah tetapi tidak zahir.
* Hadis yg
diriwayatkan oleh perai yg maqbul (diterima)/siqah (dipercayai)
tetapi bercanggah dgn riwayat perai-perawi yg lebih siqah drpnya
juga dikira dhaif pada matan.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DAIF
Pada dasarnya para
ulamak hadis menetapkan
TIDAK BOLEH BERAMAL dengan hadis Daif.
Tetapi
DIBOLEHKAN BERAMAL dengan syarat-syarat
berikut ;
1. Hadis itu berkaitan dengan
FADAAIL (KELEBIHAN AMALAN)
2. Faktor kedaifan bersifat sederhana
3. Mafhum hadis daif ada pada nas-nas
syarak yang sahih.
4. Ketika beramal dengan hadis daif ini
mestilah mengharapkan kesahihannya.
|