|
Hadis Marfu’,
Maquf dan Mursal
Hadis
Marfu’
Dari segi bahasa, Marfu’
ialah diangkat.
Dari segi istilah : Hadis disandarkan kpd Rasulullah sama ada
perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda.
Contoh :
Drp Aishah RA bahawa Rasulullah SAW sentiasa berdoa dalam solat, “Ya
Allah, Aku memohon perlindunganmu drp dosa dan hutang” . (Riwayat
Bukhari)
Hadis ini dikatakan Marfu’
kerana ia telah diriwayatkan oleh Aisyah RA terus drp Rasulullah SAW .
Syarat terpenting bagi hadis Marfu’ ialah sandaran sanadnya mestilah
sampai kepada Rasulullah SAW
Hukum
beramal denagan Hadis Marfu’.
Boleh beramal dan berhujjah dengan
Hadis Marfu’
yang sahih dan hasan sahaja. Jika ia dhaif @ Maudu’,
tidak boleh beramal dgnnya.
Hadis Mauquf
Dari segi bahasa ialah terhenti
Dari segi istilah ialah hadis yang disandarkan kepada sahabat sahaja.
Tiada tanda bahawa ia dihubungkan kepada Rasulullah SAW.
Contoh :
Dari Ibnu Umar RA katanya : Apabila kamu berada pada waktu petang,
jgnlah menunggu sampai pagi, apabila kamu berada pada waktu pagi pula,
jgnlah ditunggu sampai petang. Gunakanlah masa sihatmu untuk masa
sakitmu dan masa hidupmu untuk masa matimu.” (Riwayat Bukhari)
Hukum
beramal denagan Hadis
Mauquf’.
Boleh beramal dan
berhujjah jika ia melengkapi syarat Sahih dan Hasan, kerana
para sahabat bersifat adil. Jika ia bermartabat Dhaif, tidak harus
dijadikan hujjah tetapi HARUS dlm perkara-perkara fadail (fadhilat) dgn
syarat-syarat tertentu.
Hadis Mursal
Dari segi bahasa ialah
gugur @ putus
Dari segi istilah ialah hadis yang disandarkan tabiin kepada Rasulullah
SAW tanpa menyebut nama sahabat.
Contoh Hadis Mursal
“Bahawa Rasulullah SAW
keluar bermusafir ke Makkah pada hari pembukaan Kota Makkah dlm bulan
Ramadhan, baginda berpuasa sehingga sampai di sebuah tempat (Al-Kadid) ,
lalu baginda berbuka dan diikuti oleh orang lain.” (Riwayat Malik)
Hukum beramal denagan Hadis Mursal.
Secara umumnya Hadis
Mursal tidak boleh dijadikan hujjah atau beramal dengannya KECUALI
disokong oleh satu drp syarat-syarat berikut ;
1.
Hendaklah disokong hadis berkenaan dgn
sanad lain yang bermartabat SAHIH atau HASAN.
2.
Hendaklah diriwayatkan secara makna
menerusi seorang perawi lain yang tidak mengambil sanad drp sheikh yang
sama.
3.
Menepati kata-kata (fatwa) atau perbuatan
sebahagian sahabat.
4.
Diamalkan oleh sebahagian ‘ulama hadis dan
fuqaha’
|