New Page 1

 

Home
Menu Utama

 
  

 

Hadis Marfu’, Mauquf dan Mursal

 

Hadis Marfu’
 

Dari segi bahasa, Marfu’ ialah diangkat.

Dari segi istilah : Hadis disandarkan kpd Rasulullah  sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda.

Contoh :
Drp Aishah RA bahawa Rasulullah SAW sentiasa berdoa dalam solat, “Ya Allah, Aku memohon perlindunganmu drp dosa dan hutang” . (Riwayat Bukhari)

Hadis ini dikatakan Marfu’ kerana ia telah diriwayatkan oleh Aisyah RA terus drp Rasulullah SAW . Syarat terpenting bagi hadis Marfu’ ialah sandaran sanadnya mestilah sampai kepada Rasulullah SAW

Hukum beramal denagan Hadis Marfu’.

Boleh beramal dan berhujjah dengan Hadis Marfu’ yang sahih dan hasan sahaja. Jika ia dhaif @ Maudu’, tidak boleh beramal dgnnya.

 

Hadis Mauquf

Dari segi bahasa ialah terhenti
Dari segi istilah ialah hadis yang disandarkan kepada sahabat sahaja. Tiada tanda bahawa ia dihubungkan kepada Rasulullah SAW.

Contoh :
Dari Ibnu Umar RA katanya : Apabila kamu berada pada waktu petang, jgnlah menunggu sampai pagi, apabila kamu berada pada waktu pagi pula, jgnlah ditunggu sampai petang. Gunakanlah masa sihatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk masa matimu.” (Riwayat Bukhari)

 Hukum beramal denagan Hadis Mauquf’.

Boleh beramal dan berhujjah jika ia melengkapi  syarat  Sahih dan Hasan, kerana para sahabat bersifat adil. Jika ia bermartabat Dhaif,  tidak harus dijadikan hujjah tetapi HARUS dlm perkara-perkara fadail (fadhilat) dgn syarat-syarat tertentu.


Hadis Mursal

Dari segi bahasa ialah gugur @ putus
Dari segi istilah ialah hadis yang disandarkan tabiin kepada Rasulullah SAW tanpa menyebut nama sahabat.

Contoh Hadis Mursal

“Bahawa Rasulullah SAW keluar bermusafir ke Makkah pada hari pembukaan Kota Makkah dlm bulan Ramadhan, baginda berpuasa sehingga sampai di sebuah tempat (Al-Kadid) , lalu baginda berbuka dan diikuti oleh orang lain.” (Riwayat Malik)

Hukum beramal denagan Hadis Mursal.

Secara umumnya Hadis Mursal tidak boleh dijadikan hujjah atau beramal dengannya KECUALI disokong oleh satu drp syarat-syarat berikut ;

1.      Hendaklah disokong hadis berkenaan dgn sanad lain yang bermartabat SAHIH  atau HASAN.

2.      Hendaklah diriwayatkan secara makna menerusi seorang perawi lain yang tidak mengambil sanad drp sheikh yang sama.

3.      Menepati kata-kata (fatwa) atau perbuatan sebahagian sahabat.

4.      Diamalkan oleh sebahagian ‘ulama hadis dan fuqaha’ 

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional