|
HADIS MUTAWATIR
Hadith Mutawatir
Dari segi bahasa al Mutawātir adalah Ism al Fā’il
daripada al Tawātur yang bermaksud yang berturut-turut.
Dari segi istilah pula, hadith mutawatir bermaksud hadith
yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai di mana mustahil dari segi
akal mereka berpakat untuk menipu.
Syarat hadith
mutawatir
- Diriwayatkan oleh perawi yang ramai.
- Bilangan yang ramai ini terdapat di kebanyakan
peringkat (sahabat – tabi’in – seterusnya)
- Mereka meriwayatkan berdasarkan hissi seperti
kata-kata sami’na (kami dengar) atau ro‘aina
(kami lihat)
Hukumnya
Mencapai darjat ilm yaqin iaitu ilmu yang wajib
diterima dengan penerimaan yang kukuh tanpa sebarang ragu-ragu, wajib
beramal dengannya. Sahih
Pembahagiannya
- Mutawatir Lafzi
– Hadith yang sampai darjat mutawatir pada lafaz dan maknanya.
Contohnya ialah hadith “Sesiapa yang berdusta ke atasku ... “
- Mutawatir Maknawi
– Hadith yang sampai darjat mutawatir pada maknanya sahaja
walaupun berbeza lafaznya.
|