HADIS SAHIH
Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad
yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam
meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan
catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.
Syarat hadith sahih
a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir,
dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al
Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada
dari segi masa atau tempat.
b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat
menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi
perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ;
- Muslim.
- Baligh.
- Berakal.
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau
berterusan dalam melakukan dosa kecil.
- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang
yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang
air kecil di tepi jalan.
c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang
tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk
menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit
terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit.
Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang
didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya
sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa.
Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga
catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia
mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.
d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak
bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih
thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi
yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh
perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan.
e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang
kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai
darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya seorang yang
fasiq.
1. Hadith Sahih Li Zaatihi:
Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.
Dari sudut istilah:
Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org
yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil
sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada
illat iaitu kecacatan.
2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li
Zaatihi
apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya
dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:
Pertama: Riwayatnya
adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia
sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli
Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.
Kedua: Riwayatnya
adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg
dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat
menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi,
bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.
Hadith Sahih:
Hukumnya:
1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum
dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim,
sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.
2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak
dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm
huraian kitab An-Nakhbah.
3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg
beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah
meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.
4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg
sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan
jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya
sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah
diperhatikan padanya terlebih dahulu.
5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis
walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya.
Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah
Al-Lahfan).
6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam.
Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan
antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada
tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah
pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya).
Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh
menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w
bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz
menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.
Kedudukan Hadis Sahih mengikut
karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:
1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan
iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).
2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.
4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim
walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam
Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita
mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti
bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka
(kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan
syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).
5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau
tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.
6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau
tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.
7- Hadis yg dianggap sahih oleh
ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd
mereka.