Hukum Syarak ialah yang Khitab Allah SWT berkaitan dengan perbuatan
Mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqthida), pilihan (takhyir)
atau wad’ie.
Hukum Syarak terbahagi kepada dua iaitu ;
Hukum Taklifi
Hukum Wad’ie
Hukum Taklifi ialah Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas
mukallaf supaya melakukan @ meninggalkan sesuatu perbuatan, atau
mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu @ tidak.
Ringkasnya, ia ada 3 kategori iaitu ;
1. Perintah melakukan sesuatu perkara sama ada
WAJIB atau
SUNAT
2. Perintah meninggalkan sesuatu perkara sama ada
HARAM
atau
MAKRUH
3. Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan
atau tidak. Dinamakan
HARUS.
Sementara Hukum Wad’ie bermaksud Khitab Allah yang menjadikan
sesuatu sebagai sebab, syarat @ penghalang kepada sesuatu hukum.