|
HUKUM
WAD'IE
Hukum Wad'ie
ialah Tuntutan Allah yang menjadikan sesuatu sebagai
SEBAB, SYARAT dan
PENGHALANG (MAANI') kepada sesuatu hukum.
Hukum Wadie tidak
bermaksud utk menuntut @ memberi pilihan kepada Mukallaf. Tetapi ia
adalah pendahuluan kepada sesuatu tuntutan.
Contohnya, gelincir
matahari dijadikan SEBAB wajib solat
Zohor, Wudhuk SYARAT sah solat, dan
membunuh pula menjadi PENGHALANG
kepada pewarisan harta pusaka.
Pembahagian
Hukum Wad'ie
Kebanyakan ulama' telah membahagikan Hukum
Wad'ie kepada SEBAB, SYARAT
dan PENGHALANG. Namun ulama'
mazhab Syafie telah menambah dengan SAH
dan BATAL.
1)
SEBAB
ialah sesuatu yang
menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. Oleh sebab itu, apabila ada
SEBAB adanya HUKUM. Tiada
SEBAB,
tiada
HUKUM.
Contoh :
Firman ALLAH SWT;
"Dirikanlah solat
ketika gelincir matahari hingga gelap malam" ayat 78 surah al-Isra'
Ayat di atas
menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi
SEBAB wajib solat Zohor.
2) SYARAT
ialah sesuatu yang
kerana adanya, adanya HUKUM. Tetapi
tidak semestinya apabila adanya, adanya
HUKUM.
Contoh,
Wudhuk adalah
SYARAT
sahnya solat. Apabila tiada wudhuk, solat tidak sah. Tetapi, tidak
semestinya seseorang itu berwudhuk kerana hendak menunaikan solat,
mungkin dia berwudhuk kerana tujuan lain spt Tawaf dsb.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Tidak ada (tidak sah)
solat bagi org yang tidak berwudhuk" Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah
dan al-Hakim
Hadis di atas
menunjukkan bahawa wudhuk adalah
SYARAT
sah solat. Tanpanya solat tidak sah.
3)
PENGHALANG (MAANI’)
ialah
sesuatu yang kerananya, sesuatu HUKUM tidak dapat dilaksanakan,
sedangkan tanpanya, HUKUM tersebut dapat dilaksanakan.Contohnya,
perbezaan agama di antara orang yang mewariskan harta dengan ahli waris
menjadi
PENGHALANG
kepada pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama di antara
keduanya, hukum pembahagian pusaka dapat dilaksanakan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Orang Kafir tidak
mewarisi pusaka orang Islam dan orang Islam tidak mewarisi pusaka orang
kafir" Riwayat Ahmad.
Hadis di atas
menjelaskan bahawa perbezaan agama merupakan
PENGHALANG
penerimaan harta pusaka.
Penghalang terbahagi
kepada 2 iaitu ;
1.
MAANI’ AL-HUKMI (PENGHALANG HUKUM) –
menghalang sesuatu hukum dijatuhkan. Contohnya, sesiapa yang melakukan
pembunuhan dengan sengaja, maka akan dikenakan QISHASH. Tetapi hukum
QISHASH akan terhalang jika ayah membunuh anaknya walaupun dengan
sengaja. Jadi ayah, tidak akan di QISHASH. Kedudukannya sebagai AYAH
telah menghalang pelaksanaan QISHASH ke atas dirinya.
2.
MAANI’ LISABAB (PENGHALANG SEBAB) –
menghalang sesuatu ketetapan kerana adanya sebab tertentu… Contohnya
seorang ahli waris layak menerima pusaka si mati. Tetapi ahli waris yang
membunuh orang yg layak diwarisi hartanya, maka dia tidak layak menerima
harta pusaka. Jadi, membunuh/pembunuhan merupakan
SEBAB yang menghalang penerimaan harta pusaka.
4) SAH (SAHIH)
ialah perbuatan yang
sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki
darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syara'. Contohnya, solat yang
dilakukan dengan mencukupi sayarat dan rukunnya, dikira
SAH oleh syarak. Hasilnya, solat
tersebut tidak perlu diulangi atau diqadhakan.
5) BATAL (BATHIL)
ialah perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak
terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh
syara'. Contohnya, solat yang dilakukan tanpa mencukupi sayarat dan
rukunnya, (contohnya belum masuk waktu) dikira
BATAL oleh syarak. Hasilnya, solat tersebut perlu
diulangi jika waktunya belum luput atau diqadhakan.jika telah berakhir
waktunya.
|