|
Tuntutlah Ilmu sejak dari Buaian
Salah satu hadith Rasulullah SAW yang amat popular ialah galakan dalam
menuntut ilmu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tuntutlah ilmu sejak dari buaian
hingga ke liang lahat"
Mengikut terjemahan yang sering kita dengar, hadith tersebut mengalakkan kita
menunut ilmu sejak buain lagi. Maknanya proses pembelajaran itu bermula sejak
seseorang itu dilahirkan di dunia. Jadi perkataan buaian diterjemahkan sebagai
buaian bayi. Lojiknya semua bayi akan menikmati buaian tidak kira miskin atau
kaya.....Benarkah ? Jadi, proses menuntut ilmupun bermula sehingga seseorang itu
mati. Lewatnya......
Jelasnya, pendapat ini tidak tepat. Perkataan al-mahdi (buaian) hendaklah
diterjemahkan sebagai rahim ibu. Bayi yang berada di dalam rahim ibunya akan
merasa seperti berada dalam buaian bergantung kepada pergerakan ibunya. Mungkin
anda masih teringat tentang surah-surah pilihan yang sunat diamalkan oleh
ibu-ibu yang hamil, menjaga bercakapan dan perangai dan selalu membelai anak di
dalam rahimnya. Semua ini bertujuan untuk mendidik bayi tersebut supaya menjadi
anak yang baik dan soleh apabila dilahirkan ke dunia kelak. Jadi, pendidikan itu
bermula sejak dari alam rahim lagi.
Tambahan pula, kalau kita baca dan lihat tentang rencana di majalah, tv atau internet, ramai
bakal ibu memberi pendidikan bayinya sejak dalam buaian lagi. Misalnya
meletakkan alat hiburan (earphone) ke perutnya dengan harapan bayinya dapat
bertindakbalas dan mnegenali muzik. Ini juga merupakan satu
pendidikan......
Jelaslah bahawa pendidikan itu bermula sejak bayi masih berada di dalam alam
rahim lagi.
Oleh itu para bakal ibu hendaklah menjaga tuturbicara dan tingkahlaku mereka
kerana semua itu akan diikuti oleh bayi mereka apabila mereka lahir kelak.
Banyakkan membaca atau mendengar al-Quran, berzikir dan memohon keampunan
daripada Allah SWT. Di antara surah-surah yang sunat diamalkan ialah surah
Ar-Rahman, surah Maryam, surah Yusof, surah Yaasin,surah at-Taubah, surah Luqman,
surah an-Nahl dan surah al-A'raf.
|