PENDAPAT ULAMA TENTANG IMAM AL-MAHDI
عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ
النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا
إِلاَّ يَوْمٌ ». قَالَ زَائِدَةُ فِى حَدِيثِهِ « لَطَوَّلَ اللَّهُ
ذَلِكَ الْيَوْمَ ». ثُمَّ اتَّفَقُوا « حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً
مِنِّى ». أَوْ « مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ
أَبِيهِ اسْمَ أَبِى ». زَادَ فِى حَدِيثِ فِطْرٍ « يَمْلأُ الأَرْضَ
قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا ».
Dari Dzar dari Abdullah
dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja
(sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya
seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt
namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan
saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dari Abu Said Al-Khudri
ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari
umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari
langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan
kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan
berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat
At-Tabarani.
Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan
memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan
kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang
mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara
dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.
Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan
diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh
utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah
Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu
Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).
Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut
diriwayatkan oleh para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Mas’ud,
Ummu Salamah, Saidina Ali krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman
Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik,
Abdul Rahman bin Auf dsb.
Berikut adalah beberapa
pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai persoalan
mengenai kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman secara ringkas.
1. AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam
kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat
adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di
antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.
2. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir
Ibnu Katsir
menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin
manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang
diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang
ditunggu-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi
itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam
negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”
3. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam
Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein
Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir
bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”
4. Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW,
Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan
harta tanpa mengira-ngira.”
Imam At-Tunmizi
dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan
mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.
5. Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,
“Dan bahawasanya turun Nabi Isa
ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul
Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid
Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal
hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air.
6. Ibnu Hajjar Al-Haitami
menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin :
“Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi
sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika
solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”.
7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits
Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada Hari Akhirat,
“Sayugia diingat, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi,
keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada
martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”
8. Syeikh
Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani
menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
“(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang
daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”
9. Ibnu Taimiyah
di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4
m.s 211 menyebut,
“Sesungguhnya hadits-hadits yang
menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah
diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”
Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu
daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin
bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).
10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad
Dha’if
karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,
“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul,
dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki
dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar
pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan
kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”