New Page 1

 

Home
Menu Utama


 

   Kaum yang dibinasakan : Kaum Nabi Nuh

 


 

Menurut sejarah, kapal nabi Nuh ini telah ditemui oleh seorang gembala kambing bernama Rasyid Sarhan di puncak Bukit Judi, Turki pada Mei 1948. Beliau menetap di Nisir atau Nasar, Turki.Nama tempat tersebut, adalah sama dgn nama al-Babali (البابلي) tempat tinggal kaum nabi Nuh dahulu.

Kemudian ramai pengkaji sejarah telah membuat kajian di tapak tersebut. Paling awal ialah kajian oleh pakar ekologi/sejarah yang diketuai oleh  David Fasold dan Ron Wyatt pada tahun 1950. Kemudian beberapa tokoh termasuklah pengkaji dari Turki sendiri yang manghabiskan masa puluhan tahun mengkaji artifak tersebut. Kesemua mereka membuat kesimpulan, bahawa artifak tersebut adalah berasal dari kapal nabi NUH.

Maha Benarlah firman Allah SWT ;

وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آَيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا (37)

Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ayat 37 Surah al-Furqan.
 



Kesan peninggalan kapal nabi Nuh


 
Kaum nabi Nuh merupakan salah satu golongan yang telah dibinasakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah mengutuskan nabi Nuh untuk menyeru mereka menyembah Allah SWT. Tetapi hampir 1000 tahun Nabi Nuh mendakwahkan mereka kepada Allah yang Esa, hanya segelintir sahaja yang menyambut seruan tersebut. Menurut riwayat yg masyhur, hanya sekitar 70 hingga 80 org sahaja yang beriman kepada seruan nabi Nuh.

Menurut setengah pendapat, jarak di antara kematian Adam dan kebangkitan Nuh sebagai rasul lebih kurang 10 kurun (1000 tahun). Pada masa inilah, manusia kembali menyembah Allah SWT. Tetapi, kemudian mereka berpaling semula dengan menyembah berhala sehinggalah Allah mengutuskan nabi Nuh.
 

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (1) قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (2) أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (3) يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (4)

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya. Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata; Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman). ayat 1 - 4 Surah an-Nuh.

Golongan yang kafir terus memperolok-olokkan seruan nabi Nuh. Mereka telah mencipta patung-patung berhala untuk disembah dan dipuja. Di antara berhala yang masyhur ialah Wadd,  Suwaa',  Yaghuth,  Ya'uuq dan Nasr. Menurut Ibnu Abbas dalam tafsirnya, nama-nama patung-patung utama tersebut adalah diambil drp nama-nama para lelaki soleh di kalangan umat nabi Nuh sendiri yang telah meninggal dunia.
 

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (23)

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa' dan Yaghuth dan Ya'uuq, serta Nasr. ayat 23 Surah an-Nuh.

Namun nabi Nuh tidak putus asa, malah terus menyeru mereka meninggalkan berhala, kembali kepada Allah yang Maha Esa. Beliau juga menjanjikan pengampunan dosa-dosa oleh Allah sekiranya mereka beriman kepada Allah. Beliau turut mengingatkan kaumnya tentang azab Allah yang amat pedih menanti mereka yang terus engkar akan peringatannya.

 

Tetapi kaumnya terus engkar. Mereka memekakkan telinga mereka supaya tidak mendengar seruan nabi Nuh sepertimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آَذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا (7)

Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. ayat 7 Surah an-Nuh.
 

وَأُوحِيَ إِلَى نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلا مَنْ قَدْ آمَنَ فَلا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (36)

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. ayat 36 Surah Hud

Setelah kecewa dgn kedegilan dan kejahatan para kaumnya, lalu nabi Nuh berdoa kpd Allah SWT supaya memusnahkan kaumnya yang engkar dan degil (Kafir) dari muka bumi ini. Doa nabi Nuh ini dinyatakan dalam firman Allah SWT
 

وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لا تَذَرْ عَلَى الأرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا (26)

Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! ayat 26 Surah an-Nuh.
 

Allah memperkenankan doa nabi Nuh. Lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh AS membina sebuah kapal. Allah SWT telah memerintahkan Malaikat Jibril untuk memantau dan menjelaskan cara membina kapal tersebut seperti yang telah dijelaskan oleh al-Quran..
 

وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ (37)

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). ayat 37 Surah Hud.
 

Kapal tersebut amat besar sbgmana yang dijelaskan  oleh Ibnu Kathir dlm Tafsir Ibnu Kathir dan Qasas al-Anbiya' Li Ibni Kathir. Di antaranya ialah Qhatadah menyatakan panjangnya 300 kaki, lebarnya 50 kaki, Hassan Basri berkata panjangnya 600 kaki dan lebarnya 300 kaki, sementara menurut Ibnu Abbas, panjangnya 1200 kaki dan lebarnya 600 kaki.

Anehnya kapal tersebut terletak jauh dari laut/sungai, jauh drp kediaman manusia, di atas puncak bukit pula. Semua ini mengundang kontrovesi bagi pihak orang kafir. Lalu mereka menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengejek dan mempermain-mainkan nabi Nuh... dengan kata-kata kesat spt gila, bodoh, sesat  dsb.

وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ (38) فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ (39)

Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. ayat 38 dan 39 Surah Hud

 

Menurut sesetengah riwayat, org-org kafir tersebut sentiasa menganggu dan mengejek nabi Nuh ketika beliau membina kapal tersebut. Lalu mereka berak dan kencing di atas kapa tersebut untuk menyakitkan hati nabi Nuh.  Maka bergelimpanganlah tahi dan kencing mereka hinggakan hampir keseluruhan kapal tersebut kotor dan berbau busuk. Ditakdirkan Allah, ketika mereka sedang berak, salah seorang drp mereka tergelincir kerana suasana persekitarannya yang kotor dan licin. Lalu terjatuh. Mukanya terkena tahi mereka sendiri yang bertaburan itu. Maka dia tertelan sedikit tahi tersebut. Alangkah terkejutnya, apabila dia merasakan betapa sedapnya tahi tersebut. Maka dia mula mengambil lebih banyak lagi tahi tersebut. Kawan-kawannya hairan melihat dia makan tahi mereka sendiri... Lalu dia berkata bahawa teramatlah sedapnya tahi ini tidak pernah dia merasa makanan yang sesedap itu... Maka para kawannya, mula menjamah secebis, masing-masing mencuba... WOW !!! Sedapnya !!! Maka mereka berebut-rebut makan tahi mereka sendiri... Akhirnya habislah semua tahi tadi, dan kapal nabi Nuh menjadi bersih...
 

Setelah siapnya kapal nabi Nuh, Allah SWT memerintahkan supaya dimasukkan binatang-binatang berpasangan dan seterusnya pengikutnya. Apabila semua sudah selesai... lalu Allah menurunkan taufan yang amat dahsyat  besertakan ombak yang ganas dan hujan yang mencurah-curah hinggakan air melimpah dan membanjiri muka bumi. Sehinggakan tiada seincipun tanah yang tinggal kecuali ditenggelami air. Tiada haiwan atau manusia yang terselamat kecuali mereka yang berada dalam kapal nabi Nuh. Maka semua orang kafir tersebut mati termasukalh anak nabi Nuh sendiri yang memilih jalan kekafiran.  
 

فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ (11) وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا فَالْتَقَى الْمَاءُ عَلَى أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ (12) وَحَمَلْنَاهُ عَلَى ذَاتِ أَلْوَاحٍ وَدُسُرٍ (13)

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;  ayat 11 - 13 Surah al-Qamar.
 

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ (14)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim(dengan kufur derhaka). ayat 14 Surah al-Ankabut.
 

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آَمَنَ وَمَا آَمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ (40) وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (41)

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ayat 40 dan 41 Surah Hud.
 

Setelah beberapa hari,maka Allah telah memerintahkan supaya hujan berhenti dan banjir menjadi surut. maka tersadailah bahtera nabi Nuh di atas bukit Judi di Turki sebagaimana yang dikisahkan oleh al-Quran.
 

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (44)

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. ayat 44 Surah Hud.

 

 

Gambaran betapa kerdilnya kapal di laut yg bergelora

 

Gambaran lakaran kapal nabi Nuh menurut ahli sejarah
 

Gambaran kapal nabi Nuh

Kesan kapal Nabi Nuh di bukit Judi

Replika kapal nabi Nuh
 

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional