|
KEISTIMEWAAN HARI
JUMAAT
1.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, lebih mulia drp hari
raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha. Di antara perkara yang telah
dan akan berlaku pada hari Jumaat ialah ;
a) Adam dijadikan
b) Adam dimasukkan ke Syurga
c) Adam dikelaurkan dari Syurga dan dihantar ke dunia (Bumi)
d) Adam dimatikan
e) Hari Kiamat akan berlaku
f) Terdapat satu masa yg mana doa amat makbul.
عَنْ أَبِي لُبَابَةَ بْنِ عَبْدِ الْمُنْذِرِ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
سَيِّدُ الْأَيَّامِ
وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ
الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ
آدَمَ وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ وَفِيهِ تَوَفَّى
اللَّهُ آدَمَ وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ
شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا وَفِيهِ تَقُومُ
السَّاعَةُ مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ وَلَا سَمَاءٍ وَلَا أَرْضٍ وَلَا
رِيَاحٍ وَلَا جِبَالٍ وَلَا بَحْرٍ إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ
الْجُمُعَةِ
Dari Abu Lubanah bin Abdul Munzir, Rasulullah SAW telah bersabda ;
Sesungguhnya hari Jumaat itu penghulu segala hari, semulia hari di sisi
Allah dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Pada hari Jumaat itu
terdapat 5 perkara ; Allah telah menciptakan Adam, Adam diturunkan ke
dunia, Adam dimatikan, padanya (Jumaat) terdapat satu ketika (masa)
dimana tiada siapapun yang meminta kepada Allah, Allah pasti menunaikan
permintaannya selagi dia tidak meminta perkara haram, padanya (Jumaat)
terjadinya hari Kiamat. Tidak ada malaikat Muqarrab, malaikat menjaga
langit, malaikat menjaga dunia, malaikat menjaga angin, malaikat menjaga
gunung, malaikat menjaga laut, melainkan semuanya merasa kasih pada hari
Jumaat.
Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ خَيْرُ
يَوْمٍ طَلَعَتْ
عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ
أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ
إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah
bersabda : Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat. Padanya Adam dijadikan,
Adam dimasuk dan dikeluarkan dari Syurga, Tidak berlakunya hari Kiamat
kecuali pada hari Jumaat.
Hadis Riwayat Muslim, Malik, Nasaie, Abu Daud dan Ahmad.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ
الْجُمُعَةِ
فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا
وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah
bersabda :
Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, padanya dijadikan Adam dan pada hari
tersebut Adam dimasukkan ke Syurga dan dikeluarkan dari Syurga, Tidak
akan terjadi Kiamat kecuali hari Jumaat. Hadis
Riwayat Turmizi.
2. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam.
Allah telah memilih hari Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam lebih
dahulu urutannya drp orang Yahudi yang memilih hari Sabtu dan orang
Nasrani memilih hari Ahad sedangkan mereka lebih dahulu diutuskan ke
dunia. Jadi umat Yahudi dan Nasrani telah terkemudian.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
أَضَلَّ اللَّهُ عَنْ
الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا كَانَ لِلْيَهُودِ يَوْمُ السَّبْتِ
وَالْأَحَدُ لِلنَّصَارَى فَهُمْ لَنَا تَبَعٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
نَحْنُ الْآخِرُونَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَالْأَوَّلُونَ الْمَقْضِيُّ
لَهُمْ قَبْلَ الْخَلَائِقِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah
bersabda : Allah SWT telah menyesatkan tentang hari Jumaat
umat-umat terdahlul sblm kita, orang Yahudi telah memilih hari Sabtu
sementara orang Nasrani memilih hari Ahad. Mereka mengikut kita pada
hari Kiamat. Kita umat terakhir di dunia tetapi umat terawal dihisab
sebelum makhluk lain.
Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
نَحْنُ الْآخِرُونَ
الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ
الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا
وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا
اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنْ الْحَقِّ فَهَذَا يَوْمُهُمْ الَّذِي اخْتَلَفُوا
فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ قَالَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا
وَغَدًا لِلْيَهُودِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah
bersabda : Kita adalah umat yg terakhir, tetapi umat yg terdahulu
pada hari kiamat. Kita adalah umat yang paling awal masuk ke syurga,
sedangkan mereka telah menerima kitab sebelum kita, kita diberikan kitab
selepas mereka, mereka telah berbalah. Allah telah memberi hidayah
kepada kita tentang perkara yg mereka perselisihkan. Inilah hari di mana
mereka berselisih tentangnya. Allah telah memberi hidayah kepada kita.
Hari Jumaat adalah hari (kebesaran) kita, esok (sabtu) hari kebesaran
Yahudi dan lusa (Ahad) hari kebesaran Nasrani.
Hadis Riwayat Muslim.
3. Disunatkan mandi pada
hari Jumaat bagi sesiapa yang hendak ke masjid utk solat Jumaat. Di
samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang bersih, memakai wangian
dan bersiwak.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا
يَوْمُ عِيدٍ
جَعَلَهُ اللَّهُ لِلْمُسْلِمِينَ فَمَنْ جَاءَ إِلَى الْجُمُعَةِ
فَلْيَغْتَسِلْ وَإِنْ كَانَ طِيبٌ فَلْيَمَسَّ مِنْهُ وَعَلَيْكُمْ
بِالسِّوَاكِ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah
bersabda : Hari ini (Jumaat) adalah hari raya yang dijadikan untuk
orang-orang muslim. Sesiapa yang pergi utk solat Jumaat, hendaklah dia
mandi. Jika ada wangian hendaklah dia memakainya, dan hendaklah
dia mengosok gigi (siwak).
Hadis Riwayat Ibnu Majah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ
الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ
Dari Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda ; Apabila kamu ingin pergi menunaikan solat Jumaat,
hendaklah kamu mandi.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Turmizi, Ibu Majah,
Nasaie dan Ahmad.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ غُسْلُ يَوْمِ
الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ
Dari Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda, mandi pada hari Jumaat wajib ke atas org yang
berjunub (mimpi keluar mani) - sudah baligh.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Nasaie, Ibu Majah dan
Ahmad.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ
بَيْنَمَا هُوَ قَائِمٌ فِي الْخُطْبَةِ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ
إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ الْأَوَّلِينَ مِنْ أَصْحَابِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَادَاهُ عُمَرُ أَيَّةُ
سَاعَةٍ هَذِهِ قَالَ إِنِّي شُغِلْتُ فَلَمْ أَنْقَلِبْ إِلَى أَهْلِي
حَتَّى سَمِعْتُ التَّأْذِينَ فَلَمْ أَزِدْ أَنْ تَوَضَّأْتُ فَقَالَ
وَالْوُضُوءُ أَيْضًا وَقَدْ عَلِمْتَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ بِالْغُسْلِ
Ibnu Umar r.a. mengatakan bahwa Umar
ibnul-Khaththab ketika sedang berdiri khutbah Jumat tiba-tiba masuklah
seorang laki-laki dari golongan kaum Muhajirin Awwalin (Muhajirin
dari golongan yang terawal).
Lalu, Umar berseru kepadanya, "Masa apakah ini
?" Orang itu menjawab, "Aku disibukkan oleh suatu hal, maka tiada
kesempatan bagiku untuk pulang kepada keluargaku, sehingga aku mendengar
suara azan. Oleh sebab itu, aku tidak dapat berbuat lebih dari pada
berwudhu saja." Umar berkata, "Juga hanya berwudhu saja, padahal Anda
tentu mengetahui bahwa Rasulullah menyuruh mandi?"
Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ
رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ
الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ
الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي
السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي
السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ
الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah
bersabda, "Barangsiapa yang mandi Jumat seperti mandi junub kemudian
berangkat (ke masjid), maka seolah-olah ia berkorban unta. Barangsiapa
yang berangkat pada saat yang kedua, maka seolah-olah ia berkorban
lembu. Barangsiapa yang berangkat pada saat ketiga, maka seolah-olah ia
berkorban kibas yang bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada saat
yang keempat, maka seolah-olah ia berkorban ayam. Dan, barangsiapa yang
berangkat pada saat kelima, maka seolah-olah ia berkorban telur. Apabila
imam keluar (naik mimbar), maka para malaikat mendengarkan khutbah."
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Nasaie dan
Ahmad.
4. Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau
malam Jumaat akan terhindar drp fitnah (soalan/seksa ) kubur.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ
يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW telah
bersabda, Tidak ada seorangpun di kalangan org Islam yang mati pada hari
Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya drp fitnah
(soalan/seksa ) Kubur. Hadis
Riwayat Ahmad dan Turmizi.
5. Mendapat cahaya di
antara 2 Jumaat kepada sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi di hari
Jumaat.
مَنْ قَرَأَ سُوَرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ
النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada
hari Jumaat, Allah SWT akan menerangkannya dengan cahaya di antara 2
Jumaat. Hadis
Riwayat an-Nasaie, al-Baihaqi dan al-Hakim.
6. Menghapuskan dosa di antara 2 Jumaat, selagi
tidak melakukan dosa-dosa besar.
عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ
وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ
يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ
اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ
الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ
الْأُخْرَى
Dari Salman al-Farisi, Rasulullah SAW telah
bersabda : Tidak seorangpun lelaki yang mandi pada hari Jumaat,
kemudian
mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakai
minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada
pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan
antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian
ia bersembahyang, kemudian diam ketika imam berkhutbah,
melainkan diampunkan dosanya di antara 2 Jumaat.
Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى
الْجُمُعَةِ
كَفَّارَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda : Solat Fardhu 5 waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat
yng berikutnya, adalah (kafarah) penebusan dosa di antaranya selagi
tidak melakukan dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Turmizi.
|