New Page 1

 

Home
Menu Utama


 

Gambaran ketinggian Nabi Adam

 

إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يَبُوْلُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ وَلاَ يَتْفُلُوْنَ وَلاَ يَمْتَخِطُوْنَ … وَأَزْوَاجُهُمْ الْحُوْرُ الْعِيْنُ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ عَلَى صُوْرَةِ أَبِيْهِمْ آدَمَ سِتُّوْنَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ

“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk surga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah, tidak beringus….istri-istri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta menjulang ke langit” (HR Al-Bukhari 3327)

 

Hadis di atas menjelaskan bahawa ketinggian nabi Adam adalah 60 hasta. Kita biasa dengar ketika ceramah di kampung-kampung, ketinggian nabi Adam adalah setinggi pokok kelapa, tak pula dinyatakan pokok kelapa mana...

Mengikut kiraan mudah, 60 hasta bersamaan dengan 30 meter. 1 hasta = 18 inci  atau 0.0254m. Maka 60 hasta = 27.432 m (dibulatkan kepada 30m). Setinggi manakah 30 meter ini..?  30 meter = 90 kaki. Jika kita andaikan bahawa setiap tingkat bangunan adalah sekitar 10 kaki, maka ketinggian 30 meter ini bersamaan dengan ketinggian bangunan 9 tingkat !!! Masya Allah... tingginya...

 

Manusia paling tinggi di dunia menurut cataatan Guinness Book of Record  adalah Sultan Kösen,  berasal  dari Turki   tingginya 2,465 meter (11 Februari 2009).
 


 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ وَطُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا ، ثُمَّ قَالَ اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ ، فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ ، تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ . فَقَالَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ . فَقَالُوا السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ . فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ . فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ ، فَلَمْ يَزَلِ الْخَلْقُ يَنْقُصُ حَتَّى الآنَ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Allah telah menciptakan Adam dengan ketinggian 60 hasta kemudian (Allah) berfirman: Pergilah dan memberi salamlah kepada para malaikat itu, dan dengarkanlah mereka memberi hormat kepada engkau. Itulah kehormatan engkau dan keturunan engkau, lalu (Adam) mengucapkan: Assalamu ‘alaikum, maka (para malaikat) mengucapkan assalamu alaika wa rahmatullah, (para malaikat) menambahkan: warahmatullah, maka setiap orang yang masuk surga serupa dengan Adam (dalam hal perawakan/postur dan gambaran), dan manusia itu senantiasa bertambah kecil sampai sekarang. Hadis riwayat Bukhari.
 

Gambar di atas adalah replika baju nabi adam yang telah dibuat di Arab Saudi
sekadar untuk mengambarkan ketinggian nabi Adam AS

 

Di  Mpaluzi (Afrika Selatan) heboh dengan penemuan tapak kaki manusia, yang berukuran panjang sekitar 4 kaki (121,92 cm) yang dianggarkan telah berusia sekitarn 200 juta tahun yang lalu.

 

Adakah ini tapak nabi Adam ? Wallahu 'Alam

Berdasarkan penelitian setengah pakar, ukuran tapak kaki manusia, biasanya 15% dari ukuran tingginya. Dengan berdasarkan penelitian ini,  kesimpulannya, tinggi manusia 200 juta tahun tersebut adalah sekitar 812,8 cm atau 8,128 m. Jadi, ia bukan  bekas tapak nabi Adam kerana ketinggian nabi Adam adalah 30m.


Kalau manusia setinggi 8 meter, tapak kakinya sebesar gambar di atas (4 kaki), bayangkan besar mana pula tapak nabi Adam yang tinggi badannya 30m....

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright © 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional