Dalam
Kitab Zaad al-Maad telah dinyatakan bahawa terdapat satu hadis Mauduq
yang menerangkan tentang kelebihan beras iaitu ;
Sabda
Rasulullah SAW :
كُلّ شَيْءٍ أَخْرَجَتْهُ الأَرْضُ فَفِيهِ دَاءٌ وَشِفَاءٌ إلاالأَرُزّ
فَإِنّهُ شِفَاءٌ لاَ دَاءَ فِيهِ
Setiap sesuatu yang dihasilkan oleh bumi (tanah) mengandungi penawar dan
mendatangkan penyakit kecuali beras, sesungguhnya ia adalah penawar
(ubat) dan tidak mendatangkan penyakit".
Menurut
pengarang kitab tersebut, ia bukan hadis dan tujuan ia dpaparkan sebagai
peringatan dan amaran kepada mereka ia menyandarkan ia kepada
Rasululullah SAW.
Beras
adalah antara makanan yang mengenyangkan. Di anatara khasiatnya ialah ;
1. mudah
dicerna oleh perut
2. menyihatkan badan
3. menambah air mani
4. menjernihkan warna kulit dan muka
Burung
Firman
Allah SWT
“Dan
daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21
Ada
burung yang halal dan ada yang haram dimakan. Di antara yang haram
dimakan ialah ;
1. mempunyai taring/mencakar utk mencari makanan spt helang dsb
2. yang dilarang membunuhnya spt hudhud
3. yang disuruh membunuhnya spt gagak
4. yang makan bangkai spt gagak dsb
Di
antara khasiatnya ialah ;
a.
ayam - panas tapi lembab sbb itu
tidak sesuai bagi ibu yang baru bersalin/keguguran
- mudah dicerna
- mengelokkan suara
- menguatkan daya ingatan
- menambah darah
- menambah air mani
b.
itik/serati
- panas dan lembap
- susah dicerna, tidak sesuai utk perut
- byk lemak
c.
Angsa - panas dan kering
- tidak baik dimakan
Cuka
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ
اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ
فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ
وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ
Sabda
Rasulullah SAW :
Dari
Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang laukpauk
kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa,
kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah
dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah
cuka. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ
عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ
فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ
فِيهِ الْخَل
Dari
Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah
cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi
sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. Hadis
riwayat Ibnu Majah.
Cuka
mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.
Daun Saderi
Daun
saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan
limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan
keluarnya darah haid.
Delima
Firman
Allah SWT ;
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمّانٌ } [ الرّحْمَنِ 68 ]
”Dalam
syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima”
Surah
ar-Rahman ayat 68
Delima
manis rasanya, baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada
dada, menymbuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru.
Di antara khasiat delima yang manis ialah :
1. Menguatkan usus
2. membersihkan tekak
3. ubat batuk
Di antara khasiat delima yang masam ialah :
1. menyucikan perut
2. mencegah muntah
3. melawas air kencing
4. menghentikan cirit birit
Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.
عَنْ
ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ
وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ
أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي
أَعَافُهُ
Dari
Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika
dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab
beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kwsn kaumku, maka aku merasa jijik”
Hadis riwayat Bukhari.