New Page 1

 

Home
Menu Utama

 


 

 

Kisah Dermawan  tersalah Sedekah
 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم - قَالَ قَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ . فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ . فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ . فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدَىْ زَانِيَةٍ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ . فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ ، لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ . فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدَىْ غَنِىٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِىٍّ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ، عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِىٍّ . فَأُتِىَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا ، وَأَمَّا الْغَنِىُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ .

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah berniat, ‘Aku akan bersedekah. Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata : ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata : ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’

Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkankan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah ini menceritakan seorang yang bertekad untuk memberi sedekah. Pada suatu malam dia telah berjalan untuk memberi sedekah. Maka, dia berjumpa seseorang yang merayau-rayau yang disangkanya orang miskin, lalu dia memberi sedekahnya. Esoknya, masyarakat di situ riuh rendah dan mengejeknya kerana memberi sedekah kepada seorang pencuri. Dia juga terkejut, dia tidak menyangka lelaki yang ditemuinya semalam dan diberikan sedekah adalah seorang pencuri !
 

Namun dia tidak putus asa, dia keluar pula malam esok. Perkara yang serupa juga terjadi apabila esoknya orang ramai kecoh kerana seorang perempuan zina telah mendapat sedekah. Dia tetap bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya bersedekah. Kali ini dia tetap bertekad untuk bersedekah lagi, mudah-mudahan sedekahnya sampai kepada orang yang memerlukan spt fakir miskin dsb. Malam tersebut dia keluar lagi, dia telah bersedekah lagi... Esoknya orang ramai semakin kecoh dan kalut... Sebelum itu seorang pencuri mendapat sedekah, semalam seorang pelacur dan malam tadi seorang yang kaya raya pula mendapat sedekah keluh orang ramai.. Apa dah jadi ???
 

Jadi, lelaki tersebut teramat sedih. Dia tetap memuji Allah kerana dia telah berjaya bersedekah. Dia menyangka sedekahnya kepada pencuri,pelacur dan org kaya itu tidak diterima Allah kerana mereka tidak layak menerima sedekah. Yang paling layak adalah fakir miskin... Dia telah bermimpi.. dalam mimpi tersebut dia telah diberitahu bahawa sedekahnya telah diterima Allah. Dia juga diberitahu hikmah sedekahnya kepada 3 orang tersebut. Semoga sedekahnya kepada pencuri telah menyedarkan pencuri tersebut, lalu dia berhenti daripa mencuri. Semoga si penzina pula akan menggunakan harta yang disedekah tadi untuk menjaganya daripada berzina dan sementara si kaya pula, mudah-mudahan si kaya tadi terdorong untuk turut serta bersedekah seperti lelaki yang bersedekah tadi.
 

Kesimpulannya, bersedekahlah... walaupaun sedekah yang kita hulurkan, tanpa kita duga atau ketahui terjatuh ke tangan orang yang tidak berhak menerimanya...  sedekah kita pasti diterima Allah... asalkan kita benar-benar bersedekah (ikhlas). Kenyataan ini disokong oleh hadis di bawah
 

وَكَانَ أَبِى يَزِيدُ أَخْرَجَ دَنَانِيرَ يَتَصَدَّقُ بِهَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ رَجُلٍ فِى الْمَسْجِدِ ، فَجِئْتُ فَأَخَذْتُهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ وَاللَّهِ مَا إِيَّاكَ أَرَدْتُ . فَخَاصَمْتُهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَكَ مَا نَوَيْتَ يَا يَزِيدُ ، وَلَكَ مَا أَخَذْتَ يَا مَعْنُ

Ayahku, Yazid, telah memberi beberapa dinar (sedekah) kepada seseorang di masjid, dia percaya pembahagiannya kepada yang berhak menerimanya. Lalu aku datang dan mengambilnya, Aku membawa (memberi) kepada ayahku, tetapi dia menolaknya sambil berkata : "Demi Allah, Aku tidak mahu (mengambilnya)". Lalu aku mengadu kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda : "Bagi kamu apa yang kamu niatkan Wahai Yazid, dan bagimu apa yang kamu ambil wahai Ma'an (Ma'an bin Yazid)" Riwayat Bukhari.

Hadis di atas menceritakan bahawa Yazid bin Akhnas memberi sedekah beberapa dinar kepada seseorang yang berada di masjid. Dia percaya orang tersebut akan membahagikan sedekahnya kepada orang yang berhak menerimanya seperti orang miskin, fakir dsb. Tanpa diduga anaknya yang bernama Ma'an bin Yazid telah mengambil wang tersebut, dan anaknya pun tidak mengetahui bahawa wang tersebut adalah dari ayahnya sendiri. Lalu Ma'an bin Yazid ingin memberi wang tersebut kepada ayahnya (Yazid). Tentulah Yazid enggan menerima wang tersebut kerana wang itu adalah wang sumbangannya sendiri !!!! Lalu Ma'an mengadu kepada Rasulullah, maka jawab Rasulullah SAW :  Bagi kamu apa yang kamu niatkan Wahai Yazid, dan bagimu apa yang kamu ambil wahai Ma'an. Ini menunjukkan bahawa Yazid tetap mendapat pahala daripada sedekahnya tadi dan Ma'an pula boleh mengambil wang tersebut.


 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional