New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 2 kekosongan


 

  

MANDI
 

Pengertian Mandi
 

Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh anggota badan dengan niat.

 

Firman Allah SWT ;

 

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

“Jika kamu berjunub (berhadas besar), maka bersucilah (dgn mandi wajib).
Surah al-Maidah : 6

 


BAHAGIAN MANDI

 

1. MANDI  SUNAT

Mandi yang diniatkan kerana tujuan yang tertentu spt Mandi Sunat Hari Jumaat ( bagi org yang nak pergi solat Jumaat), mandi hari raya, mandi ihram, mandi kerana memeluk Islam.

 

2. MANDI  WAJIB

Mandi  yang disertai niat kerana berhadas besar disebabkan oleh haid, nifas, wiladah, berjunub, keluar mani dan mati selain drp mati syahid.

 

3. MANDI HARUS

Mandi selain drp Mandi Sunat dan Mandi Wajib utk menyegarkan dan m enghilang bau badan.

 

PERKARA YANG MENYEBABKAN MANDI WAJIB

1. Keluar haid.
2. Keluar Nifas.
3. Wiladah.
4. Keluar mani
5. Bersetubuh.
6. Mati selain drp mati syahid.

 

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA BERHADAS BESAR

1. Solat sama ada solat Fardhu @ solat sunat.
2. Sujud Tilawah @ Sujud Syukur.
3. Membaca @ menyentuh al-Quran.
4. Tawaf sama ada Tawaf Fardhu @ Tawaf sunat.
5. Berhenti dalam masjid.

 

Larangan bagi Perempuan Haid/Nifas

1. Puasa sama ada Fardhu @ sunat.
2. Bergurau senda di antara pusat dan lutut bagi lelaki.
3. Melakukan persetubuhan.

 

RUKUN MANDI WAJIB

 

1. Niat mandi wajib iaitu bketika air sampai pada mana-mana anggota badan.

 

 نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَكْبَرِ لِلّهِ تعالى

Sahaja Aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.


2. b> Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah kulit, rambut, bulu, celah jari kaki dan tangan, kuku dan  kemaluan.

 

PERKARA SUNAT KETIKA MANDI WAJIB


1. Mulakan mandi dengan basmalah.
2. Mendahulukan anggota sebelah kanan.
3. Berwuduk sebelum mandi.
4. Bersihkan kotoran @ najis yang menghalang air sampai ke kulit.
5. Menyelati jari kaki, tangan, janggut dan rambut.
6. Mengosok seluruh anggota ba
dan.
7. Berdoa selepas mandi

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional