1. Balutan itu tidak boleh dibuang, atau sekiranya dibuang dan
dibasuh dibimbangi akan membawa kepada kesakitan atau bertambah sakit
atau melambatkan sembuh. Hukumnya sama dengan masalah tayammum.
Ulama' Maliki berpendapat seandainya dibimbangi boleh menyebabkan
kematian atau kemudharatan yang teruk, maka hukum menyapu balutan ini
menjadi WAJIB.
2. Tidak membasuh atau menyapu tempat itu sendiri disebabkan
kemudharatan.
Jika menyapu tempat tersebut boleh dilakukan dan tidak membawa
mudharat, maka tidak harus menyapu ke atas balutannya, tetapi hendaklah
disapu tempat luka itu sendiri jika tidak mendatangkan mudharat.
3. Hendaklah balutan itu tidak melebihi kawasan yang perlu.
4. Balutan tersebut hendaklah dipasang dalam keadaan seseorang itu
telah BERSUCI dengan
air. Jika tidak,solatnya WAJIB diulang, menurut
ulama Syafie dan Hanbali.
Alasan mereka ialah kerana menyapu di atas balutan lebih utama drp
menyapu di atas KHUF kerana ia berasaskan keadaan darurat. Menyapu di
atas KHUF disyaratkan memakainya dalam keadaan SUCI (Berwuduk
atau telah mandi wajib). Maka, begitulah juga syarat bagi menyapu
balutan ini.
Jika balutan itu diikat semasa dalam keadaan TIDAK
SUCI, maka balutan itu perlu dibuka untuk membasuh
anggota dibawahnya, jika tidak dibimbangi mendatangkan mudharat. Jika
bimbang boleh membawa maut atau bahaya, maka hendaklah berTAYAMMUM untuk
ganti anggota yang dibalut tadi. Tapi, sekiranya, balutan itu meliputi
semua kws tayammum (muka dan dua tangan), maka Ulama Hanafi berpendapat,
kewajipan Tayammum itu gugur (Tidak perlu Tayammum). Ulama Syafie pula
berpendapat, dia hendaklah solat semula, kedudukannya sama dengan mereka
yang tidak mempunyai kedua-dua alat bersuci (Wudhuk dan Tayammum).
Ulama Maliki dan Hanafi pula
tidak mensyaratkan balutan itu dipakai ketika dalam keadaan suci. Oleh
itu, sama ada dipakai dalam keadaan suci atau berhadas (kecil/besar),
maka dia harus (boleh) menyapunya dan tidak perlu mengulangi solatnya.
Kerana kecederaan boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada ketika suci
atau berhadas. Oleh itu, dengan meletakkan syarat supaya dibalut ketika
dalam keadaan suci dikira menjadi satu kesukaran dan kepayahan.
5. Balutan itu hendaklah tidak mengggunakan bahan yang dirampas,
bukan benda yang diharamkan (spt sutera bagi lelaki) dan bukan najis
(spt kulit bangkai atau kain yang bernajis). Jika tidak, menyapu balutan
itu menjadi tidak sah dan solat juga tidak sah. Syarat ini disisi ulama
Hanbali.
Mengulangi Solat Selepas Sembuh
Ulama' Maliki dan Hanafi yang tidak mewajibkan balutan dilakukan
ketika Suci, tidak mewajibkan mengulang solat semula apabila telah
sembuh.
Sementara ulama Syafie dan Hanbali yang mensyaratkan balutan mesti
dilakukan ketika suci, mewajibkan mengulangi semula solat yang telah
dikerjakan.
Menurut ulama Syafie, solat yang wajib diulang semula dalam 3 keadaan
berikut ;
1. Sekiranya balutan tersebut pada anggota tayammum (muka dan tangan)
sama ada dipakai ketika waktu suci ataupun berhadas.
2. Apabila balutan dipakai waktu tidak suci atau berhadas, sama ada
ia pada anggota tayammum atau pada anggota lain.
3. Apabila balutan yang dipakai itu lebih drp ruang yang perlu atau
lebih drp tujuan menyembuh sama ada dipakai ketika suci atau berhadas.
Solat tidak perlu diulang
apabila ;
1. Apabila balutan itu dibuat selain drp anggota tayammum dan tidak
pula menutupi bahagian yang tidak sakit, walaupun dipakai ketika
berhadas.
2. Apabila balutan tersebut selain anggota tayammum dan dipakai
sewaktu suci wlpn melebihi kadar yang perlu.
Perkara yang membatalkan Sapuan
atas Balutan
1. Apabila balutan dibuang atau tercabut.
Ulama Syafie ; Sekiranya
ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal sama ada dia telah
sembuh atau belum. Kedududukannya sama spt Khuf, begitu juga apabila dia
telah sembuh, keadaan sucinya terbatal. Tetapi, jika ia tercabut,
sedangkan dia belum sembuh, maka dia bolehlah mengenakan semula balutan
tersebut dan hanya perlu menyapunya semula sahaja, kemudian solat
semula.
Ulama Maliki ;
Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal. Balutan
tersebut perlu dipakai dengan segera dan menyapu semula dengan
tidak berselang masa yang lama, kemudian solat semula. Jika ketika
ia tercabut atau untuk menukar bulatan lain, dia masih belum
sembuh, hendaklah dia menyapu semula balutan tersebut. Tetapi, jika
sudah sembuh, maka hendaklah dia membasuh tempat berkenaan serta merta.
Ulama Hanafi ;
Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia belum sembuh, maka solatnya
tidak batal.Hukum
menyapunya tidak batal, kerana keuzurannya masih wujud. Dalam tempoh
kecederaannya, dia boleh menukar balutan dengan yang lain dan tidak
wajib menyapu semula di atasnya, tetapi afdhal hendaklah disapu semula.
Tetapi sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia telah sembuh,
maka solatnya
batal. Maka
dia wajib memulakan solatnya semula dengan wudhuk yang sempurna kerana
keuzuran telah tiada. Ringkasnya, keharusan menyapu balutan sebagai
gantian wudhuk TERBATAL apabila
balutan tersebut tercabut ketika kecederaan telah sembuh kerana
keuzurannya telah hilang.
Ulama Hanbali ;
Tercabut balutan sama hukumnya apabila kecederaan tersebut telah sembuh
walaupun kecederaaan/luka tersebut belum sembuh. Keadaannya samalah
seperti orang yang telah tercabut khufnya, sapuannya,kesuciannya dan
solatnya semuanya terbatal dan perlu diulang semula. Dalam kes wudhuk
pula, jika balutan terbuka sedangkan kecederaan belum sembuh, dia perlu
berwudhuk dan bertayammum semula. tetapi, jika keceraan telah sembuh,
dia hendaklah berwudhuk sahaja.
2. Berhadas.
Mengikut jamhur ulama' sapuan atas balutan batal apabila berhadas.
Jadi, dia hendaklah menyapu semula apabila ingin solat.
Rujukan ;
Fiqh Mazahib Arbaah
Fiqh Wa Adillatuhu