New Page 1

 

Home
Menu Utama


 

  

MENYAPU DI ATAS BALUTAN (الجبائر/الْجَبِيرَةُ)


Menyapu balutan bermaksud menyapu di atas balutan anggota badan yang cedera spt patah atau luka sama ada di kepala, kaki, tangan dan muka yang termasuk dalam anggota wudhuk. 

Hukum menyapu di atas balutan adalah HARUS.

Menurut pendapat Janmhur Ulama', (Maliki, Syafie, Hanbali) menyapu di atas balutan  (الجبائر/الْجَبِيرَةُ) dengan air adalah WAJIB supaya menggunakan air setakat yang mampu. Ia diQIASkan kepada menyapu KHUF kerana kedua-duanya dilakukan kerana darurat, bahkan menyapu balutan lebih besar kadar daruratnya. 



Syarat-syarat Menyapu Balutan (الجبائر/الْجَبِيرَةُ)

1. Balutan itu tidak boleh dibuang, atau sekiranya dibuang dan dibasuh dibimbangi akan membawa kepada kesakitan atau bertambah sakit atau melambatkan sembuh. Hukumnya sama dengan masalah tayammum.

Ulama' Maliki berpendapat seandainya dibimbangi boleh menyebabkan kematian atau kemudharatan yang teruk, maka hukum menyapu balutan ini menjadi WAJIB.

2. Tidak membasuh atau menyapu tempat itu sendiri disebabkan kemudharatan.

Jika menyapu tempat tersebut boleh dilakukan dan tidak membawa mudharat, maka tidak harus menyapu ke atas balutannya, tetapi hendaklah disapu tempat luka itu sendiri jika tidak mendatangkan mudharat.

3. Hendaklah balutan itu tidak melebihi kawasan yang perlu.

4. Balutan tersebut hendaklah dipasang dalam keadaan seseorang itu telah BERSUCI dengan air. Jika tidak, solatnya WAJIB diulang, menurut ulama Syafie dan Hanbali.

Alasan mereka ialah kerana menyapu di atas balutan lebih utama drp menyapu di atas KHUF kerana ia berasaskan keadaan darurat. Menyapu di atas KHUF disyaratkan memakainya dalam keadaan SUCI (Berwuduk atau telah mandi wajib). Maka, begitulah juga syarat bagi menyapu balutan ini.

Jika balutan itu diikat semasa dalam keadaan TIDAK SUCI, maka balutan itu perlu dibuka untuk membasuh anggota dibawahnya, jika tidak dibimbangi mendatangkan mudharat. Jika bimbang boleh membawa maut atau bahaya, maka hendaklah berTAYAMMUM untuk ganti anggota yang dibalut tadi. Tapi, sekiranya, balutan itu meliputi semua kws tayammum (muka dan dua tangan), maka Ulama Hanafi berpendapat, kewajipan Tayammum itu gugur (Tidak perlu Tayammum). Ulama Syafie pula berpendapat, dia hendaklah solat semula, kedudukannya sama dengan mereka yang tidak mempunyai kedua-dua alat bersuci (Wudhuk dan Tayammum).

Ulama Maliki dan Hanafi pula tidak mensyaratkan balutan itu dipakai ketika dalam keadaan suci. Oleh itu, sama ada dipakai dalam keadaan suci atau berhadas (kecil/besar), maka dia harus (boleh) menyapunya dan tidak perlu mengulangi solatnya. Kerana kecederaan boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada ketika suci atau berhadas. Oleh itu, dengan meletakkan syarat supaya dibalut ketika dalam keadaan suci dikira menjadi satu kesukaran dan kepayahan.

5. Balutan itu hendaklah tidak mengggunakan bahan yang dirampas, bukan benda yang diharamkan (spt sutera bagi lelaki) dan bukan najis (spt kulit bangkai atau kain yang bernajis). Jika tidak, menyapu balutan itu menjadi tidak sah dan solat juga tidak sah. Syarat ini disisi ulama Hanbali.

 

Mengulangi Solat Selepas Sembuh

Ulama' Maliki dan Hanafi yang tidak mewajibkan balutan dilakukan ketika Suci, tidak mewajibkan mengulang solat semula apabila telah sembuh.

Sementara ulama Syafie dan Hanbali yang mensyaratkan balutan mesti dilakukan ketika suci, mewajibkan mengulangi semula solat yang telah dikerjakan.

Menurut ulama Syafie, solat yang wajib diulang semula dalam 3 keadaan berikut ;

1. Sekiranya balutan tersebut pada anggota tayammum (muka dan tangan) sama ada dipakai ketika waktu suci ataupun berhadas.

2. Apabila balutan dipakai waktu tidak suci atau berhadas, sama ada ia pada anggota tayammum atau pada anggota lain.

3. Apabila balutan yang dipakai itu lebih drp ruang yang perlu atau lebih drp tujuan menyembuh sama ada dipakai ketika suci atau berhadas.
 

Solat tidak perlu diulang apabila ;

1. Apabila balutan itu dibuat selain drp anggota tayammum dan tidak pula menutupi bahagian yang tidak sakit, walaupun dipakai ketika berhadas.

2. Apabila balutan tersebut selain anggota tayammum dan dipakai sewaktu suci wlpn melebihi kadar yang perlu.

 

Perkara yang membatalkan Sapuan atas Balutan

1. Apabila balutan dibuang atau tercabut.

Ulama Syafie ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal sama ada dia telah sembuh atau belum. Kedududukannya sama spt Khuf, begitu juga apabila dia telah sembuh, keadaan sucinya terbatal. Tetapi, jika ia tercabut, sedangkan dia belum sembuh, maka dia bolehlah mengenakan semula balutan tersebut dan hanya perlu menyapunya semula sahaja, kemudian solat semula.

Ulama Maliki ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat, maka solatnya batal. Balutan tersebut perlu dipakai dengan segera  dan menyapu semula dengan tidak berselang masa yang lama, kemudian solat semula. Jika ketika  ia tercabut atau untuk menukar bulatan lain,  dia masih belum sembuh, hendaklah dia menyapu semula balutan tersebut. Tetapi, jika sudah sembuh, maka hendaklah dia membasuh tempat berkenaan serta merta.

Ulama Hanafi ; Sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia belum sembuh, maka solatnya tidak batal.Hukum menyapunya tidak batal, kerana keuzurannya masih wujud. Dalam tempoh kecederaannya, dia boleh menukar balutan dengan yang lain dan tidak wajib menyapu semula di atasnya, tetapi afdhal hendaklah disapu semula. Tetapi sekiranya ia tercabut ketika sedang solat dan dia telah sembuh, maka solatnya batal. Maka dia wajib memulakan solatnya semula dengan wudhuk yang sempurna kerana keuzuran telah tiada. Ringkasnya, keharusan menyapu balutan sebagai gantian wudhuk TERBATAL apabila balutan tersebut tercabut ketika kecederaan telah sembuh kerana keuzurannya telah hilang.

Ulama Hanbali ; Tercabut balutan sama hukumnya apabila kecederaan tersebut telah sembuh walaupun kecederaaan/luka tersebut belum sembuh. Keadaannya samalah seperti orang yang telah tercabut khufnya, sapuannya,kesuciannya dan solatnya semuanya terbatal dan perlu diulang semula. Dalam kes wudhuk pula, jika balutan terbuka sedangkan kecederaan belum sembuh, dia perlu berwudhuk dan bertayammum semula. tetapi, jika keceraan telah sembuh, dia hendaklah berwudhuk sahaja.


2. Berhadas.

Mengikut jamhur ulama' sapuan atas balutan batal apabila berhadas. Jadi, dia hendaklah menyapu semula apabila ingin solat.

Rujukan ;

Fiqh Mazahib Arbaah
Fiqh Wa Adillatuhu

 

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional