NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN
MEROKOK ADALAH HARAM .... Majlis
Fatwa Kebangsaan
Selama ini mereka sering memikirkan cara
terbaik untuk berhenti merokok. Apabila cuba berhenti tetapi sering kali
gagal. Inilah peluang keemasan yang patut diambil. Mudah-mudahan dengan azam
yang kukuh diiringi pendirian yang teguh, Insya-Allah nafas baru dapat
dikekalkan sehingga penghujung bulan puasa dan untuk bulan-bulan seterusnya
sehinggalah dapat berhenti terus dari merokok.
Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang
mudah untuk dilakukan oleh perokok. Bukannya mereka tidak sedar akan akibat
buruk yang akan memusnahkan diri dan keluarga mereka. Ini kerana mereka
telah diikat, dijerat dan dibelenggu oleh dadah nikotin yang telah sekian
lama bersarang di dalam badan perokok. Tambahan pula turut diracuni tidak
lebih dari 4000 bahan-bahan kimia merbahaya dan karsinogen di dalam badan.
Hasil dari kajian mendapati bahawa 95
peratus perokok Muslim menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam
bulan Ramadhan. Kita
berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama ini juga perokok dapat mengawal
diri dari merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok
sehingga bersahur keesokan harinya pula. Jika perkara ini dapat diamalkan
untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat buruk merokok dapat dihakiskan
sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.
Umumnya telah ketahui akan
risiko kesihatan akibat merokok. Pelbagai jenis penyakit berbahaya yang
boleh membawa maut bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada keluarga
tersayang. Penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan tembakau adalah pembunuh nombor satu di negara kita.
Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit yang
berkaitan dengan tembakau.
Statistik terkini menunjukkan
bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia merokok dan angka ini meningkat
setiap tahun. Daripada jumlah tersebut hampir 50 peratus adalah lelaki
dewasa. Perangkaan mengikut kaum menunjukkan bahawa 35 peratus daripada
perokok lelaki adalah Melayu, berbanding kaum Cina 23 peratus dan kaum
India 20 peratus. Lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka merupakan
penduduk luar bandar yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah.
Turut membimbangkan ialah
bilangan perokok wanita Malaysia juga didapati meningkat dengan kadar
peningkatan agak mendadak terutamanya di kalangan gadis remaja. Penyelidikan
bersama yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Universiti Islam
Antarabangsa mendapati kadar merokok bagi remaja perempuan melonjak hampir
dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian
selama tiga tahun iaitu dari 1996 hingga 1999.
Peningkatan
mendadak bilangan remaja merokok amat membimbangkan kita. Mereka mudah
dipengaruhi oleh persekitaran, kawan-kawan dan yang memainkan peranan yang
lebih besar adalah iklan-iklan daripada syarikat gergasi rokok. Daripada
merekalah kita perlukan tenaga, pemikiran, pembangunan dan kesejahteraan
untuk negara kita pada masa hadapan. Kita tidak mahu melihat mereka khayal
dalam dunia mereka sendiri dengan penglibatan yang lebih buruk lagi menjadi
penagih dadah. Bermula dari sinilah puncanya masalah sosial, keruntuhan
akhlak dan sebagainya.
Oleh itu sempena bulan suci dan mulia ini,
sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari
perbuatan yang sia-sia ini. Bagi perokok ambillah peluang ibadah puasa kali
ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang
sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.
MEROKOK
Merokok merupakan faktor risiko utama
untuk penyakit jantung koronari yang boleh menyebabkan penyakit jantung
iskemia berlaku. Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan strok. Bagi
pesakit-pesakit jantung, mereka mudah untuk mendapat serangan jantung di
tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.
Lebih dari 50 peratus penagih rokok akan
mati sebelum berumur 70 tahun. Risiko kematian di kalangan perokok adalah
antara satu setengah hingga dua (1 1/2 - 2) kali ganda lebih dari golongan
bukan perokok. Untuk setiap hisapan, anda sebenarnya menyedut lebih dari
4,000 bahan kimia yang kebanyakannya racun dan boleh membunuh.
JENIS RACUN UTAMA DALAM
ROKOK
-
Ammonia (Bahan Pencuci Lantai)
-
Aseton (Bahan
Penanggal Cat)
-
Arsenik (Racun
Anai-anai)
-
Toluidine **
-
Urethane**
-
Toluena**
(Bahan Pelarut)
-
Dibenzacridine**
-
Fenol
-
Butana (Bahan Api Pemetik ApiKarbon Monoksida (Gas Beracun Dari
Ekzos Kereta)Polonium - 210**
|
-
DDT (Racun Mahluk
Perosak)
-
Metanol (Bahan Api Roket)
-
Kadmium**
(Bahan Dalam Bateri Kereta)
-
Naftalena (Ubat Gegat)
-
Dimethylnitrosamine Pyrene**
-
Naphthylamine**
-
Benzopyrene**
-
Vinil Klorida (Bahan Membuat PVC)
-
Hidrogen Sianida (Racun Di Dalam Kebuk Gas)
|
**
bahan-bahan yang diketahui menyebabkan kanser
PETUA UNTUK
BERHENTI MEROKOK
- Berazam dan berjanji dengan diri
anda untuk berhenti merokok
Bertanya kepada profesional kesihatan yang anda kenali mengenai maklumat
dan program yang boleh membantu anda berhenti merokok
Melawan keinginan untuk merokok itu dengan pergi ke tempat yang dilarang
merokok dan berada bersama orang yang tidak merokok
Memberi penghargaan/hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya untuk
berhenti merokok
Menyibukkan diri anda dengan pekerjaan yang akan membuat diri anda susah
untuk merokok seperti berkebun, mencuci pinggan mangkuk dan meningkatkan
aktiviti harian anda
Mengingatkan diri anda selalu bahawa merokok itu boleh mengakibatkan
berbagai jenis penyakit, memberi kemudaratan kepada orang lain dan boleh
menyebabkan kematian
Meminta sokongan dari ahli keluarga dan rakan