Semua makhluk di dunia mengenali Rasulullah SAW
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَال جَاءَ أَعْرَابِيٌّ
إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بِمَ
أَعْرِفُ أَنَّكَ نَبِيٌّ قَالَ إِنْ دَعَوْتُ هَذَا الْعِذْقَ مِنْ هَذِهِ
النَّخْلَةِ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَدَعَاهُ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَنْزِلُ مِنْ النَّخْلَةِ
حَتَّى سَقَطَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ
قَالَ ارْجِعْ فَعَادَ فَأَسْلَمَ الْأَعْرَابِيُّ
Dari Ibnu Abbas RA berkata ; Pernah seorang
arab badwi datang kepada Nabi SAW sambil berkata ; Bukti apakah yang
dapat menunjukkan kepadaku bahawa engkau adalah seorang nabi ? Jawab
nabi ; Jika aku panggil dahan pohon kurma itu, pasti ia akan memberi
kesaksian bahawa Aku adalah Rasulullah SAW. Kemudian nabi memanggil
dahan pohon kurma itu hingga dahan tersebut jatuh ke pangkuan Rasulullah
SAW. Dahan kurma itu diperintahkan oleh nabi untuk kembali ke tempatnya
semula. Dahan itu pun dengan patuh segera kembali ke tempat asalnya.
setelah menyaksikan peristiwa itu, Arab badwi tadi segera
mengisytiharkan keislamannya. Hadis
riwayat Turmizi.
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي
طَالِبٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِمَكَّةَ فَخَرَجْنَا فِي بَعْضِ نَوَاحِيهَا فَمَا اسْتَقْبَلَهُ جَبَلٌ
وَلَا شَجَرٌ إِلَّا وَهُوَ يَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ
اللَّهِ
Ali bin Abu Thalib berkata ; Pernag aku
bersama Nabi SAW di Kota Makkah. Kemudian kami keluar ke salah satu
penjuru kota Makkah. Tiada suatu gunung atau pohon yang baginda lalui
kecuali pasti mereka mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW.
Hadis riwayat Turmizi dan ad-Darimi.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ قَالَ أَقْبَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ حَتَّى إِذَا دَفَعْنَا إِلَى حَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ
بَنِي النَّجَّارِ إِذَا فِيهِ جَمَلٌ لَا يَدْخُلُ الْحَائِطَ أَحَدٌ
إِلَّا شَدَّ عَلَيْهِ قَالَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ حَتَّى أَتَى الْحَائِطَ فَدَعَا الْبَعِيرَ
فَجَاءَ وَاضِعًا مِشْفَرَهُ إِلَى الْأَرْضِ حَتَّى بَرَكَ بَيْنَ يَدَيْهِ
قَالَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَاتُوا
خِطَامًا فَخَطَمَهُ وَدَفَعَهُ إِلَى صَاحِبِهِ قَالَ ثُمَّ الْتَفَتَ
إِلَى النَّاسِ قَالَ إِنَّهُ لَيْسَ شَيْءٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
إِلَّا يَعْلَمُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا عَاصِيَ الْجِنِّ
وَالْإِنْسِ
Jabir bin Abdullah berkata ; Pernah kami
bersama Rasulullah SAW kembali ke Madinah dari suatu perjalanan. Waktu
kami tiba dekat pagar keluarga Bani Nadjar, kami dapati seekor unta yang
menggangu setiap orang yang masuk ke pagar itu. Mereka mengadu kepada
Rasulullah SAW. Rasululllah SAW datng dan memanggil unta tersebut.
Dengan patuh, unta itu segera mendatangi Rasulullah SAW sambil menaruh
kepalanya di atas tanah di hadapan Rasulullah SAW.
Rasulullah segera meminta seutas tali kekang.
Setelah diikat leher unta itu dengan tali kekang, barulah diberikan
kepada pemiliknya.
Kemudian Rasulullah SAW menoleh kepada kami
seraya berkata ; Tidak ada suatu makhlukpun yang berada di antara langit
dan bumi, kecuali ia tahu bahawa aku adalah Rasulullah SAW selain jin
dan manusia yang engkar. Hadis riwayat
Ahmad dan ad-Darimi.