SIHIR
Sihir
adalah salah satu daripada perkara yang boleh
membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan
syaitan atau jin. Jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia
sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara
syirik atau skurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.
Pengertian Sihir
Sihir ialah satu perkara
yang luarbiasa atau menyalahi adat. Ia dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja
tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.
Sihir hanya akan berlaku
sekiranya ada persepakatan di antara manusia dengan jin atau syaitan. Ia
biasanya digelar dengan nama ilmu hitam kerana tujuannya adalah untuk kejahatan.
Jin atau syaitan tidak akan bekerjasama dengan manusia melainkan atas dasar
kejahatan !
Kejahatan yang dimaksudkan ialah
untuk menganaiya manusia atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa yang
dikehendaki. Sihir akan berleluasa apabila wujudnya sifat dengki, irihati,
dendam kesumat ke atas orang lain sesuai dengan sifat jin dan syaitan yang
sukakan pergaduahan dan perbalahan di kalangan manusia.
Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi, sihir
ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat
sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir
atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.
Sheikh Wahid Abdul Salam al-Baly dalam
kitabnya "Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan
وقاية
الإنسـان من الجن والشــيطان"
menjelaskan bahawa sihir ialah hasil kesepakatan di antara penyihir dan syaitan.
Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti
melakukan sebahagian perbuatan-perbuatan yang diharamkam atau perkara yang
mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya
untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diingininya.
Dalil-dalil al-Quran tentang sihir
.jpg)
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut
ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan
amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),
sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk
menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).
Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu
sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan
sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka
mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat
kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang
baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk
diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
al-Baqarah ayat 102
.jpg)
Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian
terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini
sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya.
Yunus ayat 77
.jpg)
Kami
berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah
yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada
di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka
lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli
sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia
berada.
Tahaa ayat 67-69
.jpg)
Dan kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkan
tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan
(dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan
batallah (sihir) yang mereka lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan
Ketua-ketuanya kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya
merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan
sekalian alam,-"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
al-'Araf ayat 117-122