Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul
ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM : WAJIB dan FARDHU AIN kepada setiap individu yang
mukallaf.
WAKTU SOLAT
Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat
fardhu lima kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini
berdasarkan f iman Allah SWT :
"Sesunguhnya solat itu adalah satu
ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Solat
Waktu Masuk
Waktu Akhir
Zuhur
Gelincir matahari ke arah barat iaitu apabila
sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit
daripadanya
Asar
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya
Terbenamnya seluruh bulatan matahari
Maghrib
Terbenamnya seluruh bulatan matahari
Hilang cahaya merah di kaki langit
Isya
Hilang cahaya merah di kaki langit
Terbit fajar sadiq
Subuh
Terbit fajar sadiq
Terbit matahari
RUKUN SOLAT
1. Takbiratul Ihram
2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
11. Membaca Selawat kepada Rasulullah SAW
12. Salam
13. Tertib
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
1. Islam – tidak wajib
ke atas orang kafir
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas
SYARAT –SYARAT SAH
SOLAT
1. Yakin masuk waktu
solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
3. Suci drp hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Mengadap kiblat.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan salah
satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar.
4. Terkena najis pada pakaian @ badan.
5. Terbuka aurat dgn sengaja.
6. Ketawa mengeluarkan suara.
7. Berubah niat.
8. Makan @ minum dgn sengaja.
9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
10. Berpaling dada dari arah kiblat.
11. Murtad.
PERKARA SUNAT DALAM
SOLAT
Perkara sunat dalam
solat terbahagi kepada 2 iaitu ;
1.
SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang
sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal,
tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI.
Ia terdiri drp ;
a) Membaca tasyahud
awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut.
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
2. SUNAT HAIAT
- Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika
melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia
terdiri drp ;
a) Membaca doa
Iftitah.
اللَّهُ أكْبَرُ كَبِيراً، وَالحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيراً،
وَسُبْحَانَ اللّه
بُكْرَةً وَأصِيلاً،
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
حَنِيفاً مُسْلِماً وما أنا من المُشْرِكِينَ، إنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي
وَمَحْيايَ
وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبّ العالَمِينَ لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ
وأنَامِنَ المُسْلِمينَ
b) Membaca Ta’awuz.
c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah.
d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud
f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram
g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud
j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam