Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan
Isya’.
Solat Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK TAQDIM –
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan
solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama
ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun,
boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama
sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb
solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan
solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang
kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu
yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua
(Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah
solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya
dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang
pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga
solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat
sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan
yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan
kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di
antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan
kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa
atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang
kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau
bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh
azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2
solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana
perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah
lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah
bukan syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
(sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun,
selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua.
Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka
tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.