Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan
melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6
rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.
Fadhilat
Solat Awwabin
Sabda Nabi
saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang
enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara
nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn
Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;
Ertinya : Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam,
selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam
rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa
syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat
itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan
mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang
aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya
dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya
pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
a) Pada dua rakaat yang
pertama
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah
Taala)
Bacalah selepas membaca
Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas
6 kali
3. Surah al-Falaq
1 kali
4. Surah al-Naas
1 kali
selepas itu beri salam, baca
doa ini..
Ya Allah! Sesungguhnya Aku
menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku,
semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu."
b) Pada dua rakaat yang kedua
Sahaja aku
sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas
al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
c) Pada dua rakaat yang
ketiga
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas
al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat
Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk
mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat
fardu.
FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh
2 rakaat
Muakkat
Tiada
Tiada
Zohor @
Jumaat
4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2
rakaat
4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2
rakaat
Asar
4 rakaat
Tidak
Muakkat
Tiada
sembahyang
sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib
2 rakaat
Tidak
Muakkat
2 rakaat
Muakkat
Isyak
2 rakaat
tidak
Muakkat
2 rakaat
Muakkat
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua
rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula,
serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.”
(Muttafaq ‘alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
Sahaja aku menunaikan
solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah
Taala.
Sahaja aku menunaikan
solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana
Allah Taala.
SOLAT
SUNAT HAJAT
Imam Ahmad meriwayatkan
dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan
sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun
lambat."
NIAT SOLAT HAJAT
Sahaja aku sembahyang
sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca
Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan
membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
"Maha Suci Allah yang bersifat
dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai
sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi
ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci
Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat.
Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu
yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh
sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada
Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
SOLAT
SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah
dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan
oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini,
mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya,
diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama,
sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
"Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan
saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang
baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu."
SOLAT
SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya
1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan
kesan ketaatan di wajahnya. 2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana. 4. Dimudahkan hisab ke
atasnya. 5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Lafaz Niat Solat
Sunnat Tahajjud
Sahaja aku
sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
"Ya
Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya.
BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan
bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan
janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi
itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu
adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan
yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan
mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang
terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan
Allah."
SOLAT
SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau
lebih. Maksimanya 12 rakaat.
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah
berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari
setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum
tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Drp Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah
akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan
istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak
kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali
hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti
berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru:
manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan
sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah,
Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama
kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa :
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya
rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan
seru sekalian alam."
SOLAT
SUNAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan
tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,
andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan
sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau
setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan
sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat,
solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih
Bacaan tasbih itu ialah :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang
hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada
kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan
Maha Agong."
Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat
kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan tasbih
dalam satu rakaat ialah: 1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah,
kita baca
15 kali tasbih 2. rukuk -
10 kali tasbih 3. iktidal -
10 kali tasbih 4. sujud -
10 kali tasbih 5. duduk antara 2 sujud -
10 kali tasbih 6. sujud semula -
10 kali tasbih 7. duduk sebentar sebelum berdiri
semula/selepas tahiyat awal @ akhir -
10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam
satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah
semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
Sahaja
aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat
pertama : Surah at-Takasur 2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr 3. Rakaat Ketiga
: Surah al-Kafirun 4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat
Sembahyang Tasbih
"Ya
Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang
telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari
golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan
beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai
ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada
melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul
ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi
orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
SOLAT
SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah
satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu
ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan
sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat
solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia
menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat
Witir Dua Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah
Taala"
Zikir Selepas Solat Witir
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya
aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
SOLAT
SUNAT ISTISQA'
Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau
yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di
mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri
mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.
Tindakan yang perlu dilakukan ialah :
1. Puasa selama tiga hari, sambil
itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh
keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan
juga perlu dibawa bersama.
3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada
rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma
Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal
Ataaka Hadithul Ghasyiah.
4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang
pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9
kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan
7 kali istighfar.
NIATNYA
Sahaja aku menunaikan solat
ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT ISTISTIQA’
“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya.
Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya,
sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan,
dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.
Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami,
Ya Allah siramilah kami”
“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang
menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis
yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”
“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan
ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan
hidupkanlah negeriMu yang mati”
SOLAT
SUNAT TAUBAT
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah.
Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja
apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.
Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah
diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli
dgn solat tahajjud dsb...
Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram,
Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Lafaz Niat
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di
rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Doa Sujud terakhir rakaat kedua.
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku
telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Istighfar-Istighfar
1. 100 kali
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar,
tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
2. Tiada had
Tiada
keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi
laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini