|
SUNNAH TASRI’ DAN BUKAN TASRI’
Sunnah Tasri’ iaitu
apa yang terbit drp Rasulullah SAW sama ada berupa perbuatan,
percakapan atau pengakuan atas sifatnya sebagai Rasul yang menyampaikan
risalah daripada Allah.
Sunnah
Bukan Tasri’ iaitu apa
yang terbit drp Rasulullah SAW sama ada berupa perbuatan,
percakapan atau pengakuan atas sifatnya sebagai bukan sebagai Rasul
tetapi atas sifat sebagai manusia biasa atau pengalaman beliau dalam
kehidupan. Maka, ia tidak menjadi syariat (perundangan) kepada
umat Islam.
Secara detailnya, ia terbahagi kepada 3, iaitu ;
1. Sesuatu yang
terbit drp Rasulullah SAW berdasarkan tabiat kemanusiaan spt makan,
minum dan sebagainya. Perkara tersebut tidak menjadi syariat kepada umat
Islam.
Namun, cara makan dan minum dgn menggunakan tangan kanan, membaca
Basmalah, membaca doa sebelum dan selepas makan, merupakan perbuatan
yang disunatkan kerana terdapat hadis mengenainya. Maka,
disunatkan umat Islam mengikutinya, dan tidak menjadi kesalahan
jika tidak diikuti.
2. Sesuatu yang
terbit drp Rasulullah SAW berdasarkan pengalaman baginda dalam perkara
dunia spt penyusunan strategi ketenteraan, perniagaan dsbnya.
Perkara tersebut tidak menjadi syariat kepada umat Islam.
Strategi dalam peperangan Badar misalnya telah diubah mengikut pendapat
para sahabat yang lebih mahir dalam strategi peparangan iaitu diubah
tempat perkhemahan tentera Islam berdekatan sumber air. Peristiwa ini
diteruskan lagi ketika berlakunya peperangan Khandak, di mana
seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salman al-Farisi (bangsa
Parsi) telah mencadangkan digali parit sebagai benteng dari serangan
musuh. Cadangan beliau turut diterima oleh Rasulullah SAW dan Madinah
terselamat drp tentera musuh.
3. Sesuatu yang
dikhususkan hanya utk nabi sahaja spt berterusan puasa tanpa berbuka,
berkahwin melebihi 4 org isteri dan kewajipan bertahajjud pada waktu
malam.
|