2. Dari arah Yaman : lebih kurang 7 batu.
3. Dari arah Iraq : lebih kurang
7 batu. Berdekatan dgn Bukit al-Munqata' atau Bukit al-Muqta'.
Perbezaan
Tanah Haram Makkah (THM) dgn kawasan lain (Tanah Halal)
1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram
Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab
Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.
2. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM
diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang
berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.
3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh
sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM
dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ
اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي
سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
لَا
يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ
إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ
وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah
bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit
dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari
qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya,
tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam
kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh
dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata al-Abbas, Ya Rasulullah
SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan
juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan
al-Izkhir. Hadis Riwayat Ahmad, lihat
juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.
Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok
yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau
memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu
juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana
binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi
kesalahan.
4. Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak
dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus
dan tidak mengapa...
5. Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir
tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj.
Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.
6. Sesuatu benda yang tercicir dan tidak
diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia
hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.
وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ
Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak
boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya.
Hadis riwayat Bukhari. Lihat juga
hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.
7. Mereka yang melakukan pembunuhan di THM
dikenakan diyat yang lebih berat.
Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan
diyat dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.
8. Haram mengembumikan org Kafir di THM atau
mengali kuburnya.
Keistimewaan bumi Makkah
وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ
وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ
مِنْكِ مَا خَرَجْتُ
Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah
sebaik-baik bumi Allah SWT, dan kws bumiNya yang paling Allah sayangi.
Kalaulah bukan kerana dipaksa keluar, maka aku tidak akan meninggalkan
engkau.
Hadis riwayat Turmizi. Lihat juga
hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.
عَنْ
أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ
وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ
الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ
بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ
وَمُنَافِقٍ
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah
bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada
malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang
penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir
dan munafik."Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا
لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ
مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا
بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ
Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya
dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah
mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha`
dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang
didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah.
Hadis riwayat
Muslim.
Masjidil Haram
dan sekitarnya
1. Kelebihan solat di Masjidil Haram lebih
baik drp 1,000 solat di Masjid Nabawi atau lebih baik drp 100, 000
solat di tempat lain
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ
فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ
فِي
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ
Dari Jabir , Rasulullah SAW telah bersabda ;
Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di
tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih
baik drp 100,000 solat drp tempat lain.
Hadis riwayat Ahmad
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ
فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ
فِي
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا
.Dari
Abdullah bin Az-Zubair, Rasulullah SAW telah bersabda ; Solat di
Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1,000 solat di masjid lain
kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih baik drp 100
solat di masjid ini (Masjid Nabawi).Hadis
riwayat Ahmad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ
الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda
: Hajarul Aswad dari Syurga.
Hadis riwayat an-Nasaie
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ
الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ
مِنْ الْجَنَّةِ وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنْ الثَّلْجِ حَتَّى
سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda
: Hajarul Aswad dari Syurga. Warnanya putih, lebih putih drp salji,
sehinggalah bertukar menjadi hitam kerana dosa-dosa org yang syirik.
Hadis riwayat Ahmad
مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا
شُرِبَ لَه
Air zamzam mengikut niat org yang meminumnya.
Hadis riwayat Ahmad dan
Ibnu Majah.
.