Keistimewaan Tanah
Haram Madinah
Nama-nama Madinah
1. Thabah
2. Thaibah
Sempadan Tanah Haram Madinah
1. Dari arah utara dan selatan ialah sejauh
12 batu iaitu di antara 'Ayr dan Thur.
الْمَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عَيْرٍ إِلَى
ثَوْرٍ
Tanah Haram Madinah adalah di antara 'Ayr
dan Thur. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-Baihaqi.
'Ayr adalah nama sebuah bukit yang
masyhur di Madinah. Sementara Thur ialah sebauh anak bukit yang teletak
di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk dalam
Tanah Haram Madinah.
2. Dari arah timur dan barat pula juga
sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kws berbatu hitam di kedua-dua belah
pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW ;
حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ لَابَتَيِ الْمَدِينَةِ
Rasulullah SAW telah menjadikan kawasan
yang terletak di antara dua kawasan yang berbatu hitam di Madinah
sebagai Tanah Haram. Hadis riwayat Muslim
dan al-Baihaqi. Lihat juga hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dalam lafaz
yang berbeza.
Ringkasnya, sempadan Tanah Haram Madinah
adalah 12 batu dari segenap penjuru, timur-barat dan utara-selatan.
Keistimewaan
Tanah Haram Madinah
1. Madinah adalah tempat yang berkat,
tempat yang penuh dengan kebaikan.
عَنْ زَيْدِ بْنِ
ثَابِتٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّهَا طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ وَإِنَّهَا
تَنْفِي الْخَبَثَ
كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ
Dari Zaid bin Tsabit dari Nabi SAW, beliau
bersabda : Ia Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala
keburukan sama spt api yang menghilangkan kekotoran pada emas.
Hadis riwayat
Muslim.
2. Sesiapa yang
sabar hidup di Madianh atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat
Rasulullah SAW.
لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا
كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ
مُسْلِمًا
Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung
kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan
memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang
Muslim. Hadis
riwayat Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا كُنْتُ
لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Ibnu
Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Sesiapa yang bersabar
dengan kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat
dan menjadi saksi kepadanya pada hari Kiamat.
Hadis riwayat
Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ
فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا
Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang
mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu,
sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah).
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ
وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah,
kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW
(Madinah). Hadis riwayat Bukhari.
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ
عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ سَبْعَ
تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ
حَتَّى يُمْسِيَ
3. Makan kurma atau kurma ajwah di Madinah
akan terhindar drp racun dan sihir.
Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang makan 7 kurma pada
waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun
sehingga waktu petang. Hadis riwayat Muslim.
مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ
سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ
فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ
Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia
tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut.
Hadis riwayat Bukhari.
4. Tempat berkumpulnya iman (Islam)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِيمَانَ
لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana
berkumpulnya ular ke sarangnya. Hadis riwayat Bukhari.
5. Bebas daripada Dajjal dan penyakit taun.
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ
لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ لَهَا يَوْمَئِذٍ
سَبْعَةُ أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ
Dari Abu Bakrah RA dari Nabi SAW, beliau telah
bersabda : Tidak akan masuk ke Madinah Dajjal, di situ (Madinah) ada 7
pintu, setiap pintu dijaga oleh 2 malaikat.
Hadis riwayat
Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah
bersabda : Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah.
Hadis riwayat
Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنْقَابِ الْمَدِينَةِ مَلَائِكَةٌ لَا
يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ وَلَا الدَّجَّالُ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah
bersabda : Di sempadan Madinah terdapatnya Malaikat, Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah.
Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.
عَنْ
أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ
وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ
الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ
بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ
وَمُنَافِقٍ
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah
bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada
malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang
penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir
dan munafik."Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.
6. Allah SWT telah menjaga penduduk
Madinah drp perancangan jahat musuh dan memeliharanya drp amalan bidaah.
مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ
بِسُوءٍ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَذَابَهُ اللَّهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ
فِي الْمَاءِ
Sesiapa yang hendak berbuat jahat
(tipudaya) kepada
penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya
garam dalam air.
Hadis riwayat
Muslim dan Ahmad.
حَدَّثَنَا عَاصِمٌ قَالَ
قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَحَرَّمَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ نَعَمْ مَا
بَيْنَ كَذَا إِلَى كَذَا فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا قَالَ ثُمَّ
قَالَ لِي هَذِهِ شَدِيدَةٌ مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا فَعَلَيْهِ
لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يَقْبَلُ
اللَّهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا
Dari `Ashim ia berkata: Aku bertanya kepada
Anas bin Malik: Apakah Rasulullah saw. telah mengharamkan Madinah? Anas
menjawab: Ya, iaitu antara gunung ini sampai gunung ini, maka barang
siapa yang berbuat bidaah di Madinah. Ia melanjutkan: Kemudian ia berkata
lagi kepadaku: Ini adalah ancaman, barang siapa yang berbuat bidaah, maka
ia akan terkutuk oleh laknat Allah, para malaikat serta seluruh manusia
dan Allah tidak akan menerima taubat dan tebusan darinya pada hari
kiamat.
Hadis riwayat
Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ
فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ
وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يُقْبَلُ مِنْهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ عَدْلٌ وَلَا صَرْفٌ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi saw. beliau
bersabda: Madinah itu adalah tanah haram. Barang siapa yang berbuat
bidaah di dalamnya atau melindungi seorang pembidaah, maka ia akan
terkutuk dengan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia dan
Allah tidak akan menerima taubat serta tebusannya pada hari kiamat.
Hadis riwayat
Muslim.
7. Segala barang
dagangan diberkati (sukatan).
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ
وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى
أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا
حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا
وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ
Dari Aisyah RA., ia berkata: Kami tiba
di Madinah, ketika kota tersebut dilanda wabah penyakit sehingga Abu
Bakar dan Bilal mengeluhkan keadaan itu. Ketika Rasulullah saw.
menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa: Ya Allah, jadikanlah
kami sebagai pecinta Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai
Mekah bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah
untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabah
penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah.
Hadis riwayat
Muslim.
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا
لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ
مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا
بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ
Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya
dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah
mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha`
dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang
didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah.
Hadis riwayat
Muslim.
Perbezaan
Tanah Haram Madinah dgn kawasan lain (Tanah Halal)
1. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM
diburu, dan pokoknya yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan
ditanam oleh manusia haram ditebang/potong sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang
berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ
حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي حَرَّمْتُ
الْمَدِينَةَ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا لَا يُقْطَعُ عِضَاهُهَا وَلَا
يُصَادُ صَيْدُهَا
Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai Tanah
Haram, sementara Aku pula menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram
meliputi kawasan di antara dua kawasan berbatu hitam. Pokoknya tidak
boleh dipotong dan binatang buruannya tidak boleh diburu.
Hadis riwayat
Muslim.
Oleh kerana Madinah mempunyai banyak pokok dan
tumbuhan berbanding dgn Tanah Haram Makkah, terdapat beberapa
pengecualiaan berbanding dengan Makkah. Di antaranya ialah ;
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib
RA di mana Rasulullah SAW telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang
kisah pengharaman tanah Madinah.
لَا يُخْتَلَى خَلَاهَا وَلَا يُنَفَّرُ
صَيْدُهَا وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمَنْ أَشَادَ بِهَا وَلَا
يَصْلُحُ لِرَجُلٍ أَنْ يَحْمِلَ فِيهَا السِّلَاحَ لِقِتَالٍ وَلَا
يَصْلُحُ أَنْ يُقْطَعَ مِنْهَا شَجَرَةٌ إِلَّا أَنْ يَعْلِفَ رَجُلٌ
بَعِيرَهُ
Tidak HARUS dicabut rumputnya, tidak HARUS
diganggu binatang buruannya. Tidak boleh diambil sesuatu yang
tertinggal/tercicir tanpa tuan di dalam kawasannya (Luqathah) kecuali
bagi mereka yang mahu mengiklankannya. Tidak boleh membawa senjata utk
membunuh. Sebarang pokoknya tidak patut dipotong kecuali seseorang itu
mahu memberi makanan kepada untanya.
Hadis riwayat Abu
Daud.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
أَنْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ
لَا يُخْبَطُ وَلَا يُعْضَدُ حِمَى رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ يُهَشُّ هَشًّا
رَفِيقًا
Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda : Tidak boleh dipatah atau dipotong pokok di kws larangan
Rasulullah SAW, tapi boleh kalau dikaitkan daunnya dgn cermat.
Hadis riwayat Abu
Daud.
Keistimewaan Masjid
Nabawi dan Maqam Rasulullah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي
مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ
صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp
1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram.
Hadis riwayat
Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
عَنْ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ
أَبِيهِ قَالَ
تَمَارَى رَجُلَانِ فِي
الْمَسْجِدِ الَّذِي أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ فَقَالَ
رَجُلٌ هُوَ مَسْجِدُ قُبَاءَ وَقَالَ الْآخَرُ هُوَ مَسْجِدُ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ مَسْجِدِي هَذَا
Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya,
beliau berkata, 2 lelaki telah berselisih pendapat tentang manakah
masjid yang diasaskan atas dasar taqwa (spt yg dijelaskan dlm
al-Quran). Salah seorng berkata, ia adalah masjid Quba' dan seorang lagi
berkata, ia adalah masjid nabawi. Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia
adalah masjidku ini (Masjid Nabawi).
Hadis riwayat
Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ
لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau
bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali
untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan
Masjid al-Aqsa.
Hadis riwayat
Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang
berbeza-beza.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله
عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى
وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah
bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku.
Hadis riwayat
ad-Daruqutni.
من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي
Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati
(kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup.
Hadis riwayat
ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.
مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ
رِيَاضِ الْجَنَّةِ
Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah)
adalah salah satu taman daripada taman syurga.
Hadis riwayat
Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.