Tempat-tempat Larangan Solat
عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى
أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي
الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ
وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ
وَفِي مَعَاطِنِ الْإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ
Dari Ibnu Umar bahawa
Rasulullah SAW telah melarang drp melakukan solat di
tujuh (7) tempat iaitu dalam tempat buangan sampah, di
tempat sembelihan, di atas kubur, di tempat lalu lalang,
dalam bilik mandi, di tempat rehat unta dan di atas
Kaabah.
Hadis
riwayat oleh Ibnu Humaid dlm Masnadnya, Ibnu Majah dan
At-Turmizi. Ada yg mengatakan sanadnya tidak berapa kuat
kerana ada perawi yag daif (lihat Nil al-Autar Jld II
m/s 138).
Solat Dalam
Bilik Air
Solat dalam bilik air
hukumnya MAKRUH menurut Mazhab Syafie, Hanafi dan
Hambali kerana bilik air adalah tempat tinggal syaitan
dan tempat membuang najis serta tempat pendedahan aurat.
Solat di
Gereja, Biara dan sebagainya
Mengikut Jamhur Ulama'
hukumnya MAKRUH solat di tempat ibadah
orang-orang kafir, sama ada ia masih digunakan atau
telah terbiar kecuali darurat seperti takut kepada
musuh, binatang buas, banjir dsb.
Hikmah larangan kerana
tempat tersebut adalah tempat tinggal atau tumpuan
syaitan kerana adanya patung-patung dan gambar-gambar
serta pemujaan.
Solat
atas kubur
Hukumnya MAKRUH
kecuali Mazhab Maliki kerana mungkin bahagian bawahnya
terdapat najis spt nanah, darah dsb.
Selain drp itu, ia juga merupakan amalan orang Yahudi
seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ;
Allah SWT melaknat kaum
Yahudi, mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai
masjid. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kuburku
selepas matiku sebagai masjid.
Solat di tempat orang lalu
lalang
MAKRUH di sisi ulamak Syafie dan Hanafi kerana ia
merupakan laluan orang ramai yg tidak dapat dielakkan
drp lalu lintas mereka. Dengan adanya orang yang lalu
lalang, sudah tentu menyebabkan tidak khusuknya solat
serta boleh juga menghalang orang ramai daripada lalu di
situ. Begitu juga, tidak akan terlepas drp najis unta
atau binatang.
Solat Atas
Kaabah
MAKRUH kerana ;
1. Seolah-olah tidak menghormati
Kaabah
2. Org yang solat tersebut, berada di atas Kaabah,
bukannya mengadap KIBLAT.
Solat di tempat tambatan unta
MAKRUH
menurut Hanafi dan Syafie. Kencing dan tahi unta adalah najis. Ia tentu
akan membatalkan solat tersebut jika terkena najis tersebut di samping
bau busuk yang menganggunya solat.Mungkin juga unta mempunyai
sifat-sifat liar yang mungkin ia akan lari ketika dia solat lalu
memaksanya memberhentikan solat, ataupun adanya gangguan drp unta itu
yang menyebabkan dia leka dan tidak khusuk solat.
Walau bagaimanapun,
solat di tempat tambatan kambing adalah dibolehkan (tidak makruh)
sebagaimana hadis di bawah....
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلُّوا فِي
مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَلَا
تُصَلُّوا فِي أَعْطَانِ الْإِبِلِ
Dari Abu Hurairah RA, beliau
berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solatlah
kamu di tempat tambatan kambing, tetapi jangan lakukan
di tempat tambatan unta.
Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Turmizi.