Tidur yang tidak membatalkan Wudhuk
Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan Syafie,
tidur yang membatalkan
wudhuk
ialah
a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat
duduk atau lantai, atau
b) tidur mengiring, atau
c) tidur bersandar, atau
d) tidur meniarap,
kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan longlai
kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan rapat
papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau belakang
haiwan, maka wuduknya tidak terbatal.
Sementara
Tidur yang tidak membatalkan wudhuk
ialah ;
1. Tidur dlm
keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ
أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ
الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا
يَتَوَضَّئُون
Dari Anas RA beliau berkata bahawa para
sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan
sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka
solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis
riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ
رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ
حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا
عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا
فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW
tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau berkeruh,
kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah
SAW, engkau telah tidur. Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu
tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja,
kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis
riwayat at-Turmizi
لا يجب الوضوء على من
نام جالسا أو قائما أو ساجدا
حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله.
Tidak wajib (diperbaharui) wudhuk ke
atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah dia
mengiring, kerana org yang tidur mengiring,
maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis
riwayat al-Baihaqi (Sunan
Al-Kubra)