Tukang Sihir Guna Khidmat Jin
Tukang Sihir akan menggunkan khidmat Jin melalui
1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan
2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada
jin tertentu
3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran
4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik
6. Mengagungkan bintang
7. Melalui telapak tangan
8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir
Kenali Tukang Sihir
1. Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran
atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh
pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran.
Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan
suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.
2. Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan
memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah
dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.
3. Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit
sama ada bekas, baju dsb.
4. Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.
5. Membaca jampi serapah yang tidak difahami.
6. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam
tanah.
7. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan
disuruh berasap dengannya.
8. Menyuruh peaskit membawa binatang tertentu untuk
disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT