|
WAJIB
WAJIB (
Iijab)
ialah
tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan pasti (QAT'IE). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan
berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu.
PEMBAHAGIAN HUKUM WAJIB
1.
WAJIB BERDASARKAN WAKTU PELAKSANAANNYA
a) WAJIB MUTLAK
Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya TANPA ditentukan waktu
pelaksanaan dgn waktu yang tertentu. Dibolehkan (HARUS) dilakukan pada
bila-bila masa yang disukai, TIDAK BERDOSA jika melewatkannya spt HAJI.
b)
WAJIB MUQAIYAD
Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya dan ditentukan had waktunya.
TIDAK BOLEH dilakukan sebelum atau selepas waktunya . BERDOSA jika
dilewatkan sehingga luput waktunya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh
syarak spt solat fardhu dan puasa ramadhan.
2.
WAJIB BERDASARKAN KADAR YANG DITENTUKAN
a)
WAJIB MAHDUD
Apa yang telah ditentukan syarak kadar yang tertentu spt zakat dan diat.
b) WAJIB GHAIR MAHDUD
Apa yang tidak ditentukan syarak kadar yang tertentu spt sedekah,
membalanjakan harta ke jalan Allah.
3. WAJIB BERDASARKAN PENENTUAN APA YANG DITUNTUT
a)
WAJIB MUAIYIN
Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf
tanpa ada pilihan lain spt solat 5 waktu dan puasa.
b)
WAJIB GHAIR MUAIYIN
Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf
dengan diberi pilihan, terpulanglah kepada seseorang untuk memilih
mana-mana yang dia suka spt denda kerana mungkir janji, diberi 3 pilihan
iaitu memberi makan 10 org miskin atau memberi pakaian kepada mereka
atau memerdekakan seorang hamba.
4. WAJIB BERDASARKAN ORG YANG DITUNTUT
a) WAJIB 'AINI
Apa yang telah dituntut
syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada setiap mukallaf secara
individu spt solat fardhu.
b) WAJIB KIFAIE
Apa yang telah dituntut
syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada sebahagian drp
masyarakat, bukan setiap seorang mukallaf. Jika dilakukan oleh
sebahagian drp mereka, maka sudah memadai. Tetapi, jika tiada seorangpun
dikalangan mereka melakukannya, maka seluruh mereka BERDOSA spt solat
jenazah.
|