WUDHUK
Perbuatan membasuh @ menyapu anggota badan tertentu dimulai dgn niat
kerana Allah.
HUKUM : WAJIB
apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @
sujud tilawah.
Firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا
بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ.
“Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu hendak mendirikan solat, basuhlah
muka kamu dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah
sebahagian drp kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku
lali”. Al-Maidah : 6
ANGGOTA WUDHUK
1. Muka
2. Kedua belah tangan hingga ke siku
3. Sebahagian kepala
4. Kedua belah kaki hingga ke buku lali
عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ
اللَّيْثِيَّ أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ
أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْمِرْفَقِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ
مَسَحَ رَأْسَهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى إِلَى الْكَعْبَيْنِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ
نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَامَ
فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Hadis riwayat Usman bin Affan ra.:
Bahwa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua
telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari
hidung. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan
kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu
mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki
tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: Aku pernah
melihat Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau
bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat
dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan
hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.
Hadis Riwayat Muslim.
RUKUN WUDHUK
1. Niat – niat berwudhuk ketika air sampai ke muka.
نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَصْغَرِ لِلّهِ تعالى
“Sahaja Aku
mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”
2. Membasuh muka – bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke
dagu dan dari anak telinga kanan hinggga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عَمْرٍو قَالَ
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا
بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ
الْعَصْرِ
فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ
تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ أَسْبِغُوا
الْوُضُوءَ
Dari Abdullah bin Umru RA.,
ia berkata: Bersama Rasulullah saw. kami kembali dari Mekah menuju
Madinah. Ketika kami berada pada sebuah oasis di tengah jalan, beberapa
orang tergesa-gesa menunaikan salat Asar. Mereka berwudu dengan
tergesa-gesa. Lalu kami dekati mereka, tampak tumit mereka tidak terkena
air, maka Rasulullah saw. bersabda: Siksa neraka bagi (pemilik) tumit
itu. Sempurnakanlah wudu anda.
Hadis Riwayat Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا لَمْ يَغْسِلْ عَقِبَيْهِ
فَقَالَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ
Dari Abu Hurairah RA bahwa
Nabi saw. melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya, beliau
bersabda: Siksa neraka, bagi para pemilik tumit.
Hadis Riwayat Muslim.
6. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1. Keluar sesuatu drp qubul @ dubur spt air wadi, air mazi, kentut, air besar @
air kecil.
وَعَنْ عَبَّادِ بْنِ
تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ
أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ
الشَّيْءَ
فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ
أَوْ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
Dari
Abbad bin Tamim dari bapa saudaranya, bahawa ia mengadu kepada Rasululah
saw. tentang seseorang yang membayangkan bahwa ia mendapat sesuatu
(mengeluarkan buang angin) dalam shalat, maka beliau bersabda,
"Janganlah ia menoleh atau berpaling sehingga ia mendengar suara, atau
mendapatkan baunya."
Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ هَمَّامِ بْنِ
مُنَبِّهٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ قَالَ
رَجُلٌ مِنْ
حَضْرَمَوْتَ مَا الْحَدَثُ يَا أَبَا
هُرَيْرَةَ قَالَ فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ
Dari Hammam bin Munabbih bahawa dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata,
"Rasulullah saw bersabda, 'Tidaklah diterima shalat orang yang berhadats
sehingga ia berwudhu.' Seorang laki-laki dari Hadramaut bertanya,
"Apakah hadats itu, wahai Abu Hurairah?" Ia menjawab, "Kentut yang tidak
berbunyi atau kentut yang berbunyi."
Hadis Riwayat Bukhari.
2. Bersentuh kulit di antara L dan P yang bukan mahram tanpa berlapik.
3. Hilang akal kerana mabuk @ pitam @ pengsan.
4. Menyentuh kemaluan manusia dgn tapak tangan tanpa berlapik.
5. Tidur yang tidak tetap punggungnya.
Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan
Syafie, tidur yang membatalkan
wudhuk ialah
a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat duduk atau
lantai, atau
b) tidur mengiring, atau
c) tidur bersandar, atau
d) tidur meniarap,
kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan
longlai kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan
rapat papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau
belakang haiwan, maka wuduknya tidak terbatal.
Sementara Tidur yang tidak membatalkan wudhuk ialah ;
1. Tidur dlm
keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ
الْعِشَاءَ
الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا
يَتَوَضَّئُون
Dari Anas RA beliau berkata bahawa para
sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan
sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka
solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis
riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ
يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ
الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ
مُضْطَجِعًا
فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW
tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau berkeruh,
kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah
SAW, engkau telah tidur. Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu
tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja,
kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai.
Hadis riwayat at-Turmizi
لا يجب الوضوء على من نام جالسا أو
قائما أو ساجدا حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله
.
Tidak wajib (diperbaharui) wudhuk
ke atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah
dia mengiring, kerana org
yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai.
Hadis riwayat al-Baihaqi
(Sunan Al-Kubra)
PERKARA SUNAT KETIKA
BERWUDHUK
1. Mulakan dgn membaca Basmalah.
2. Mengadap kiblat.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
4. Berkumur-kumur.
5. Memasukkan air ke dlm hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Menyapu keseluruhan kepala.
7. Membasuh kedua-dua belah telinga.
8. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.
9. Berturut-turut antara satu dgn lain.
10. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
11. Mendahulukan anggota sebelah kanan dari anggota sebelah kiri.
12. Berdoa selepas berwudhuk.
PERKARA MAKRUH KETIKA
BERWUDHUK
1. Membasuh anggota wudhuk lebih dari 3 kali.
Menggunakan air dengan kadar yang melebihi keperluan syarak atau
melebihi kadar yang mencukupi. Contohnya dia telah membasuh muka
melebihi 3 kali. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegur Saad
ketika beliau sdang berwudhuk.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ
يَتَوَضَّأُ فَقَالَ مَا
هَذَا السَّرَفُ
يَا سَعْدُ قَالَ أَفِي الْوُضُوءِ سَرَفٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ
عَلَى نَهْرٍ جَارٍ
Dari Abdullah bin Amru bin Al-As bahawa
Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Lalu
Rasulullah SAW berkata ; Pembaziran jenis apa ini, wahai Saad ? Maka
Saad berkata : Dalam wudukpun ada pembaziran ? Rasulullah SAW menjawab :
Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir.
Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
2. Mendahulukan anggota sebelah kiri dari anggota sebelah kanan.
3. Berkumur-kumur @ memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan
bagi yang berpuasa.
4. Bercakap ketika berwudhuk.
KEISTIMEWAAN WUDHUK
عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ
رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ
الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ
الْوُضُوءِ فَمَنْ
اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Nu'aim al-Mujmir r.a. berkata, "Saya naik bersama
Abu Hurairah ke atas masjid. Ia berwudhu lalu berkata, 'Sesungguhnya aku
pernah mendengar Nabi bersabda, 'Sesungguhnya pada hari kiamat nanti
umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu.
Barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya, maka kerjakanlah hal
itu.
Hadis Riwayat Bukhari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ
عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ
لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا
أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي
وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ
مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ
أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ
ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا
رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ
الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ
عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا
هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا
سُحْقًا
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw.
menziarahi kuburan. Beliau berdoa: "Semoga keselamatan tetap dilimpahkan
kepadamu, hai kaum yang mukmin dan kami, insya Allah akan menyusulmu".
Aku senang apabila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku. Para
sahabat bertanya: Bukankah kami saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?
Beliau menjawab: Engkau adalah sahabat-sahabatku, sedang saudaraku
adalah orang-orang yang belum datang setelahku. Mereka bertanya lagi:
Bagaimana engkau dapat mengenal umatmu yang belum datang di masa ini?
Beliau bersabda: Tahukah engkau, seandainya ada seorang lelaki memiliki
kuda yang bersinar muka, kaki dan tangannya kemudian kuda itu berada di
antara kuda-kuda hitam legam, dapatkah ia mengenali kudanya? Mereka
menjawab: Tentu saja dapat, wahai Rasulullah. Beliau bersabda:
Sesungguhnya umatku akan datang dengan wajah, kaki dan tangan yang
bersinar, bekas wudhu. Aku mendahului mereka datang ke telaga. Ingat!
Beberapa orang akan dihalang-halangi mendatangi telagaku, sebagaimana
unta hilang yang dihalang-halangi. Aku berseru kepada mereka: Ke
marilah! Lalu dikatakan: Sesungguhnya mereka telah mengganti (ajaranmu)
sesudahmu. Aku berkata: Semoga Allah menjauhkan mereka.
Hadis Riwayat Muslim.