العادة محكّمة
Adat dijadikan hukum

       Kaedah ini membawa maksud sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum atau adat menentukan hukum. Untuk itu, para ulama’ menetapkan bahawa ‘uruf dan adat kebiasaan itu merupakan salah satu daripada sumber hukum dalam keadaan ketiadaan nas syarak. Namun, jika adat atau ‘uruf kebiasaan itu bercanggah dengan nas, ia ditolak serta merta. Sebagai contoh adat masyarakat Jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya.

        Berdasarkan pengertian adat dan ‘uruf, ada sedikit perselisihan dalam kalangan ulama’ untuk mentafsirkannya. Namun, ianya adalah perbezaan kecil sahaja sedangkan skop dan konsepnya adalah sama. Adat ialah apa yang menjadi kebiasaan orang ramai atau segolongan dari kalangan mereka. Ia merupakan perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan mengikut cara tertentu dan diterima sebagai logik. Menurut al-Jurjani, adat adalah sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ialah ia dapat diterima oleh akal manusia serta dilakukan secara berulang-ulang. ‘Uruf pula ialah perkara yang dapat diterima dan disenangi menurut perasaan manusia. Ia adalah perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat semulajadi yang sejahtera. Untuk itu, ‘uruf ialah perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiat manusia yang mana merangkumi perkataan dan perbuatan.

3.5. 1   Pecahan kaedah

                Berikut adalah pecahan yang terdapat dalam kaedah ini, antaranya:

  1. a)  

  انما تعتبر العادة اذا اطردت او غلبت  
Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan lebih banyak berlaku

Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan berlaku. Justeru itu, adat kebiasaan berada pada kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat kebiasaan itu berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas atau pun dalil untuk mengharuskannya. Dalam konteks tersebut, sekiranya apa yang berlaku itu jelas secara berterusan pada adat kebiasaan, yang berterusan itu dikira sebagai hukum. Untuk itu, jadilah kedudukan akad menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

         Seseorang yang menyewa mesin jahit untuk menjahit pakaian, benang menjadi tanggungjawab siapa? Ada perselisihan pendapat dalam hal ini, dan menurut pendapat al-Rafi’i, perkara itu hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Apabila daripada adat kebiasaannya ada perselisihan, hendaklah ada penjelasan dan jika tiada maka akad sewa menyewa tersebut batal.

         Seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Untuk itu, apabila berlaku akad langganan, walaupun tanpa menyebut penghantaran, maka majalah tersebut secara langsungnya hendaklah dihantar. Jika tidak, pelanggan boleh menuntutnya.

  1. b)

     كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابط له فيه ولا فى اللغة يرجع فيه الى العرف  
Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut syarak atau bahasa

 Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan. Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu, ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

        Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.

        Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.

  1. c)    

  تعارض العرف العام والخاص 
Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas.

‘uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya member kesan kepada hukum. Manakala ‘uruf khas pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku  dalam kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga member kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

        Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad. Namun, menurut adat kebiasanaan penggunaannya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran. Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.

        Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru berkaitan dengan upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan member upah menurut adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.

  1. d)   

تترك الحقيقة)
Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat 

Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

        Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang lain dengan alas an jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 1,095 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Matahari berputar dan beredar Para saintis (ahli astronomi) berpendapat bahawa matahari berputar dan beredar mengikut orbitnya sendiri pada kelajuan 768,000 kmj @ 17,280,000 km seh...
Munculnya Dajjal لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ “Dajjal tidak akan muncul ...
Istinjak, Samak dan Sertu Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak. ...
Khasiat Tumbuhan & Haiwan Beras Beras adalah antara makanan yang mengenyangkan. Di anatara khasiatnya ialah ; 1. mudah dicerna oleh perut 2. menyihatkan badan 3. menambah...
Kehebatan Cap Jari Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus dit...
Jenayah Islam Pengertian Jenayah.         Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. ...
Kebumikan Jenazah di tempat dia meninggal روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »