Alam Barzakh – peluang ke 2

kubur_peluang_ke_2

Sebagaimana yang kita tahu, sertiap manusia akan melalui 5 alam iaitu alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Para ulama’ berpendapat bahawa perpindahan kita ke alam yang seterusnya akan semakin payah dan sukar. Kita lihat alam yang pertama iaitu alam ruh, ia merupakan alam yang paling mudah. Buktinya kita tak ingatpun apa yang kita buat ketika itu atau bahasa mudahnya sebenarnya tidak buat apapun hanya sekadar menjawab pertanyaan Allah

 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (172)

Kemudian kita berpindah ke alam rahim,  kita mulai bergerak, ada jasad, bermulanya ruh dan jasad berkumpul dalam jasad kita, kita dah boleh makan melalui saluran ibu, mulai mempunyai pancaindera, ada nafsu, boleh berinteraksi dengan pergerakan dan sentuhan oleh ibu kita khususnya. Sama seperti alam ruh, kita sebenarnya tidak membuat apa-apapun dan kita juga tidak ingat apa yang kita buatpun.

Setelah itu kita dilahirkan ke dunia, maka kita telah masuk ke alam dunia. Di alam ini kita mula diberi ‘kerja’ dan ‘upah’. Kita mula diberi tanggungjawab atau taklif serta diberi kebebasan sama ada untuk taat atau derhaka, Allah SAW turut utuskan para nabi dan rasul  beserta kitab masing-masing sebagai pembimbing ke jalan taat dan taqwa . Maka, jadilah kita Mukallaf (BUKAN MUALLAF !!!). Kerja kita beribadah kepada Allah dan upahnya adalah pahala atau dosa bergantung kepada kerja taat atau derhaka. Ingatlah alam dunia ini adalah semakin sukar berbanding alam ruh dan alam rahim tadi.

Alam inilah yang akan menentukan kedudukan kita di alam seterusnya, sama ada bahagia atau sengsara.  Kemudian kita terus pergi ke alam barzakh, alam yang semakin sukar dari 3 alam terdahulu. Hanya 2 perkara dalam alam ini, bahagia atau siksaan. Kita hanya berehat shaja menerima upah dari segala kerja kita di alam dunia. Kita nialikan diri kita sendiri hanya kain kapan putih pembalut badan, hanya sekali mandi untuk menetap ratusan atau ribuan tahun di alam ini. M

 Akhirnya kita akan ke alam terakhir iaitu alam akhirat. Lebih sukar dari semua alam terdahulu. Kita akan dibangkitkan dari kubur masing-masing, dihimpun di padang Mahsyar, dihisab di neraca Allah, meniti titian Sirat dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Semua proses di atas dilakukan dengan teliti dan memakan masa yang bukan kepalang, mungkin ratusan, ribuan atau jutaan tahun.

Begitulah proses yang pasti dilalui oleh setiap manusia sebelum dibalas dengan syurga atau neraka.

Ringkasnya alam dunia adalah alam yang paling penting kepada manusia kerana alam ini adalah alam kerja atau menyelesaikan tugasan masing-masing . Kerja atau tugas utama adalah beribadah kepada Allah SWT.

JOM kita ke alam dunia, menerjah dan mengimbau tugasan kita semua. Apakah kita telah laksanakan tugas kita dengan jaya ? atau sekadar gitu-gitu je, mungkin juga tidak buat langsung. Tanyalah seikhlas hati kepada diri sendiri,,, camne dah buatkah ke tugas/kerja tu? Sungguh ? Belajarlah menJ A W A B dengan lantang dan jelas serta penuh kepastian kerana orang yang menjawab dengan berbisik di hati biasanya dia kurang pasti !.  

Mengapakah Allah SWT menjadikan alam barzakh? kenapa tidak jadikan terus alam akhirat. Selepas mati Allah terus timbang amalan manusia dan sirat serta terus ke syurga atau neraka.

Sebenarnya, antara tujuan Allah menjadikan alam barzakh ialah untuk memberi peluang ke 2 kepada semua manusia untuk meraih dan menambah pahala masing-masing.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ 

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila matinya seorang manusia, terputuslah amal kebaikannya melainkan 3 perkara iaitu ; Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. Hadis riwayat Muslim

Berdasarkan hadis  di atas tentang sedekah jariah yang memang diketahui ramai akan memberikan pahala kepada tuannya sehingga ke hari kiamat. Dengan kata lain, walaupun telah mati dan berada dalam alam kubur, tapi masih lagi pahala mengalir kepadanya. Inilah peluang yang dimaksudkan.

Jadi, marilah kita sama-sama berlumba-lumba melakukan sedekah jariah ini. 

Translate:

Related Post

Dialog dengan paderi Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa...
Bersedekahlah walaupun dengan Seteguk Air Allah SWT telah menetapkan syurga sebagai balasan kepada hamba yang bertaqwa dan sebaliknya neraka bagi hamba-hambanya yang banyak dosa. Semua makanan...
Kisah seekor ulat dengan nabi Daud Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, den...
Kisah Harut & Marut وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّح...
Soalan pendita Yahudi kepada Saidina Ali Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab RA  didatangi  beberapa orang pendeta Yahudi. Mereka berkata kepada Khalifah: “Wahai Khalifah Umar, anda adal...
Doa Pelik 2 sahabat عَنْ  إِسْحَاقَ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ جَحْشٍ قَالَ يَوْمَ أُحُدٍ: " أَلَا نَأْتِي نَدْعُو ...
Kisah Raja yang lari dari takhtanya عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:إِنَّ بني إِسْرَ...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »