Barra’ bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan terakhir yang dihadapi oleh mayat”.

Apabila si mayat dapat menjawab kesemua soalan, maka terdengarlah seruan : “Benarlah engkau”

Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi dan pakainnya indah dan berkata : “Gembiralah anda mendapat rahmat Allah SWT dan Syurga yang cukup menyenangkan”. Kemudian mayat itu berkata : “Engkaupun beruntung mendapat nikmat daripada Allah SWT, siapakah engkau ?” Jawabnya : “Akulah amal solehmu. Demi Allah SWT sepengetuanku, engakau sangat taat mengerjakan suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran kepadamu”

Kemudian terdengarlah seruan : “Berilah dia pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga”

Kemudian mayat itu berdoa : “Ya Allah, segeralah qiamat, semoga aku berjumpa dengan keluargaku dan mendapat hartaku”

Sedangkan orang-orang KAFFIR, apabila sudah mengadap ke akhirat, turunlah  kepadanya Malaikat yang sangat kejam dan memakai pakaian api dan baju daripada aspal. Apabila rohnya keluar semua malaikat yang berada di antara bumi dan langit serta Malaikat yang berada di langit melaknatinya. Semua pintu-pintu langit terkunci kerana tiada yang suka roh tersebut lalu di hadapannya.

Ketika roh itu mahu naik, para Malaikatpun mencampak semula roh itu ke bumi kerana amal jahatnya. Kemudian ada yang berkata : “Ya Allah, hambamu yang bernama ini tidak diterima oleh langit dan bumi.”

Lalu Allah SWT berfirman : “Pulangkan dia, dan campakkannya ke tempat yang telah Aku sediakan. Aku sudah menyediakannya sesuai dengan firmanKu (iaitu Surah Thaha ayat 55)”

Maka mayat orang KAFFIR itupun dapat mendengar suara selipar ketika orang yang menghantarnya mahu pulang, sehinggalah dia mendengar pertanyaan : “Siapa Tuhanmu, Siapa nabimu dan apa agamamu ?”

Dia akan menjawab : “Saya tidak tahu”

Kemudian disebutnya lagi  “Saya tidak tahu” dan begitulah setiap kali soalan dikemukakan kepadanya.

Selepas itu datanglah orang yang sangat hodoh, berbau dan berpakaian buruk dan berkata : “Rasakanlah kemurkaan dan seksa Allah SWT” Mayat KAFFIR tadipun bertanya : “Siapa engkau ?”  Jawab orang hodoh itu : “Akulah amal jahatmu. Engkau selalu mengerjakan maksiat kepada Allah serta tidak mahu mentaati perintah Allah, oleh itu Allah memberi balasan yang setimpal kepadamu”

Mayat KAFFIR itupun berkata : “Engkaupun mendapat kemurkaan Allah SWT”

Kemudian datang seorang yang tuli, bisu dan pekak membawa tukul daripada besi yang teramat berat yang tidak mampu diangkat  dan dipikul oleh manusia dan jin. Kalau dipukulkan kepada gunung nescaya runtuhlah gunung itu. Lalu dia memukul mayat itu sekali pukul terus menjadi debu. Setelah itu dikembalikan rohnya dan dipukul lagi di antara kedua belah matanya sehingga didengari oleh seluruh penduduk bumi kecuali jin dan manusia.

Setelah itu terdengar suara : “Berikan pakaiannya daripada api dan bukakan pintu ke neraka” Kemudian diberilah dia pakaian daripada api dan dibukakan pintu neraka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 3 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Doa minta dijauhkan (Doa Rasulullah SAW) اللهم إني أعوذ بك من الهرم، وأعوذ بك من الغم والغرق والحرق ، وأعوذ بك أن يتخبطني الشيطان عند الموت، وأعوذ بك أن أموت في سبيلك مدبرا، وأعوذ بك أن أموت ...
Allah SWT menerima amalan terbaik seorang hamba   وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ ب...
amalan Jahiliyyah     Beberapa amalan Jahiliyyah berdasarkan al-Quran. مَا جَعَلَ اللَّهُ مِنْ بَحِيرَةٍ وَلَا سَائِبَةٍ وَلَا وَصِيلَةٍ وَلَا حَامٍ وَلَكِنَّ الَّذِين...
Kisah Ashabul Rass   وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا (38) Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta ...
Kurma Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung ...
Perintah Solat di Malam Isra’ dan Mikraj عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ أَبُو ذَرٍّ يُحَدِّثُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِي وَأ...
Rom Pasti Menang Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam al-Quran ialah kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine). Firman Allah SWT ; الم (1) غُلِب...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »