Posts in category Ulumul Hadis

Hadith Sahih

Hadith Sahih

Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan. Syarat hadith sahih a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat. b. […]

Hadith Mutawatir

Hadith Mutawatir

Dari segi bahasa al Mutawātir adalah Ism al Fā’il daripada al Tawātur yang bermaksud yang berturut-turut. Dari segi istilah pula, hadith mutawatir bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai di mana mustahil dari segi akal mereka berpakat untuk menipu. Syarat hadith mutawatir – Diriwayatkan oleh perawi yang ramai. – Bilangan yang ramai ini terdapat di kebanyakan peringkat (sahabat – tabi’in – seterusnya) – Mereka meriwayatkan berdasarkan hissi seperti kata-kata sami’na (kami dengar) atau ro‘aina […]

Hadis Marfu’, Mauquf dan Mursal

Hadis Marfu’, Mauquf dan Mursal

Hadis Marfu’ Dari segi bahasa, Marfu’ ialah diangkat. Dari segi istilah : Hadis disandarkan kpd Rasulullah  sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda. Contoh : Drp Aishah RA bahawa Rasulullah SAW sentiasa berdoa dalam solat, “Ya Allah, Aku memohon perlindunganmu drp dosa dan hutang” . (Riwayat Bukhari) Hadis ini dikatakan Marfu’ kerana ia telah diriwayatkan oleh Aisyah RA terus drp Rasulullah SAW . Syarat terpenting bagi hadis Marfu’ ialah sandaran sanadnya mestilah sampai kepada […]

Hadis Dhaif

Hadis Dhaif

HADIS DHAIF ialah satu hadis yang tidak memenuhi satu @ lebih drp syarat-syarat hadis maqbul (diterima) iaitu HADIS SAHIH DAN HADIS HASAN.  Contoh HADIS DHAIF “Drp Yusuf bin ‘Athiyah drp Sabit drp Anas drp Nabi SAW bersabda : Makhluk itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kpd Allah ialah yang lebih bermanfaat kepada keluarganya” Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadis ini adalah dhaif sekalipun maknanya sahih dan telah diriwayatkan oleh Abu Yu’la dalam masnadnya dengan […]

Hadis Ahad

Hadis Ahad

 Dari segi bahasa ialah satu. Dari segi istilah ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau 2 orang perawi yang jumlahnya tidak mencapai darjat mutawatir.   Hukum beramal dengan Hadis Ahad  Wajib beramal dan berhujjah dgn Hadis Ahad, tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.  Hadis Ahad dibahagi kepada tiga: 1) Hadis Masyhur Dari segi bahasa ialah yang termasyhur @ terkenal. Dari segi istilah ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga atau lebih perawi dalam setiap thabaqatnya namun […]

Translate:

Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »