Hukum Wad’ie ialah Tuntutan Allah yang menjadikan sesuatu sebagai SEBAB, SYARAT dan PENGHALANG (MAANI’) kepada sesuatu hukum.

Hukum Wadie tidak bermaksud utk menuntut @ memberi pilihan kepada Mukallaf. Tetapi ia adalah pendahuluan kepada sesuatu tuntutan.

Contohnya, gelincir matahari dijadikan SEBAB wajib solat Zohor, Wudhuk SYARAT  sah solat, dan membunuh pula menjadi PENGHALANG kepada pewarisan harta pusaka.

Pembahagian Hukum Wad’ie

Kebanyakan ulama’ telah membahagikan Hukum Wad’ie kepada SEBAB, SYARAT dan PENGHALANG. Namun ulama’ mazhab Syafie telah menambah dengan SAH dan BATAL.

1) SEBAB

ialah sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. Oleh sebab itu, apabila ada SEBAB adanya HUKUM. Tiada SEBAB, tiada HUKUM.

Contoh :

Firman ALLAH SWT;

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78)

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).  surah al-Isra’ : 78

Ayat di atas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi SEBAB wajib solat Zohor.

 
2) SYARAT

ialah sesuatu yang kerana adanya, adanya HUKUM. Tetapi tidak semestinya apabila adanya, adanya HUKUM.

Contoh, Wudhuk adalah SYARAT sahnya solat. Apabila tiada wudhuk, solat tidak sah. Tetapi, tidak semestinya seseorang itu berwudhuk kerana hendak menunaikan solat, mungkin dia berwudhuk kerana tujuan lain spt Tawaf dsb.

Sabda Rasulullah SAW ;

“Tidak ada (tidak sah) solat bagi org yang tidak berwudhuk” Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim

Hadis di atas menunjukkan bahawa wudhuk adalah SYARAT sah solat. Tanpanya solat tidak sah.

3) PENGHALANG (MAANI’)  المانع

ialah sesuatu yang kerananya, sesuatu HUKUM tidak dapat dilaksanakan, sedangkan tanpanya, HUKUM tersebut dapat dilaksanakan.Contohnya, perbezaan agama di antara orang yang mewariskan harta dengan ahli waris menjadi PENGHALANG kepada pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama di antara keduanya, hukum pembahagian pusaka dapat dilaksanakan.

Sabda Rasulullah SAW :

“Orang Kafir tidak mewarisi pusaka orang Islam dan orang Islam tidak mewarisi pusaka orang kafir” Riwayat Ahmad.

Hadis di atas menjelaskan bahawa perbezaan agama merupakan PENGHALANG penerimaan harta pusaka.

Penghalang terbahagi kepada 2 iaitu ;

  1. MAANI’ AL-HUKMI (PENGHALANG HUKUM) – menghalang sesuatu hukum dijatuhkan. Contohnya, sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan sengaja, maka akan dikenakan QISHASH. Tetapi hukum QISHASH akan terhalang jika ayah membunuh anaknya walaupun dengan sengaja. Jadi ayah, tidak akan di QISHASH. Kedudukannya sebagai AYAH telah menghalang pelaksanaan QISHASH ke atas dirinya.
  1. MAANI’ LISABAB (PENGHALANG SEBAB) – menghalang sesuatu ketetapan kerana adanya sebab tertentu… Contohnya seorang ahli waris layak menerima pusaka si mati. Tetapi ahli waris yang membunuh orang yg layak diwarisi hartanya, maka dia tidak layak menerima harta pusaka. Jadi, membunuh/pembunuhan merupakan SEBAB yang menghalang penerimaan harta pusaka.

 
4) SAH (SAHIH)

ialah perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’. Contohnya, solat yang dilakukan dengan mencukupi sayarat dan rukunnya, dikira SAH oleh syarak. Hasilnya, solat tersebut tidak perlu diulangi atau diqadhakan.

5) BATAL (BATHIL)

ialah perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’. Contohnya, solat yang dilakukan tanpa mencukupi sayarat dan rukunnya, (contohnya belum masuk waktu) dikira BATAL oleh syarak. Hasilnya, solat tersebut  perlu diulangi jika waktunya belum luput atau diqadhakan.jika telah berakhir waktunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 4 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap ...
Malaikat Maut ditugaskan mengambil tanah untuk men... Pada suatu ketika Allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke bumi mengambil tanah untuk mencipta Adam. Apabila dia sampai di bumi, bum...
Fasakh   Pengertian Fasakh Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika  akad @ terdapatnya kecac...
Hukum menggali kuburan orang kafir untuk didirikan... عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَنَزَلَ أَعْلَى الْمَدِينَةِ فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ...
Timur Tengah menjadi rebutan Sejak zaman pra sejarah lagi, kawasan Timur Tengah telah menjadi rebutan oleh kuasa-kuasa dunia sama ada kerana kepentingan agama, politik mahupun r...
Iblis menguji nabi Zulkifli BASYAR ialah nama sebenar Nabi Zulkifli dan beliau adalah anak kepada Nabi Ayub as. Pada suatu hari raja bagi kaum negeri yang diduduki oleh Basyar i...
Kristus dalam Islam oleh Ahmed Deedat BAB 1: BALASAN MUSLIM CHRISTIAN TV Perbahasan ON Pada akhir perbahasan - "agama Kristian dan Islam" - yang muncul di program SABC-TV "CROSS (+) SO...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »