Ibadah Puasa

 Pengertian Puasa

Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Hukum puasa bulan Ramadhan adalah wajib.
 

Golongan Wajib Puasa

Jamhur Ulama’ berpendapat bahawa golongan yang wajib berpuasa ialah :

  1. Orang Islam ; tidak sah puasa orang kafir @ murtad
    2. Berakal ; tidak wajib ke atas orang gila @ tidak suiman
    3. Baligh ; tidak wajib ke atas kanak-kanak, tetapi puasanya sah.
    4. Menetap di sesuatu tempat iaitu tidak musafir
    5. Mampu berpuasa ; bukannya orang yang sakit ataupun terlalu tua

Rukun Puasa

  1. Niat berpuasa.

Orang yang ingin berpuasa wajib seperti Puasa bulan Ramadhan (termasuk qadhanya), Puasa Nazar dan Puasa Kifarah hendaklah berniat di malam hari sebelum terbit fajar. Manakala mana-mana puasa sunnat bolehlah berniat sebelum gelincir matahari (waktu Zohor) dengan syarat belum lagi melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

  1. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara ayang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam fajar.

Di samping itu, orang yang berpuasa dikehendaki menjaga adab-adab puasa seperti meninggalkan segala perkara keji yang boleh mengurangkan pahala puasa tetapi tidak sampai membatalkannya misalnya mengumpat, menyebut perkataan keji dsb.
 

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  1. Makan dan minum dengan sengaja
    2. Mengeluarkan mani dengan sengaja
    3. Keluar haid, nifas atau wiladah
    4. Melakukan persetubuhan walaupun tidak keluar mani . Wajib qada’ dan membayar kafarah iaitu memerdeka sorang hamba, jika tiadak dapat hendaklahberpuasa 3 bulan berturut-turut dan jika    tidak mampu hendaklah memberi sedeqah makanan asasi kepada 60 orang miskin.
    5. Muntah dengan sengaja
    6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
    7. Gila walaupun sebentar
    8. Pitam atau pengsan sepanjang hari
    9. Murtad

Hari Yang diharamkan Berpuasa

  1. Hari Raya Puasa (1 Syawal)
    2. Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
    3. Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
    4. Hari Syak (30 Syaaban)

Hari Yang Disunatkan Puasa
 

  1. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal
    2. 10 Muharram ( Hari Asyura)
    3. sepanjang bulan Rejab
    4. sepanjang bulan Syaban (terutama 15 Syaaban)
    5. Hari Isnin atau Khamis
    6. 13,14 dan 15 harin bulan setiap bulan Islam
    7. berpuasa berselang hari iaitu sehari berpuasa sehari berbuka dan seterusnya

Sunat-Sunat Puasa
 

  1. Menyegerakan berbuka

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

Dari Sahl bin Saad bahawa Rasululah SAW telah bersabda “Seseorang itu sentiasa mendapat kebaikan selama mana mereka menyegera berbuka puasa”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Rasulullah SAW apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Turmizi.

2.  Bersahur dan melambatkannya

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً.

Dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda Bersahurlah kamu, kerana sahur itu mempunyai keberkatan.  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda ; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sblm Zohor) untuk mendirikan ibadah malam. Hadis riwayat Ibnu Majah.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِين

Dari Abu Said al-Khudri, Rasululah SAW telah bersabda “Sahur itu membawa berkat, oleh itu janganlah kamu biarkan walaupun sesiapa drp kamu bersahur dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berdoa untuk orang-orang yang bersahur.Hadis riwayat Ahmad.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ وَأَخَّرُوا السُّحُورَ

Dari Abu Zar, Rasulullah SAW bersabda : Umatku sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka bersegera berbuka puasa dan melambatkan sahur. Hadis riwayat Ahmad.

  1. Berdoa selepas berbuka puasa
    4. Memelihara percakapan drp perkataan dusta, lucah, keji dan tidak berfaedah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah SWT tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya. Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Turmizi, Nasaie dan Ibnu Majah.
 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala). Hadis riwayat Ahmad dan Tabarani.
 

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

  Apabila seseorang drp kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”. Hadis riwayat Bukhari.

  1. Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir serta beriktikaf
    6. bersedeqah makanan dan harta

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (utk berbuka puasa), akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun drpnya. Hadis riwayat Turmizi dan Ibnu Majah.

Perkara-perkara Makruh Semasa Puasa
 

  1. Berbekam
    2. Mandi terlalu kerap dan lama
    3. Tidur sepanjang hari
    4. Berkumur berlebihan
    5. Merasakan makanan dengan lidah
    6. Menggosok gigi selepas gelincir matahari (selepas waktu Zohor)

Golongan Yang dibolehkan Berbuka

  1. a) orang sakit
    b) orang musafir yang melebihi 2 marhalah
    c) Ibu yang hamil
    d) ibu yang menyusukan anak
    e) orang yang terlalu tua
    f) orang yang sentiasa bekerja berat
    g) orang yang akan mendapat mudarat sekiranya meneruskan puasanya kerana terlalu lapar

Golongan Yang Wajib Berbuka

  1. Wanita yang haid
    2. Wanita yang keluar darah nifas

 
Qada’, Fidyah dan Kifarah

Orang yang meninggalkan puasa diwajibkan mengqadakkan semula puasanya atau membayar fidyah atau kedua-duanya sekali. Ia juga boleh dikenakan kifarah.

Qada’ Puasa ialah mengantikan semula puasa yang ditinggalkan di hari yang lain. Sementara Fidyah Puasa ialah denda yang dikenakan kerana meninggalkan puasa. Denda yang dikenakan ialah membayar secupak makanan asasi sesebuah negara spt beras, gandum dsb bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.

Kifarah Puasa ialah denda yang dikenakan kepada LELAKI BERPUASA yang melakukan persetubuhan di siang Ramadhan. Dendanya ialah ;

  1. a)  Memerdekakan seorang hamba; atau
    b)  Puasa selama 60 hari berturut-turut ; atau
    c)  Memberi makan 60 cupak makanan asasi kepada fakir miskin 

Golongan Wajib Qada’

  1. Orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
    2. Orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada puasanya setelah dia selesai daripada musafir.
    3. Orang yang berbuka kerana tersangat lapar.
    4. Orang yang perempuan berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada puasanya setelah dia suci.
    5. Orang yang berbuka kerana gila, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
    6. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya.

Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah sahaja

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ رُخِّصَ لِلشَّيْخِ الْكَبِيرِ أَنْ يُفْطِرَ وَيُطْعِمَ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ

Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata : Telah diberi rukhsah kepada orang yang sangat tua untuk berbuka puasa dan memberi makan setiap hari (yang ditinggalkannya) seorang miskin dan tidak wajib qadha’. Riwayat Daruqutni dan al-Hakim

  1. Orang tua yang uzur
    2. Orang sakit yang tiada harapan sembuh
    3. Orang yang sentiasa bekerja berat yang akan memudahratkan dirinya jika terus berpuasa

Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa dan Membayar Fidyah
 

  1. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana
    bimbang kesihatan anaknya.
    2. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan diri dan     anaknya.
    3. Orang yang melewatkan qada’ puasa sehingga melewati Ramadhan yang berikutnya.

Golongan Yang Wajib Qada’ dan Kifarah

  1. Lelaki yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 7 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Puasa : Pastikan ada pahala dan diterima Allah Biarlah Puasa kita ada pahala dan diterima Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan da...
Dosa sifar Dalam kehidupan yang serba moden ini, berapa ramaikah yang merasakan betapa beratnya hati dan rasa bersalah apabila mendengar perkataan dosa ! Cuba ra...
Jarak pintu syurga Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Jeddah, Saudi Arab...
Konsep ketuhanan dalam agama Hindu  oleh Dr Zakir Naik Yang paling popular di kalangan agama-agama Aryan adalah agama Hindu. 'Hindu' sebenarnya adalah satu perkataan Parsi yang berma...
What is the source of the Christian concept of the... The three monotheistic religions – Judaism, Christianity, and Islam – all purport to share one fundamental concept: belief in God as the Supreme Being...
Sejarah Kaum Mujassimah / Musyabbihah Mereka adalah kaum yang dalam menelaah Al-Qur’an dan Hadits dengan tidak mau mengikuti Imam Mazhab yang empat sehingga mereka bermazhab ddzohiriyah ...
10 tanda besar kiamat لَنْ تَكُونَ - أَوْ لَنْ تَقُومَ - السَّاعَةُ حَتَّى يَكُونَ قَبْلَهَا عَشْرُ آيَاتٍ: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَخُرُوجُ الدَّابَّةِ، وَخُر...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »